Wednesday, April 28, 2010

Tangani Stress Sihat Sepanjang Hayat

Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat STRESS.. STRESS ialah tindakbalas fizikal, emosi dan mental kepada perubahan. Kita semua mengalami stress dirumah, sekolah dan tempat kerja. Kita perlu sedikit stress untuk berfungsi secara berkesan. Adakalanya stress boleh juga menjadi faktor motivasi terhadap perkembangan hidup seseorang. Stress yang keterlaluan boleh menjejaskan kesihatan.

KENAPA ANDA STRESS???
  • Diri sendiri (contoh : anda kecewa,anda tidak dapat apa yang anda mahu)
  • Keluarga anda (contoh : masalah dengan suami/isteri dan anak,pindah rumah,masalah kewangan)
  • Pekerjaan anda (contoh : anda tidak dapat menyiapkan kerja,anda tidak cemerlang dalam kerja,ketua anda tidak berpuashati dengan kerja anda,anda tidak dinaikkan pangkat,tukar kerja,dibuang kerja)
  • Komuniti anda (contoh : jiran dan komuniti tidak ramah)

Bila anda rasa stress.....
  • Jantung berdegup kencang dan sukar bernafas
  • Anda cepat marah
  • Anda rasa tidak gembira
  • Anda kehilangan selera makan
  • Anda hilang minat bekerja
  • anda tidal lagi menikmati hobi
  • Anda tidak cukup tidur
  • Anda menengking-nengking
  • Anda ingin membaling sesuatu
  • Anda cuba menjauhkan diri
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:-
  • menyedari yang anda sedang marah.....Katakan;"Saya sedang marah"
  • bertenang...kira hingga 10,tarik nafas panjang dan mengucap
  • kenal pasti kenapa anda marah
  • cuba dengar penjelasan orang lain
  • jangan berkata sesuatu untuk menyakitkan hati atau menghukum orang lain
  • anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • membiasakan diri memaafkan
  • menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
KUASAI KEMAHIRAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH CARA

I . D . E . A . L

I > Kenal pasti masalah
(Identify the problem)
D > Jelaskan pilihan yang boleh diambil
(Describe possible options)
E > Buat penilaian bagi setiap cadangan - baik dan buruknya
(Evaluate consequences of each option - the pro's and con's)
A > Bertindak- pilih satu cara untuk bertindak
(Act)
L > Belajar dari pengalaman sama ada hasilnya berjaya atau tidak
(Learn)


CARA MENGURANGKAN KEMUNGKINAN UNTUK MARAH
  • berfikir secara positif
  • jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • belajar menyukai diri sendiri
  • usahakan yang terbaik daripada apa yang anda ada
  • belajar menerima apa yang tidak dapat diubah
  • jangan risau tentang kekurangan yang ada
  • bertenang
  • lakukan senaman selalu
  • adakan hobi
  • luangkan masa untuk keluarga,kerja dan beriadah
  • dapatkan tidur yang cukup
  • dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • bersifat asertif.
  • berani berkata "TIDAK" untuk kegiatan luar,jemputan atau temujanji yang anda tiada masa untuk hadiri
  • tetapkan matlamat yang realistik untuk diri anda. tidak semua anda dapat kecapi
  • sedarilah bahawa tidak semua perkara penting seperti yang anda sangkakan.
SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia

Tuesday, April 27, 2010

Balik Port Dickson

jumaat lepas aku cuti..saje nak balik awal nak amik keta (pinjam keta myra), sbb keta ku masuk workshop. so nak jadikan citer...kebetulan hari tu aku cuti then aku bawa anakku naik tren. mula2 naik bas Rapid (T302) dr genting klang ke wangsa maju..naik tren rapid Wangsa Maju then turun dekat KL Sentral...sampai je sana terus beli tiket dekat KTM Komuter..perjalanan yang agak mencabarlah sikit sebab bawa budak...nasib baiklah sibujang kesayanganku ini tak buat perangai kalau x comfirm leh jadi giler!!!!!


dalam bas RapidKL

blurrr dalam bas

dalam Train Putra



malas time.........

malasnya nak update blog nie....bukan pasal apa tp sbb dalam 2 3 minggu nie mood x baik, banyak sangat masalanya........so tetiba hari ni ada plak mood dan lagi satu tetiba teringat kat blog nie.
macam biasa rutin setiap minggu..isnin sampai jumaat kerja........hari sabtu & ahad hari untuk rehat dan bersama keluarga tercinta.

Monday, April 12, 2010

makan time...

ni minggu lepas punya project ni...makan time kat Times Square,Imbi...
mula2 dok berfikir nak g bukit bintang nak habiskan voucher RM 50.00 tp sayang vouchernya tertinggal...so planning nak g masjid india nak p beli tudung....last2 keta yana kat adiknya..nak pakai keta kerajaan x boleh sebab ada satu jer...kan apa takut apa2 hal urgent nanti takut x sempat nak balik...maklumlah rehat lama. ok dah buat keputusan,xnak g mana2 nak rehat kat opis untuk buat tahi mata....tetiba, jeng jeng jeng...perut rasa lapar, x boleh jadi ni. ok tukar planning nak g karok then makan...x boleh pulak sbb x cukup kaki,kak hana ada tugasan yang harus dilaksanakan.....so kemana kita yana??????
selepasa beberapa minit duk pening last2 aku ngan yana berbalas ym dan menetapkan untuk ke PETAK MASA...macam biasa..cari baju dan makan2...

jalan punya jalan akhirnya sepakat untuk berhenti berehat dan makan dekat Secret Recipe...
heheheeh...sedap dan puas hati sangat2...credit to yana coz belanja makan...dah save lagi..!!!

makan time...


fresh watermelon


lemon tea


grilled mushroom chicken


blueberry cake



Gila Kamera

actually ni xde kena mengena...saje je nak upload gambar...terlalu banyak sangat gambar yang kitaorang tangkap masa tu....heheheh!!!! suka sangat sangat......

usherlah sangat..!!

we are "ANGEL"

promote....

makan tengahari
* waklu anip *

ahli baru ANGEL
*angel najla*

ketua ANGEL..hahhaahah









Closing Ceremony

erm...sekejap je masa berlalu. langsung x pernah terfikir yang makan2 free dah tamat. so terpaksalah keluarkan duit semula untuk makan pagi sampailah petang..hehehhee!!!
bukan apa kalau orang2 ni ada save sikit belanja,bukan selalu dapat.
bila sebut pasal event,antara satu kemestian dan wajib adalah kita2 ni (kak hana/yana & aku) mesti nak gak interprem...buat lagi sekali aku dan geng2 ni menjadi pilihan sebagai "ANGEL"..
ntah mana yang angel ntah..hahahahaha!!! sekali sekala best gak masuk campur dalam event,sebenarnya dah x larat nak duk opis. cuma kali ni diadakan dekat2 HQ aku, dan mungkin menyenangkan orang2 mumbai ni..maklumlah hotel ni gak tempat tdo depa..yang aku maksudkan HOTEL SENTRAL...not bad tempatnya cuma yang kurengnya xde swimming pool...kalau ada comfirm best giler..!!! habis je event ni....mak oi penat x terkira...apa pun best gak dan berjalan dengan lancar walaupun ada satu dua benda yang x menyenangkan dan agak kecewa..well...xnak citer panjang sbb tahap kemalasan dah berganda2..






Friday, April 2, 2010

APRIL FOOL!!!!!

saper tahu sejarah disebalik APRIL FOOL??? ada setengah orang mengaitkanya dengan zaman dulu (masa nabi kita)..katanya masa inilah kaum islam dipermainkan oleh kaum jahiliah. ada setengah plak kata sbb...em macam2 lah...

then bangun je pagi2 aku telah bertekad bahawa hari ni aku kena berjaga2 supaya tidak dipermainkan oleh kawan2 ku atau keluargaku sendiri...dari pagi sampailah tengahari...alhamdulillah aku tak terkena untuk tahun ini. masuk je petang..kira nak balik dah ni...tetiba???????? tepat jam 5.45 pm.....

"mas, jom kita naik atas. tengok tv1...abang akak call,dy kata tiang KLCC jatuh..now semua ada kat situ..cepat2..."
maka aku pun tersu melarikan diri sambil tangan cepat mendail nombor telefon hubbyku...
tanya punya tanya last2 lakiku kata...mana ada!!! awak ni kena tipu ni..kalau betul dah tentu saya bgtau awak dulu...

last2 ari bersuara..
"hhhhhhhhhaaa...jangan2 kena APRIL FOOL!!!!"
OMG!!! macam mana aku langsung x teringat dan terfikir....alih2 mulut nie pun terkeluarlah macam2 ayat yang x sedap didengar...!!!

MANGKUK PUNYA ORANG!!!!!

Xde keje buat keje..


actually benda ni aku buat sabtu minggu lepas (27/3/2010) tp sekarang baru ada masa nak cite kat blog nie..mula2 ingat nak g balik kampung Port Dickson (naik komuter) tapi nak wat caner sebab hubby x bagi..katanya kesian kat anak berhimpit2 ngan orang..dan x selamat. so dik pk pk akhirnya hasrat tu dibatalkan....apa nak buat yer??? bila masuk bilik angah tetiba muncul 1 idea dalam kepala otak ni...KEMAS BILIK ANGAH...!!!! start kul 11 am then selesai kul 4.30 pm.
giler kentang punya bilik...kotak je banyak tp barang dalam tu punyalah sikit.
dengan aku minta maaflah nak simpan barang2 yang x berguna...
now bilik tu dah cantik (walaupun x cantik sangat)...dari bilik angah jadi bilik iron baju.

lepas kemas bilik angah tetiba perasaan rajin tu datang...tengok bilik aku...erm..macam x menarik jer!!! so apalagi,terus kemas bagi cantik2...!!suka sangat aku...cuma x pasang cadar jer lagi..hahahahaahah!!! gambar nanti aku upload..hari ni aku cuma nak citer jer...

Tetiba ada mood..!!

selamat malam semua....
sekejap ada..sekejap x de...apa kenalah. hari tu rajin sekarang dah malas..hahahaha
bukan apa penyakit malas telah melanda diriku ini...tetapi.........hari ini saya sangat rajin!!!
dah lama x buka blog ni dan update so banyak plak cerita yang dok simpan dalam kepala otak ni.
apa2 pun layan jelah.....!!!

"SAFETY CAMPAIGN"
tamat


- erm...rupanya sekejap jer campaign ni..x sampai seminggu pun. untuk event ini aku cuma menyertai 2 pertandingan jer...iaitu Safety Campaign Logo ngan Safety Puzzle quiz..
untuk melukis ngan mewarna minta maaflah...dah lama tinggalkan hobi nie...bab puzzle ni plak separuh cari jawapan sendiri dan separuh minta tolong kawan2..dan akhirnya keputusan saya telah mendapat no 3 (puzzle quiz) berkongsi hadiah bersama kak hana...nak tahu x dapat aper??? hehehe..hadiahnya merupakan Voucher Giant sebanyak RM 50.00. well at least dapat gak hadiah...huhuhhuhhuhu

pemenang dengan hadiah vouchernya..

kami kayo..!!!!