Thursday, December 30, 2010

AKU BANGGA AKU ANAK MALAYSIA

Ok, tarikh keramat 29 DISEMBER 2010 akan aku ingat sampai bila-bila. sebab apa? tentulah diatas kemenangan pasukan bola sepak kita tak lain tak bukan "HARIMAU MALAYA". Bukan senang kita nak masuk final dan memenangi perlawanan ni. Tanpa adanya semangat yang kental demi menjaga maruah MALAYSIA belum tentu kita dapat menjadi juara. Tak nak citer panjang-panjang sebab semua orang dah tahu...heheheheh. Disebabkan kemenangan ini jugalah Perdana Menteri Malaysia mengisytiharkan 31 DISEMBER 2010 sebagai cuti umum..!!! ♥♥♥
  • SEKALUNG TAHNIAH BUAT PEMAIN MALAYSIA
  • GOALKEEPERS
  1. Mohd Farizal Bin Marlias (1)
  2. Khairul Fahmi Bin Che Mat (22)
  3. Mohd Sharbinee Allawee Bin Ramli (28)
  • DEFENDERS
  1. Mohd Sabre Bin Mat Abu (2)
  2. Mohd Faizal Bin Muhamad (3)
  3. Mohd Asraruddin Putra Bin Omar (4)
  4. Norhafiz Zamani Bin Misbah (5)
  5. Mohd Nasriq bin Baharom (6)
  6. Khairul Helmi Bin Johari (7)
  7. Mohamad Azmi Bin Muslim (11)
  8. Mahalli Bin Jasuli (18)
  9. Mohamad Muslim Bin Ahmad (24)
  10. Mohamad Fadhli Bin Mohd Shas (27)
  • MIDFIELDERS
  1. Safiq Bin Rahim (8)
  2. Amar Bin Rohidan (12)
  3. Ahmad Fakri Bin Saarani (13)
  4. Mohd Khyril Muhymeen Bin Zambri (14)
  5. Gurusamy Govandar Kandasamy (15)
  6. Kunanlan Subramaniam (16)
  7. Abdul Shukur Bin Jusoh (17)
  8. Mohammad Faizal Bin Abu Bakar (19)
  9. Mohd Amirulhadi Bin Zainal
  10. Mohamad Ashari Bin Samsudin (26)
  11. Abdul Halim Bin Zainal (30)
  • FORWARDS
  1. Norshahrul Idlan Bin Talaha (9)
  2. Mohd Safee Bin Mohd Sali (10)
  3. Izzaq Faris Bin Ramlan (20)
  4. Chanthuru Suppiah (29)
  • COACH
  1. RAJAGOBAL R KRISHNASAMY (Malaysia)
  • tapi yang pasti dalam banyak-banyak pemain MALAYSIA yang menjadi kegemaran mas adalah

24 MOHAMAD MUSLIM BIN AHMAD

  • Date of Birth: 25.04.1989
  • Position: Defender
  • Shirt number: 24
  • Height: 1.80m
  • Weight: 70kg
  • Current club: Harimau
  • National caps: 8
  • Goals: 0

Wednesday, December 29, 2010

Anda Mata $?

Ok, entri kali ni mas dapat dari laman web OH TIDAK. Mula-mula sajer jer baca pasal Lagu NEGARAKU then teruslah menyambung-nyambung baca citer lain..Tetiba mataku terpana satu tajuk yang agak menakutkan dan memalukan. Mas tak nak komen lebih-lebih sebab lain orang baca lain pendapat dia. So kalau nak tahu apa dia citer nya....tekan SINI

Tuesday, December 28, 2010

Telur tembelang??

Tembelang terbongkar

BUKTI...penjaga gol Malaysia Mohd Sharbinee Allawee Ramli terkena sinaran laser hijau (bulatan) semasa perlawanan peringkat kumpulan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta, 1 Disember lalu. BUKTI...penjaga gol Malaysia Mohd Sharbinee Allawee Ramli terkena sinaran laser hijau (bulatan) semasa perlawanan peringkat kumpulan menentang Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno Jakarta, 1 Disember lalu.

ANDAI penyokong skuad kebangsaan Indonesia pantas menuding jari ke arah peminat Malaysia sebagai punca kekalahan mereka akibat penggunaan cahaya laser pada final pertama Piala Suzuki AFF, skuad kendalian Alfred Riedl itu sepatutnya memikirkan semula siapa sebenarnya yang mencetuskan fenomena penggunaan alat itu.

Benar, mungkin ada segelintir penyokong tuan rumah melakukan kesalahan itu ketika menumbangkan skuad Garuda 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin, tetapi sebenarnya tindakan itu awal-awal lagi sudah dilakukan penyokong Indonesia pada pertemuan pertama kedua-dua pasukan dalam saingan Kumpulan A di Stadium Gelora Bung Karno, 1 Disember lalu.

Salah satu insiden paling jelas ketika itu ialah apabila aksi penjaga gol negara, Mohd Sharbinee Allawee Ramli yang terganggu dengan penggunaan pancaran laser penyokong Indonesia sehingga membolehkan pemain penyerang, Irfan Haarys Bachdim meledakkan gol kelima pada masa kecederaan.

Bukan setakat itu saja, malah sepanjang babak pertama dan kedua sewaktu skuad kendalian K Rajagobal diratah 5-1 oleh Indonesia, ada saja kelihatan pancaran laser ditujukan kepada barisan pemain negara.

Lalu timbul persoalan, wajarkah hanya penyokong Malaysia dilabel sebagai pencetus kepada penggunaan laser sedangkan awal-awal lagi penyokong Indonesia sudah ‘mengajar’ bagaimana untuk menyalahgunakan alat berkenaan.

Walaupun skuad kendalian Alfred Riedl terutama penjaga gol mereka, Markus Harison Rihihina berkali-kali menuduh penyokong Malaysia sebagai punca kekalahan mereka, namun ramai juga penyokong setia skuad Garuda muak dengan alasan berkenaan.

Laman web Kompas.com umpamanya dihujani dengan komen-komen peminat Indonesia yang menyatakan mereka mengakui terlebih dulu melakukan penggunaan laser selain tidak menganggap isu berkenaan sebagai punca utama kekalahan skuad kesayangan mereka.

“Positif thinking saja... kalo mahu jujur, saat Indonesia bertemu Malaysia di Senayan, ketika gol kelima dilakar oleh Irfan Bachdim, terlihat jelas di wajah penjaga gol Malaysia ada sinar laser hijau... coba lihat,” demikian komen seorang penyokong Indonesia yang menggunakan nama PekanBaru Tki dalam entri terbaru laman web Kompas.com.

Selain itu antara petikan komen lain ialah: “Ha ha... laser jadi kambing hitam, nanti kalau di Senayan kalah lagi kambing hitamnya ada nggak ya?.” Jelas sesetengah pihak di Indonesia hanya menggunakan isu laser itu untuk mencari jalan keluar daripada kekalahan yang mereka terima. Malah, sepanjang masa 15 minit ketika Malaysia menjaringkan ketiga-tiga gol itu, ketika tiada sebarang pancaran laser dipancarkan kepada pemain Indonesia.

Dengan pelbagai komen yang seolah-olah tidak memihak kepada sesiapa itu, jelas sekali menunjukkan skuad Indonesia serta penyokong setia mereka tidak perlulah lagi menuding jari lagi ke arah penyokong Malaysia kerana sudah jelas, mereka yang memulakan dulu insiden penggunaan cahaya laser.

kepujian untuk Metro

HATISAKIT

Pernah tak korang semua pernah rasa SAKIT HATI?? Sakitkan?? Begitu jugalah mas sekarang. Sakit hati sangat-sangat diatas beberapa perkara. Macam-macam benda berlaku, sama ada ianya menyakitkan atau tidak. Rasanya dah lama dah tak pernah rasa sakit, paling tidak rasanya 5 bulan lepas. So untuk menenangkan diri dan perasaan mas nak juga kongsi dengan korang semua bagaimana nak tenangkan hati yang tengah SAKIT ni.!!
  • Antara perkara yang membuatkan mas sakit hati:
  1. Bila bendera MALAYSIA dipijak-pijak oleh rakyat luar
  2. Bila sesuatu benda yang kiya tak buat orang tuduh kita buat
  3. Orang yang suka merampas hak orang lain
  4. Talam 2 Muka
  5. Kawan makan Kawan
  6. Sedarah sedaging ngan S***N
Tunjukkanlah daku jalan, tenangkan jiwa hambamu ini...
Moga perkongsian ini dapat membantu diriku dan sahabat2 insyaAllah... Hidup manusia ini tak penah lekang dgn cabaran dan dugaan yg diberikan dari-NYA.adakalanya kita kuat untuk menentangnya dan adakalanya kita sendiri terpaksa pasrah dgn kehendak-NYA. Tiada sesiapa pn dimuka bumi ini dijadikan dgn penuh kesempurnaan, jadi iman yg teguh dan hati yg tenang dan dgn adanya kekuataan pd diri insyaallah akn diberkati doa org2 yg berada ddlm kesusahan... Namun, sebaik2 manusia ialah orang yg cemerlang dalam menguruskan kehidupannya dgn baik, dapat mengatasi masalah dan menghadapi apa jua tekanan dengan hati yg tabah. Segala kesilapan yg lalu dijadikan sebagai iktibar dan kegagalan dalam hidup bukan bermakna kita mundur mahupun kalah tapi pandanglah dari sudut perspektif yang positif sebagai pendoorong buat mencapai kejayaan, insyaAllah ...
  • Islam melihat punca tekanan lebih kepada kecelaruan dan kelemahan hati. Hati yang lemah menyebabkan hubungan dengan Allah menjadi rapuh. Seterusnya akan menjadikan hidup sempit kerana tidak menemui jalan keluar terhadap setiap masalah.

Hati akan berasa bahagia apabila dekat dengan Allah. Sebaliknya hati akan sengsara apabila ia ingkar kepada hukum Allah dan lalai daripada mengingatinya.

Dalam menghadapi tekanan atau stres secara umumnya mengikut kaca mata Islam ada beberapa panduan iaitu:

  • membaca Al Quran disamping memahami maknanya. Al Quran adalah rahmat untuk sekelian alam dan ia adalah cahaya, hidayah dan penyembuh bagi penyakit. Dengan memahami dan menghayati kandungan al Quran seseorang dpat menenagnkan hati, fikiran dan jasmani.
  • Banyakkan bertaubat dan istighfar. Kita mesti mengenang akan dosa, renungkan kembali nikmat2 yg kita Allah berikan pd kita
  • Mendekatkan diri kepada Allah dengan cara kita mengikuti segala perintah Nya dan meninggalkan segala larangan Nya. Contohnya sahabat2 dan diri ana : tidak meninggalkan solat wajib, lakukan solat sunat danjuga kita hendaklah mengingati Allah dalam setiap ketika.
  • Bersedekahlah kerna kadangkala ianya menyebabkn jiwa kite tertekan dan sebaiknya hendaklah memberi sedekah. Dari ana tahu pabila kita bersedekah hati jadi tenang kerna jika tidak bersedekah hati nya dana akhlaknya akan disempitkan oleh Allah swt kerna berkira dengan rezeki Allah.
  • Selain itu, hendaklah kita bersangka baik kepada Allah swt. Dalam berbicara hendaklah lebih kita mengfokus butir2 yang positif serta mengharapkan keredhaan Ilahi dalam setiap ucapan kita. Hal ini demikian, setiap lafaz dituturkan adalah doa dan sangkaan kita pada Allah swt.
  • Paling utama sahabat2 dan bt diriku jua, apa pun usaha kita hendakalah bertawakal kepadaNya. Dalam erti kata lain, menyerahkan sesuatu perkara kepada Allah setelah berusaha sedaya upaya. Kerna segala yang kita kecapi adalah kurniaan Allah swt bagi hambaNya terus berusaha meneruskan hidup didunia ini . InsyaAllah
Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diriku mahupun sahabat2 insyaAllaah amin Ya Rabb...
  • "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami "(ayat 286, surah al Baqarah)

Demam Drama Korean ♥

Sape suka tengok drama korean, angkat ketiak!! Bestkan layan citer tu sekali sekala. Tapi kali ni mas betul-betul jatuh cinta dengan drama korean. Citernya yang best dan diselitkan dengan pelakong yang cute dan lelaki yang superb "CANTIK"..!! hehehe...sebab apa mas cakap cantik? sebabnya muka lelakinya sejibi muka pompuan gitu,dengan rambutnya,senyuman nyer...rugi kalau tak tengok!! Rasanya dah banyak kali drama Korean ni ditayangkan dekat Malaysia cuma dulu kuranglah mas nak tengok! Tetapi semua ni gara-gara anak buah yang dok melepak kat umah then dy terus buka channel ni..dari tak nak join terus dah melekat kat TV..kalau boleh langsung tak nak ketinggalan citer ni.!! Kalau tak caya jom pakat ramai-ramai tengok citer ni.
Merry Stayed Out All Night a.k.a Merry Me, Mary!
  • Broadcasting company: KBS

Official Website : http://www.kbs.co.kr/drama/mary/

Also known as: Mary Stayed Out All Night

Genre : Romance, comedy

TV Premiere: 2010-Nov-08 to 2010-Dec-28

Production : Original writing: Won Soo Yeon, Screenwriter: In Eun Ah

Director: Hong Suk Goo

Main Casts : Moon Geun Young as Wi Mae Ri, Jang Geun Suk as Kang Moo Kyul, Kim Jae Wook as Byun Jung In, Kim Hyo Jin as Seo Joon, Park Joon Gyu as Jung Suk (Jung In's father)' Park Sang Myun as Wi Dae Han (Mae Ri's father).

Running Time per Episode : 60 mins

Total Episodes : 16 Eps

  • Brief Synopsis

Wi Mae Ri is a stubborn woman and the daughter of a failed businessman without much experience in dating. She starts to date tough rocker Kang Moo Kyul. Problems arise when a perfect guy with a good background and prestigious education, Byun Jung In, gets in the way.

"Mary Stayed Out All Night" is a co-production between South Korea and Japan. A girl who has not dated for a long time meets a death metal group vocal and begins a relationship with him. But a perfect man interferes in their relationship and this drama shows their lively love triangle.

  • Sinopsis Singkat

Wi Mae Ri adalah seorang wanita keras kepala dan putri seorang pengusaha gagal tanpa banyak pengalaman dalam berpacaran. Dia mulai bersama dengan rocker Kang Moo Kyul. Masalah timbul ketika seorang lelaki yang sempurna dengan latar belakang pendidikan dan berprestij yang baik, Byun Jung In, mendapat di jalan.

"Mary Stayed Out All Night" adalah co-pengeluaran antara Korea Selatan dan Jepun. Seorang gadis yang belum pernah bercinta bertemu dengan vokal death metal kumpulan dan memulakan hubungan dengan dia. Tetapi orang yang sempurna mengganggu dalam hubungan mereka dan drama ini menunjukkan cinta segitiga hidup mereka.

Dan untuk pengetahuan semua, Kang Moo Kyul juga merupakan seorang penyanyi indie band!

Jang Suk kembali ke peranan -Geun sebagai ahli muzik dalam drama ini. Dia bertindaj sebagai artis indie band bernama Hongdae

Adegan digambarkan di sini difilemkan di daerah Seoul Hongdae, dan dalam drama berlangsung pada tarikh 8 - tarikh premier Digambarkan adalah band yang mengambil nama dari pemimpinnya, Totally Mu-gyul.

Jang berkata tentang tampil di depan fans, "Membuka up Filem ditetapkan untuk awam sebelum main balik perdana drama Bukankah hal yang mudah. Namun pengeluar dibahas dalam pertemuan dan memutuskan untuk film ini dengan fans dalam rangka untuk membuat adegan terasa lebih hidup. Pembuatan film ini berjalan begitu baik dan para fans bersorak kami di sangat antusias Bahawa aku bahagia. Aku masih bekerja sampai sekarang. Saya benar-benar memberikan terima kasih kepada semua peminat.

Sweet Giler.. ♥

Monday, December 27, 2010

Azam

Wa..tinggal lagi beberapa hari je untuk kita melangkah masuk ke tahun 2011. Biasanya bila nak hujung-hujung ni kan mesti bermacam-macam soalan yang bermain difikiran kita. Soalan yang kerap kita dapat "apa azam ko tahun depan?". Pening gak kepala bila memikirkan azam ni. Sebab apa?? sebabnya azam mas tak pernah berubah dan tak terlaksana pun..!!! hehehhehe..Rasanya tak perlulah kot mas bagi tahu...mesti korang2 semua dapat agak..!! macam mana yer nak bagi azam mas yang telah lama ni terlaksana?? Pernah gak buat, tapi sayang ianya tak kekal lama...kadang2 ada gak perasaan cemburu tahap gaban bila tengok orang langsing dan boleh pakai baju tantik2...tapi apa-apa pun mas tetap bersyukur dengan diri mas sebab masih diberikan kesihatan yang baik oleh-Nya walaupun badan tak langsing..!! Pernah gak terfikir nak g sedut segala lemak tetapi bila dok kira-kira jumlahnya..baik duit tu dibuat sedekah atau simpan untuk kegunaan masa hadapan. So, mas harap-harap tahun depan insyaAllah azam mas yang telah lama berkubur ni akan berjaya.... *dapat jadi duta x agak2 nya?*
  • Only info :
sekarang ni badan mas ala-ala macam ni so kalau moleh nak macam ni Sape kata mas tak boleh dapat badan macam ni??
  • BOLEH..!!
tapi kenalah sekarang ni kan dah bermacam-macam produk untuk mengurangkan berat badan antaranya :
  1. Slim Diet
  2. Jus Mate 5
  3. Herbalife
  4. RX LiteTapi bila dok fikir2, kalau nak minum semua produk diatas ni alamatnyer kenalah buat budget,mana nak beli susu anak,mana nak beli kelengkapan anak dll..
alamatnya kena keje kuatlah untuk membeli produk2 diatas. puas gak dok temuramah En.Google, siap belanja makan lagi tu semata-mata nak dapatkan info tentang pemakanan seimbang untuk mendapatkan badan yang ideal. Susah gak yer kalau nak selim-selim ni..!! sesiapa yang punya masalah sama seperti mas jangan malu-malu buka link dibawah

Friday, December 17, 2010

Kemarahan dan Dendam

Marah itu sebenarnya ialah secebis api yang bersumber dari api Allah yang bernyala-nyala, yang panasnya naik ke pangkal hati, dan api itu bersemadi pula di dalam lubuk hati hingga berbara, kemudian diselaputi oleh abunya. Daripadanya terpancar sifat congkak yang terpendam di dalam hati setiap orang yang sombong dan bongkak, seperti terpancarnya api dari batu yang bergesek dengan besi.

Orang yang melihat dengan nurul-yaqin (cahaya keyakinan) dapat menyingkap, bahawa dari manusia itu telah ditarik sepotong urat, berkontek dengan syaitan yang terkutuk, apabila api kemarahannya mula berkobar-kobar, maka kontek itu menjadi kukuh, sebagaimana pernah diucapkan oleh syaitan sendiri dan diceritakan oleh al-Quran:

"Engkau (tuhan) telah menciptakan aku dari api, dan engkau ciptakan ia (manusia) dari tanah." (al-A'raf: 12)

Bukankah sifat tanah itu sentiasa bertenang dan tetap manakala sifat api pula bernyala-nyala, menyerang, berkobar-kobar dan bergejolak.

Kemudian timbul dari sifat marah itu perasaan-perasaan yang lain; iaitu dendam, hasad dan dengki, dan menerusi sifat-sifat inilah telah banyak orang yang binasa dan banyak juga orang yang rosak. Pokok segala kebinasaan dan kerosakan itu, bersebab dari segumpal daging (hati), jika daging itu dijaga dengan baik, baik pulalah seluruh tubuh.

Jika sekiranya kita telah mengetahui, bahawa sifat-sifat dendam, dengki dan marah itu di antara sifat-sifat yang menarik manusia kepada sebab-sebab kemusnahan dan kecelakaan, maka alangkah perlunya manusia itu untuk mengetahui sebab-sebab pendorongnya atau punca-punca perosaknya, agar ia dapat menghindarkan diri daripada bahaya-bahaya itu, dan agar ia dapat berhati-hati dan menjauhkannya dari hati dengan seberapa yang boleh.

  • Kecelaan sifat marah

Allah s.w.t berfirman:

"Perhatikanlah ketika Allah menimbulkan dalam hati orang-orang yang tidak beriman kepadaNya itu, perasaan sombong; iaitu sifat sombong zaman jahiliah, lalu Allah menurunkan pula ketenananganNya ke atasa RasulNya dan ke atas kaum Mu'minin." (al-Fath: 26)

Ayat ini telah mencela kaum Musyrikin atau orang-orang yang tidak beriman dengan Allah Ta'ala, disebabkan mereka telah melahirkan perasaan sombong yang timbul dari sebab marah terhadap yang hak dan membela yang batil. Begitu pula ia telah memuji juga kaum Mu'minin, atau orang-orang yang beriman dengan Allah s.w.t., disebabkan sikap mereka yang menerima yang hak, lalu diturunkan ke atas mereka perasaan tenang.

Diriwayatkan ada seorang telah mendatangi Rasulullah s.a.w. sambil memohon supaya baginda mewasiatkan sesuatu wasiat yang pendek dan sedikit saja. Maka baginda bersabda kepadanya: Jangan marah! Diulangi permintaannya lagi maka bagina sekali lagi: Jangan marah!

Rasulullah s.a.w. pernah bertanya kepada para sahabat: Apakah yang kamu dapat fahamkan tentang maksud bergelut? Kata para sahabat: Penggusti yang tidak dapat ditumbangkan dalam pergelutannya.

Sabda baginda; Bukan itu yang aku maksudkan. Tetapi orang yang bergelut itu ialah orang yang dapat menahan dirinya, ketika dalam kemuncak kemarahannya.

Berkata Ja'far r.a.: Kemarahan itu kunci segala kecelakaan.

Setengah para sahabat berkata; Pokok dan pangkal sifat bodoh itu, ialah degil dan pemimpinnya ialah marah.

Barangsiapa yang meredhakan dirinya dengan kejahilan, tidaklah perlu lagi baginya sifat toleransi. Toleransi adalah sifat yang baik dan banyak mendatangkan manfaat. Sedang kejahilan pula adalah sifat yang buruk dan mendatangkan banyak mudharat. Berdiam diri atau tidak melayani pertanyaan seorang yang bodoh adalah jawabnya.

Berkata al-Hasan pula: Di antara tanda-tanda seorang Muslim yang sejati, ialah teguh agama, lemah-lembut kelakuan, penuh iman dan yakin, berilmu pengetahuan dan bertoleransi, pandai menjaga kepentingan dan berbelas kasihan, selalu memberi dengan hak, tidak boros meskipun kaya, murah hati meskipun miskin, berbuat baik walaupun berkuasa, menanggung jerih-perih bersama kawan-kawan, bersabar walaupun susah, tiada dikuasai oleh kemarahan, tiada selalu menurutkan perasaan, tiada dipengaruhi oleh syahwat dan nafsu, tiada dimalukan oleh kebatinan, tiada mementingkan keinginan, tiada terhad niat baik, sering menolong orang yang teraniaya, mengasihani orang yang lemah, tidak kikir dan tidak boros, tidak berbelanja berlebihan-lebihan dan tidak mengenggam tangan, bersedia mengamuni orang yang menganiayai, suka memaafkan oarng bodoh, biarlah dirinya berada di dalam kepayahan asalkan semua orang berada di dalam kesenangan.

  • Tingkatkan manusia ketika marah

Ketahuilah bahawasanya keganasan marah itu berpunca dari hati. Maknanya darah yang berada di dalam hati sedang menggelegak, lalu darah itu pun mengalir ke dalam urat-urat badan, dan terus memuncak tinggi ke anggota badan yang teratas sekali, sebagaimana api dan air memuncak tinggi ketika makanan mendidih di dalam periuk. Oleh kerana itu bila marah mula memuncak kelihatanlah darah manusia itu menyerap ke muka, sehingga wajah dan mata menjadi merah padam, dan kulit pula kerana kejernihannya, dapat menampakkan warna air yang di dalamnya.

Manusia dalam menghadapi keganasan marah terbahagi kepada tiga bahagian:

  1. ketiadaan sifat marah

  2. keterlampauan sifat marah

  3. pertengahan antara marah dan tidak marah

  • Ketiadaan sifat marah

Orang yang tiada bersifat pemarah, ataupun yang lemah sifat kemarahannya itu tercela. Itulah orang yang dikatakan tidak mempunyai sifat cemburu pada diri Allah s.w.t. telah mensifatkan para sahabat Nabi s.a.w. dengan terkadang-kadang bersifat keras dan berperasaan cemburu atas diri seperti firman Allah ta'ala:

"Mereka itu bersikap keras terhadap orang-orang kafir."

Allah telah berfirman ke atas NabiNya s.a.w.:

"Perangilah orang-orang kafir dan orang-orang munafik itu, dan bersikap keraslah terhadap mereka." (at-Tahrim:9)

Yang dikatakan bersikap keras dan tegas itu adalah bersumber dari adanya tanda-tanda kekuatan cemburu dalam diri, iaitu yang menyebabkan sifat marah.

  • Keterlampauan sifat marah

Yang dikatakan keterlampauan dalam marah itu, ialah bila sifat marah itu tidak dapat dikuasai lagi, sehingga ia terkeluar dari batas pertimbangan akal dan agama dan kepatuhannya. Orang yang bersikap seperti itu, tentulah tidak lagi mempunyai bashirah atau matahati yang dipandang dengannya, atau pemikiran untuk menimbang dengan akalnya dan ia tidak pilihan lagi, melainkan seperti seorang yang terpaksa saja.

Di antara tanda-tanda marah pada lahirnya ialah berubah warna kulit, menggeletar kaki tangan, kelakuan tidak menurut ketertiban dan ketentuan yang biasa, gerak-geri tidak menentu arah lagi, percakapan bercampur suara marah keluar dari rahangnya, mata merah padam, lubang hidung kembang kuncup, batang tubuh berupah rupa. Andaikata si pemarah ketika sedang marah dapat mengesan betapa buruk sifatnya pada masa itu, nescaya ia akan melenyapkan kemarahannya serta-merta, kerana sangat malu melihat keburukan sifatnya dan perubahan bentuk dan rupanya pada ketika itu. Ini hanya pada sifat lahiriahnya saja, dan sifat batinya tentulah lebih buruk lagi dari sifat lahirnya, kerana sifat lahir menunjukkan kepada sifat batin. Yang lazimnya bila rosak, rosak dululah sifat batin, lalu kerosakan itu berjangkit pada sifat lahir pula. Oleh itu dikatakan kerosakan pada lahir adalah pertanda adanya kerosakan pada batin. Bandingkanlah pohon dengan buahnya. Beginilah kesan-kesan atau tanda-tanda sifat terlampau marah itu pada tubuh badan.

Adapun kesan-kesan atau tanda-tanda kemarahan yang terdapat pada lidah, umpamanya kelancangan lidah ketika menyebutkan caci-maki, dan kata-kata yang terkeji dalam percakapan, yang apabila didengar oleh orang yang waras fikiran, nescaya ia akan merasa malu dan segan, dan kalau diceritakan semula kepada orang yang mengucapkannya setelah hilang marahnya, tentu sekali ia juga akan merasa malu dan menyesal atas kelakuannya itu. Sebab ketika ia marah tadi, percakapannya kelam-kabut dan tidak teratur, sehingga semua perkataan-perkataan yang keluar dari mulutnya itu tidak menerima pertimbangan akal fikiran yang waras dan wajar.

Tentang kesan-kesan marah dan alamat-alamatya pada anggota, ialah suka memukul, menyerang, menghancurkan harta benda, melukai bahkan membunuh sekalipun, jika berkuasa melakukan seperti itu. Malah ada kalanya ia sampai menganiaya diri sendiri, mengoyak-ngoyakkan pakaiannya, memukul-mukul dirinya, atau terkadang-kadang ia memukul-mukul tanah. Biasa juga orang yang berkelakuan begini diserang oleh perasaan tidak sedarkan diri, sehingga semua tindakanya itu seperti tidakan orang tak siuman atau hilang akal. Orang yang dalam keadaan begini, tidak mustahil akan merosakkan harta benda, menganiaya binatang, memecahkan pinggan-mangkuk, ataupun sampai memaki-maki binatang. Tidaklah hairan pula, jika binatang itu menendangnya, ia akan menendang balik binatang itu. Jelaslah ketika itu, ia akan bersikap seperti orang gila.

Adapun kesan-kesan dan tanda-tandanya pada hati pula, ialah lahirnya sifat-sifat dendam dan dengki, memendamkan niat jahat terhadap orang lain, suka bersifat dengan segala sifat-sifat yang dicela dan dikeji. Ia tidak senang apabila melihat orang bergembira. Ia tidak segan untuk membocorkan rahsia orang. Ia suka melanggar penghormatan orang dan mengejek-ejeknya. Pendek kata semua sifat-sifat yang buruk itu akan dilengkapinya di dalam dirinya.

Demikianlah hasil sifat marah yang berlebih-lebihan atau yang melampaui batas.

Manakala hasil sifat marah yang lemah, ialah ketiadaan harga diri sama sekali untuk menentang sesuatu yang menggangu kehormatan peribadi dan kehormatan isteri. Ia bersifat acuh tak acuh saja, ketika peribadinya dihinakankan oleh orang-orang yang rendah budinya. Ia merasakan dirinya terlalu kecil dan rendah untuk mempertahankan peribadinya dari kecaman orang lain. Ini juga termasuk sifat yang tercela, sebab ia menelurkan sikap tidak cemburu ke atas kehormatan diri dan keluarga, padahal melindunginya dari pencabulan adalah wajib.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Sesungguhnya Sa'ad orang yang cemburu, dan saya lebih cemburu dari Sa'ad, manakala Allah pula lebih cemburu dari saya."

Sifat cemburu itu dijadikan semata-mata kerana memelihara keturunan. Andaikata manusia amat bersenang-senang dalam soal cemburu ini, nescaya keturunannya akan bercampur aduk dan tidak terpelihara. Sebab itu ada pepatah mengatakan: Setiap ummat yang menentukan sifat cemburu pada kaum lelakinya, nescaya terpeliharalah kaum wanitanya. Dari sebab lemahnya sifat marah, akan timbul pula sifat suka menganiaya diri, serta mendiamkan diri apabila menyaksikan berbagai-bagai kemungkaran yang dilakukan. Allah s.w.t. telah berfirman:

"Dan jangan kamu semua merasa belas kasihan terhadap kedua penzina itu dalam menjalankan agama (hukuman) Allah."

Tegasnya, ketiadaan sifat marah dalam diri adalah tercela. Tetapi yang baiknya adalah sifat marah yang terpimpin oleh pertimbangan akal dan perintak agama. Adakalanya marah itu perlu dan adakala penyantun pula yang perlu, tetapi sebaik-baiknya mengendalikan kedua-dua sifat marah dan penyantun itu menurut batas pertengahan, kalau marah jangan berlebih-lebihan, dan kalau penyantun pun jangan sampai melampaui batas. Biarlah yang dilakukan itu pertengahan, seperti yang dianjurkan oleh Allah s.w.t. ke atas sekalian hamba-hambaNya; iaitu cara tengah yang disifatkan oleh Rasulullah s.a.w. dalam salah sebuah sabdanya:

"Sebaik-baik perkara ialah yang pertengahan."

  • Melenyapkan marah dengan latihan diri

Ketahuilah selagi manusia tetap bersifat suka dan benci sesuatu, maka ia tidak terlepas dari sifat jengkel dan marah, sebab kedua-dua sifat itu menjadi sebahagian dari tabiat semula jadi manusia. Akan tetapi latihan diri itu perlu juga dijaga untuk menghapuskan keganasan marah itu; iaitu dengan jalan perjuangan dan memaksa diri dengan sifat penyantuan dan penanggungan seketika waktu, sehingga semua sifat-sifat itu menjadi kebiasaan dan kelakuan yang kekal dalam diri.

Dengan latihan-latihan di atas itu saja tidak boleh sama sekali menghapuskan kemarahan hati, kerana yang demikian itu memang tidak mungkin. Tetapi tujuannya ialah untuk memimpinnya ke batas yang dianjurkan oleh syara' dan dipandang baik oleh akal fikiran. Caranya ialah dengan mematahkan gejolaknya dan melemahkannya, sehingga api kemarahan itu tidak menyala-nyala di dalam batinnya. Perbuatan itu diteruskan sehingga kesan-kesannya tiada lagi kelihatan di wajah.

Adakalanya kemarahan seseorang itu dapat dilenyapkan dengan mengalihkan pemikirannya kepada pentauhidan Zat Allah Ta'ala, ataupun mengingatkan dirinya bahawa Allah s.w.t. menginginkannya supaya ia tidak marah. Mungkin pengaruh cintanya kepada Allah Ta'ala itu dapat menolong memadamkan api kemarahannya, ataupun mengalihkan perhatian hati kepada perkara yang lebih penting daripada kemarahan itu. Ketika itu hatinya tidak ada tempat lagi untuk menyimpan marah, sebab ia telah dikuasi oleh urusan lain yang lebih penting. Apabila hati sedang sibuk dengan perkara-perkara yang penting, tentulah ia akan menyisihkan ke samping perkara-perkara yang kurang penting.

  • Sebab-sebab kemarahan

Anda telah mengetahui, bahawa ubat segala penyakit mestilah dengan memotong pangkalnya dan melenyapkan sebab-sebabbya. Dengan hal yang demikian, maka anda mestilah mengetahui sebab dan punca timbulnya kemarahan itu terlebih dulu. Sebab-sebab yang membangkitkan kemarahan itu, ialah meninggi diri, ujub dan bangga, senda gurau, omong kosong, mengejek-ejek, mencela, berbantah-bantah, berlawan-lawan, berkhianat, kemahuan yang tak terbatas pada mencari wang dan menuntut kedudukan; semua sifat-sifat ini merupakan perilaku-perilaku yang tercela di dalam syariat Islam. Seseorang itu tidak mungkin terlepas dari sifat marah, selagi semua sifat-sifat ini masih kekal di dalam dirinya. Maka sayugialah, ia bersungguh-sungguh untuk menghapuskan segala sifat-sifat ini dengan sifat-sifat lawannya.

Hendaklah menyirnakan sifat membesar diri dengan merendah diri, menyirnakan sifat ujub dan bangga diri dengan mengenal diri sendiri, menyimpan sifat memuji diri dengan mengingati diri bahawa ia adalah dari jenis makhluk yang sangat rendah, yang bersatu keturunan dengan bapa yang satu, iaitu Adam a.s. Seterusnya untuk menyirnakan sifat megah diri pula, ialah dengan mengerjakan seberapa banyak kebajikan dan kebaikan dan hendaklah ia menyakini bahawa sifat megah diri atau bangga diri itu, adalah termasuk sifat-sifat yang amat tercela.

Adalah sifat senda gurauan itu, dapat disirnakan dengan menyibukkan diri dengan urusan-urusan agama yang penting, sehingga mengambil masa yang lanjut dari umur, ataypun lebih dari itu. Sifat suka beromong kosong dapat disirnakan dengan melakukan pekerjaan-pekerjaan yang berguna yang mendatangkan feadah, seperti mencari kelebihan-kelebihan hidup, mendidik diri dengan akhlak dan budi pekerti yang terpuji, dan menlengkapkan diri dengan berbagai-bagai ilmu pengetahuan agama yang boleh menyampaikan kepada kebahagiaan akhirat.

Seterusnya untuk menyirnakan sifat mengejek-ejek itu, dengan mengekang diri dari berbuat sesuatu yang boleh menyakiti orang lain, dan memeliharanya dari apa saja yang boleh menyebabkan orang lain mengejek balik. Sifat suka mencela orang lain dapat disirnakan dengan sentiasa menahan diri dari segala kaata-kaata yang tidak senonoh, dan memeliharanya juga dari menjawab orang lain dengan kata-kata pedas.

Adapun sifat suka mementingkan diri sendiri, dapat disirnakan dengan banyak-banyak sabar ke atas kepahitan hidup, dan selalu bersyukur terhadap apa yang telah ditakdirkan oleh Allah sekadar yang termampu, untuk menjaga kemulian diri dari suka meminta-minta dan mengangkatnya dari kehinaan keperluan yang tidak ada batasnya.

Setiap perilaku dari perilaku-perilaku ini, dan setiap sifat dari sifat-sifat ini, memerlukan pengikisan dan pengubatan melalui jalan latihan dan penanggungan terhadap semua percubaannya. Tujuan menjalankan latihan seumpama ini, ialah untuk mengetahui kebencanaan sifat-sifatnya, agar jiwa merasa tidak senang kepadanya, dan melarikan diri dari segala keburukan-keburukan sifat-sifat tersebut. Kemudian membiasakan diri bersifat dengan sifat-sifat lawannya setakat jangka masa yang panjang pula, sehingga dengan kebiasaan itu dapat diterapkan kepada jiwa sifat-sifat yanfg baru itu, manakala jiwa pun tidak merasa berat untuk menerimanya setelah sifat-sifat itu menjadi kebiasaannya.

Apabila sifat buruk dan tercela itu telah disirnakan dari jiwa dan dihapuskan sama sekali, maka ketika itu jiwa akan suci murni, bersih dari segala sifat-sifat keji, dan barulah ia akan terselamat dari angkara sifat marah yang mencetuskan segala sifat-sifat yang tak baik itu.

Sementara itu punca utama yang menimbulkan sifat marah pada golongan orang yang bodoh dan jahil itu, ialah anggapan mereka bahawa sifat marah itu adalah semacam keberanian, ketangkasan dan kemuliaan diri. Sebab itulah, maka jiwa orang-orang ini tertarik kepada sifat marah, dan menganggapnya suatu sifat yang baik, Anggapan ini adalah suatu kebodohan dan kejahilan dala diri, maka suatu penyakit dalam hati dan kurang pentimbangan dalam akal fikiran.

Untuk mengubati penyakit orang-orang bodoh ini, ialah dengan mendengarkan kepada mereka cerita-cerita para ahli penyantun dan pemaaf, dan menunjukkan kepada mereka bagaimana orang-orang itu memilih cara menahan diri dari marah. Cara beginilah yang merupakan sebaik-baik cara, sebab telah dipraktikkan oleh para Nabi dan para ulama yang terdahulu.

  • Bagaimana mengubati kemarahan yang sedang bergejolak

Apa yang dihuraikan pada lembaran-lembaran yang lalu, ialah bagaimana caranya hendak melenyapkan pangkal kemarahan dan menghapuskan sebab-sebabnya, supaya ia tiada terus bergejolak. Tetapi jika ini tiada berjaya, malah sebab-sebab kemarahan itu hidup juga, maka ketika itu hendakkah menetapkan diri supaya orang yang dihinggapi penyakit ini, tiada sampai terpaksa melakukan sesuatu menurut wajah yang tercela. Sayugialah ia menyegerakan pengubatan kemarahannya itu, dalam seketika bernyala-nyalanya, dengan pati dan inti ilmu pengetahuan dan amalan.

Untuk mengubati penyakit marah menerusi ilmu pengetahuan, ada beberapa caranya, iaitu:

Pertama: Hendaklah anda cuba mengingatkan kembali segala anjuran-anjuran yang ditunjuk oleh syariat dalam keutamaan dan kelebihan sifat-sifat menahan marah, pemaaf, penyantun dan menanggung perilaku buruk. Dengan jalan itu jiwa anda akan inginkan pahala yang dijanjikan kerana menolak kemarahan itu, lalu anda akan menentang keinginan diri untuk membalas dendam, maka dengan itu perasaan marah anda akan terhapus dari dalam diri.

Kedua: Hendaklah anda ingat tentang ancaman Allah Ta'ala dan siksaanNya, andaikata diteruskan juga sifat marah anda itu. Anda harus merenung pula, apakah anda boleh terselamat dari kemurkaan Allah Ta'ala pada Hari Kiamat kelak, meskipun ketika itu anda sangat memerlukan kepada pengampunan dan kemaafan Allah Ta'ala.

Ketiga: Hendaklah anda ingat akan akibat permusuhan dan pembalasan dendam lawan anda, kelak sudah barang tentu ia akan berusaha untuk menceroboh kehormatan diri anda. Ia akan cuba menjaja segala keburukan anda. Ia akan merasa suka, bila anda tertimpa sesuatu bencana, sedangkan anda sendiri tentu sekali tidak sunyi dari berbagai-bagai keburukan dan kecelaan diri. Dengan yang demikian, anda akan merasakan keburukan akibat marah itu di dunia, kiranya anda masih tidak mengendahkan akan akibat dosanya di akhirat.

Keempat: Hendaklah anda gambarkan bertapa buruknya rupa anda kelak bila anda marah, iaitu dengan mengingat rupa orang lain ketika dalam dalam kemarahan. Bayangkanlah rupa anda yang buruk ketika itu, dengan rupa sahabat ada yang diumpamakan seperti anjing galak yang hendak menerkam, atau seekor binatang buas yang mengganas. Kemudian bayangkanlah pula seorang penyantun yang bertenang saja, yang tidak suka marah-marah, yang menurut perilaku para Nabi, para wali, para alim ulama dan orang-orang yang bijaksana. Pilihlah antara dua perilaku itu, mana yang lebih sesuai bagimu? Menyerupakan dirimu dengan perilaku anjing-anjing, binatang-binatang buas dan orang-orang yang tercela kelakuannya? Ataupun menyerupakan dengan perilaku para Nabi dan alim ulama dalam adat kebiasaannya, supaya jiwa anda kelak tertarik kepada perjalanan hidup mereka itu, itu pun jika ada lagi padamu sedikit otak yang boleh memikirkan baik buruknya kedua-dua perilaku tadi.

Kelima: Hendaklah anda fikirkan apa sebabnya anda ingin membalas dendam? Dan apa pula sebabnya anda tidak dapat menahan diri dari kemarahan itu? Mungkin juga syaitan membisikkan di telinga anda, bahawa sikap itu akan menunjukkan kelemahan dan kehinaan diri, dan anda akan kelihatan rendah di mata orang ramai. Ketika itu hendakkah anda menjawabnya dengan berkata: Wahai nafsu! Anih sekali engkau ini. Engkau tak sanggup menahan penghinaan sekarang. Apakah engkau lebih sanggup menahan penghinaan di Hari Kiamat kelak? Apakah engkau tidak bimbang, kelak di sana engkau akan dihinadinakan di hadapan Allah, para Malaikat dan pada NabiNya?

Apabila anda menahan kemarahan, maka hendaklah anda menahannya semata-mata kerana Allah. Anda menahannya juga kerana ia seperkara yang dipandang berat di sisi Allah. Jangan sampai anda terpengaruh dengan kata-kata orang, ataupun menahan kemarahan itu dengan sesuatu sebab keduniaan

Adapun cara memadamkan api kemarahan menerusi amalan, iaitu hendaklah anda mengucap Ta'awwudz dengan lidahmu begini: A'uudzu billaahi minash-shaithaanir-rajiim (Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang terkutuk). Apabila kemarahan itu muncul ketika anda sedang berdiri, maka hendaklah anda segera duduk: jika sedang duduk, maka hendaklah anda baring. Orang yang sedang dalam kemarahan, sunnat baginya mengambil wudhu' (air sembahyang) dengan air yang dingin, kerana kemarahan itu berpunca dari api, manakala api itu pula tidak boleh dipadamkan melainkan dengan air.

  • Keutamaan menahan diri dari kemarahan

Allah s.w.t. telah berfirman:

"Bersegeralah bermohon keampunan kepada Tuhan kamu, dan (memohon) syurga yang luasnya meliputi langit dan bumi yang disediakan bagi orang yang bertaqwa; iaitu mereka yang membelanjakan hartanya dalam keadaan senang dan susah, dan mereka yang menahan kemarahan dan memaafkan kesalahan orang, dan Allah amat mencintai orang-orang yang berbuat kebaikan." (ali-Imran: 133-134)

Ayat tersebut di atas telah membuktikan kepada kita, bahawa orang yang menahan kemarahannya termasuk dalam golongan muttaqin; iaitu orang-orang yang bertaqwa kepada Allah Ta'ala. Tambahan pula, bahawasanya Allah Ta'ala akan memberikan pengampuananNya kepada mereka, lalu menyediakan bagi mereka balasan syurga. Alangkah besar dan hebatnya balasan itu!

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

"Barangsiapa menahan kemarahannya, nescaya Allah akan menahan siksaNya terhadap orang itu. Barangsiapa mengemukakan keuzurannya kepada Allah, nescaya Allah akan menerima keuzurannya itu, dan barangsiapa menyimpan lisannya, nescaya Allah akan menutup segala keburukannya."

Bersabda Rasulullah s.a.w. lagi:

"Orang yang paling gagah di antara kamu, ialah orang yang dapat mengalahkan nafsunya semasa marah. Dan orang yang paling penyantun pula, ialah orang yang memberikan maaf, sedangkan ia berkuasa untuk membalas."

Sekali peristiwa Khalifah Umar Ibnul-Khattab r.a. telah didatangi oleh seorang dusun yang berwatak kasar, lalu berkata kepadanya: Wahai Umar! Demi Allah, engkau tidak berlaku adil dalam pemerintahanmu dan tidak memberikan secukupnya kepada kami. Mendengar itu, maka menjadi marahlah Khalifah Umar, hingga kemarahan itu ketara pada wajahnya. Tiba-tiba salah seorang para hadirin telah menyampuk dan berkata: Wahai Amirul Mu'minin! Bersabarlah. Tidakkah tuan mendengar firman Allah Ta'ala:

"Ambillah sikap pemaaf san suruhlah orang berbuat yang baik-baik, dan jangan mengendahkan orang-orang yang bodoh itu." (al-A'raf:199)

Mendengar peringatan orang itu, Khalifah Umar pun bertenang semula, dan beliau memaafkan si penuduh itu.

  • Keutamaan sifat penyantun

Ketahui bahawasanya sifat penyantun itu adalah lebih utama dari sifat menahan marah, sebab menahan kemarahan itu diumpamakan sebagai perbuatan sementara dari sifat penyantun, yakni memaksa diri untuk bersifat penyantun ketika sedang marah. Sedangkan menahan kemarahan itu tidak perlu, melainkan bagi orang yang sedang berkobar-kobar kemarahannya. Kemudian untuk melenyapkan kemarahan itu, perlu pula kepada perjuangan yang sungguh-sungguh, tetapi tentulah tidak dikhuatiri lagi bahawa kemarahan ity berkobar-kobar lagi, andaikata kemarahan itu berkobar-kobar juga tidaklah menjadi sukar lagi untuk memadamkannya. Itulah yang dikatakan penyantun tab'I yang telah menjadi sifat yang utama dan terpuji.

Tegasnya penyantun itu adalah tanda-tanda kesempurnaan akal fikiran dan penguasaanya terhadap keinginan hawa nafsu yang dapat mematahkan segala kekuatan dan kegejolakan sifat marah dalam diri, serta menundukkannya menurut pertimbangan akal fikiran. Tetapi pada mulanya mestilah dicuba dengan menyantunkan diri dan menahankan kemarahan secara paksaan, sehingga akhirnya perbuatan itu menjadi suatu kebiasaan.

Dalam sebuah Hadis, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

"Hanyasanya ilmu pengetahuan itu didapati dengan belajar, dan sifat penyantun didapati dengan bersopan santun"

Hadis itu menunjukkan kepada kita, bahawasanya untuk melengkapkan diri dengan sifat penyantun itu, mestilah mula-mula dibiasakan diri dengan sifat itu secara paksaan, sebagaimana kalau hendak mendapatkan ilmu pengetahuan pula, mestilah dengan memaksakan diri supaya tekun belajar.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

"Sesungguhnya seseorang Muslim itu akan mencapai darjat orang yang berpuasa (pada siand hari) dan beribadat (pada malam hari) menerusi sifat penyantun."

Al-Hasan, ketika memberikan komennya terhadap ayat berikut berkata:

"Dan apabila orang-orang bodoh itu berkata kepada mereka, nescaya dijawabnya: Selamat sejahtera." (al-Furqan: 63)

Ia berkata: Maksudnya orang-orang itu bersifat penyantun, mereka tidak ingin membalas orang-orang bodoh itu dengan cara yang setimpal, seperti yang diperlakukan kepada diri mereka.

Dari Mujahid, ketika memberikan komennya terhadap ayat berikut pula:

"Dan apabila mereka melalui di hadapan orang-orang yang beromong kosong itu, mereka berlalu secara hormat (tidak pedulikan mereka itu)" (al-Furqan: 72)

Kata Mujahid: Maksudnya apabila mereka disakiti dan dianiayai, nescaya mereka memaafkan saja. Ini juga termasuk sifat penyantun.

Dari Ali bin Abu Talib r.a., katanya: Bukanlah kebaikan itu bila harta kekayaamu bertimbun-timbun dan anak pinakmu bersusun-susun, bahkan kebaikan itu ialah bila ilmu pengetahuanmu bertambah, sifat penyantunmu sikenang orang, dan anda tidak menunjuk-nunjuk kepada orang ramai mengenai ibadatmu kepada Allah, dan bila anda berbuat baik, anda sentiasa bersyukur kepada Allah, tetapi bila anda berbuat jahat, segera anda bertaubat dan meminta ampun kepadaNya.

Aktsam pula berkata: Tonggaknya akal ialah sifat penyantun, dan pokok segala perkara ialah sabar.

Berkata Mu'awiyah: Seseorang manusia tidak akan mencapai puncak pemikiran, melainkan sesudah penyantuannya mengalahkan kebodohannya, dan kesabarannya mengatasi keinginan syahwatnya, dan tidak akan tercapai semua itu, melainkan dengan kekuatan dan pengetahuan.

Bertanya Mu'awiyah kepada Amru Ibnul-Ahtam: Orang yang bagaimanakah yang dikata pemberani? Amru menjawab: Sesiapa yang dapat mengalahkan kebodohannya dengan penyantunannya. Kemudian Mu'awiyah bertanya lagi: Orang yang macam manakah yang dikatakan paling pemurah? Jawabnya: Orang yang membelanjakan kekayaan dunianya untuk maslahat akhiratnya.

Mu'awiyah pernah bertanya kepada Irabah: Dengan cara apakah engkau dapat mengetahui kaummu itu? Jawabnya: Saya sering bersikap penyantun terhadap orang yang bodoh di antara mereka dan memberi setiap permintaan mereka dan berusaha untuk menunaikan segala hajat keperluan mereka. Barangsiapa yang melakukan seperti yang saya lakukan, maka ia pun samalah seperti saya, malah barangsiapa dapat melebihi saya, tentulah ia menjadi lebih utama dari saya. Tetapi jika ia melakukan kurang dari saya, maka saya lebih baik daripadanya.

Berkata Anas bin Malik, ketika memberi keterangan terhadap firman Allah Ta'ala:

"Tolaklah kejahatan itu dengan cara sebaik-baiknya, sehingga orang yang bermusuhan antaramu dengannya akan menjadi seorang kawan yang setia, dan kelakuan seumpama itu tiada dikurniakanNya kepada sesiapa pun, melainkan orang-orang yang bersabar, dan tidak diberikanNya melainkan kepada orang-orang yang bersabar, dan tiada diberikanNya melainkan kepada orang yang mempunyai keberuntungan yang besar." (Fushshilat: 34-35)

Kata Anas: Itulah orang yang bila dicaci-maki oleh saudaranya, lalu ia berkata: Andaikata anda telah berdusta dalam caci-makimu itu, maka mudah-mudahan Allah mengampuni anda. Tetapi jika anda benar dalam ucapanmu itu, maka mudah-mudahan Allah mengampuni saya.

Dari Saiyidina Ali bin al-Hussain radhiallahu-anhuma, pada suatu ketika beliau telah dimaki oleh seorang, maka beliau pun menghadiahkan kepada orang itu sehelai pakaian, dan memberikannya pula sebanyak seribu dirham. Setengah orang yang mendengar cerita itu telah mebuat komen, kata mereka: Telah terkumpul pada peribadi Saiyidina Ali bin al-Hussain itu lima sifat yang terpuji, iaitu:

  1. Penyantun

  2. Melenyapkan sakit hati.

  3. Melepaskan orang itu dari sesuatu yang boleh menjauhkannya daripada Allah azzawajalla.

  4. Menyebabkannya merasa kesal terhadap perbuatannya lalu bertaubat.

  5. Mengubah sikapnya yang mencela tadi kepada sikap memuji pula.

Beliau telah membeli kesemua sifat-sifat yang terpuji ini dengan sesuatu yang tidak terpandang dari harta dunia.

  • Kadar yang dibolehkan untuk membalas umpatan

Ketahuilah bahawasanya setiap penganiayaan yang ditimbulkan oleh seseorang, tiadalah dibolehkan membalas dengan penganiayaan yang sama. Tidak dibolehkan membalas umpat dengan umpat, intip dengan intip, maki dengan mak

Thursday, December 16, 2010

AKU MASIH DARA?

  • APA ITU DARA?
Ini semua gara-gara cerita ni. Tetiba terlintas nak cari artikel tentang DARA! Penting sangat ke DARA? Dan korang-korang semua tahu tak apa sebenarnya yang dipanggil DARA? So taknak pening-pening kepala (sebab lain orang lain pendapatnya), baca je info tentang ni yang telah mas dapat dari SINI.
*copy & paste*
  • Pengenalan:
Sebagai seorang wanita kita sering mendengar tentang istilah selaput dara. Sayangnya, pengetahuan kita terhadap perkara tersebut amat terbatas. Malah ada kalahnya ia lebih banyak dipengaruhi oleh mitos berbanding fakta sebenar. Agar tidak terkeliru dengan mitos yang diuar-uarkan, fahamilah informasi di bawah ini.
  • APA ITU SELAPUT DARA??
Dalam istilah perubatan, selaput dara dikenali sebagai hymen. Selaput dara ini merupakan satu lipatan selaput lendir yang menutupi pintu bibir vagina perempuan. Ia telah ada sejak bayi perempuan dilahirkan. Kedudukannya adalah diantara satu atau dua cm dari bibir luar vagina dan bentuknya bulat mengikut bentuk liang vagina. Namun begitu ada juga selaput dara yang memiliki bentuk unik seperti bulan sabit ( semilunar ) dan mempunyai pemisah ( septum ). Selaput ini amat tipis dan merupakan membran yang lembut. Secara biologisnya membrane ini tidak berfungsi, tetapi ia mempunyai beban yang berat kerana dinilai sebagai bukti kegadisan seorang perempuan.
  • ADAKAH SEMUA PEREMPUAN MEMILIKI SELAPUT DARA?
TIDAK. Bukan semua wanita mempunyai selaput dara pada vaginanya. Terdapat beberapa kajian yang mendapati ada bayi perempuan lahir tanpa selaput dara.
  • APAKAH YANG BOLEH MENYEBABKAN SELAPUT DARA PECAH?
Biarpun hanya sekadar lapisan lender, selaput dara sangat elastic dan tidak mudah rosak. Selaput dara hanya akan pecah apabila berlakunya hubungan seksual, rawatan perubatan yang dilakukan pada liang vagina, gangguan penyakit pada saluran vagina atau kemalangan dan aktiviti berat yang mempengaruhi alat kelamin perempuan. Ketebalan selaput dara berbeza di antara satu wanita dengan wanita lainnya. Ada perempuan yang mempunyai selaput dara amat tipis dan mudah koyak oleh aktiviti-aktiviti tertentu seperti berenang, menunggang basikal dan memanjat. Ini semua memecahkan selaput daranya meskipun dia belum pernah melakukan hubungan s*ks. Sebaliknya, ada juga perempuan yang sudah bernikah dan berhubungan s*ks berkali-kali tetapi selaput daranya masih utuh dan tidak koyak kerana selaput daranya begitu elastik.
  • APAKAH SELAPUT DARA LAMBANG KEPERAWANAN?
Salah satu faktor penyebab kerosakan selaput dara adalah hubungan se*sual. Dan masyarakat menyatakan seseorang perempuan adalah perawan jika belum pernah melakukan hubungan se*sual. Isu keperawanan yang berhubung dengan selaput dara ini juga berkaitan dengan pendarahan yang terjadi ketika selaput dara koyak. Inilah yang menjadi tanda keperawanan dan kesucian seorang perempuan pada malam pertama. Seorang wanita dikatakan tidak suci sekiranya tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama. Anggapn ini sebenarnya kurang tepat. Perawan atau tidak seseorang gadis itu bukan hanya bergantung pada selaput dara. Tidak semestinya wanita yang tidak mengeluarkan darah ketika malam pertama sudah tercemar kerana selaput dara ini bukan hanya boleh pecah ketika melakukan persetubuhan tetapi juga disebabkan beberapa sebab yang dinyatakan di atas.
  • APAKAH SELAPUT DARA WAJIB MENGELUARKAN DARAH KETIKA MALAM PERTAMA?
Tentu sahaja TIDAK. Ini kerana selaput dara selain terdiri daripada membran yang lembut, ia juga bersifat fleksibel. Mungkin sahaja selaput dara ini melentur sehingga tidak mengeluarkan darah sewaktu melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Malah dalam beberapa kes, didapati ada wanita yang tidak mempunyai selaput dara sejak lahir. Dan ada juga wanita yang memiliki selaput dara yang sangat tipis berbanding wanita-wanita lain sehingga is tidak dapat mengeluarkan darah pada saat melakukan hubungan se*sual buat kali pertama. Selain itu, fakta perubatan turut menunjukkan selaput dara hanya memiliki sedikit pembuluh darah. Semakin tipis selaput dara, semakin sedikit darah yang keluar sehingga hampir tidak kelihatan. Bagi kaum lelaki, janganlah menilai kesucian isteri mereka melalui darah yang dikeluarkan ketika mereka mengadakan hubungan s*ks untuk kali pertama. Jangan terlalu tipikal dan kuno dalam menangani situasi ini, cubalah berfikiran lebih terbuka dan positif kerana di era millennium ini selaput dara bukanlah indicator utama dalam menentukan kesucian. Mungkin tuduhan anda ada benarnya iaitu isteri anda sudah tidak suci lagi. Namun mungkin juga wanita yang anda nikahi tidak mempunyai selaput dara atau daranya telah pecah disebabkan aktiviti-aktiviti harian yang telah dilakukannya. Fikirlah dengan rasional. Jangan rosakkan ikatan pernikahan dengan tuduhan melulu yang akhirnya memusnahkan rumah tangga yang dibina.