Monday, July 26, 2010

MELANCONG!!!

sape nak g melancong dan pernah melancong???
Tak kiralah dalam atau luar Malaysia..macam mas, belum pernah lagi melancong..
seingat mas yang pernah pergi pun cuma Genting Highlands..tempat lain belum pernah lagi.
so untuk langkah persediaan mas juz nak share ngan korang tentang hal ini...
huhuhu artikel ini pun mas dapat dari surat khabar METRO.
Jom sama2 kita baca dan semoga ini dapat dijadikan persediaan untuk yang mana tak pernah pergi melancong.

LANGKAH PERSEDIAAN SEBELUM MELANCONG

Percutian antara aktiviti yang memerlukan kita melakukan pelbagai perancangan termasuk bajet agar tidak berlaku pembaziran serta memastikan percutian lancar tanpa masalah. Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan memaksimumkan bajet.
  • Buat tempahan lebih awal
Industri pelancongan banyak bergantung kepada keaadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong sama tempatan atau asing dan sehubungan itu, lebih baik menempah tiket penerbangan awal, beberapa bulan sebelum tarikh kita melancong.
Tempoh itu membolehkan kita merancang percutian dengan teliti supaya tidak mengalami masalah sama ada sebelum atau selepas percutian.
Jika lewat membuat tempahan atau pada saat-saat akhir , mungkin berlaku kesesakan dan kita sukar mendapat tiket serta penginapan. Jika ada pun penginapan mungkin tidak sempurna.
  • Pengangkutan
Dapatkan maklumat mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati.
Pilih pengangkutan paling murah serta pemandu pelancong yang mengetahui selok belok kawasan percutian untuk mengelakkan ditipu serta sesat.
  • Perbelanjaan
Anda juga perlu mengetahui kadar tukaran wang negara yang ingin dilawati supaya sesuai dengan bajet yang anda sediakan serta tidak tertipu ketika menukar wang. Mengetahui kadar tukaran wang membolehkan anda merancang perbelanjaan terutama ketika membeli-belah.
Selain itu juga anda boleh memilih menyediakan sendiri makanan bagi menjimatkan belanja tetapi ia jarang dilakukan kecuali mereka yang ingin melakukan aktiviti lasak ketika bercuti.
  • Melawat negara yang menawarkan pakej percutian murah
Pilih negara yang menawarkan pakej percutian murah bagi mengelak pembaziran. Tiada salahnya jika pakej yang dipilih murah tapi diisi dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang percutian. Oleh itu, sebelum memutuskan untuk ke suatu destinasi selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik yang ada disana agar kepuasan ketika bercuti boleh dirasai sepenuhnya.
  • Lebih jimat jika bercuti berkumpulan
Bercuti secara berkumpulan banyak keistemewaan terutama keselamatan. Sekurang-kurangnya kita rasa selamat berada di tempat orang bersama rakan yang boleh saling membantu jika menghadapi masalah.
  • Melakukan akiviti perkhemahan
Bagi mendapatkan kepuasan lebih ketika bercuti, anda juga boleh menambah aktiviti lasak seperti berkhemah kerana selain menjimatkan, mampu memberi pengalaman baru berada ditempat orang.

Thursday, July 22, 2010

Training

JW MARRIOT HOTEL
STARHILL 6
LEVEL 4
14 & 15 Julai 2010

Multi-Tasking Skills In Office Administration
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

buat pertama kali nyer mas pergi training dekat luar..tempatnye mestilah dekat hotel-hotel terkemuka...bayar mahal takkan nak buat dekat padang atau dewan...

mula-mula daftar memang takut sangat, bukan sebab apa...yelah dah tentu pergi sorang-sorang...
huhuhu...tapi macam biasa anggap je semua yang datang macam kawan dekat opis gak.!!

akhirnya berjaya juga membawa diri di hotel ni dengan kawan-kawan baru...kalau berat mulut alamatnya jadi kera sumbanglah..so far seronok sangat dapat kenal kawan-kawan baru dan bertukar pendapat tentang diri serta kerja masing-masing...mulanya segan gak sebab kebanyakan yang datang semuanya berpangkat..!!! dan yang pasti bukan calang-calang company.!!!

paling best meja kitaoranglah...dapat plak geng 1 kepala dan boleh plak jumpa sorang mamat ni...ehem ehem, jangan gosip dan fikir bukan-bukan tau...mamat ni keje dekat Panorama Langkawi Cable Car...dan boleh dikata kami ni kira adik beradik
(dibawah 1 syarikat yang sama = PRASARANA)

memang happening giler selama 2 hari...
antaranya yang ada dalam group D :
  1. Aalia
  2. Mas
  3. Haffande
  4. Jessy
  5. Laila
tapi sayang sangat sebab tak sempat nak bertukar no telefon dan email.

* harap dapat jumpa lagi dyorang nie..!!





v
v
v
v
dah penat belajar saat inilah yang ditunggu2....

MAKAN




bila dah habis training ni biasalah mesti dapat SIJIL kan??

v
v
v
v
dengan bangganya saya nak kongsi sijil saya ni.. ;)





Idaman Hati..!!

erm...tetiba terasa nak berkongsi cerita dan impian sama ngan korang...actually banyak benda sebenarnya tp inilah antara yang menjadikan mas gila dan kadang2 agak lupa diri sekejap siapa diriku sebenarnya..hahhahaha!!

mas cuma berharap agar suatu hari nanti jika diberi kesempatan dan kemampuan mas akan merealisasikan impian ini...AMIN!!

Pertama :
Rumah / Bungalow

bestkan dapat rumah besar..
macam manalah perasaan kalau dapat rumah besar.???
~ dahlah penakut..ada hati nak duduk rumah besar ~

bilalah agaknya yer dapat rumah macam ni???
~ 25 tahun dari sekarang ~

tapi mas tetap berpuas hati dengan rumah yang mas dan hubby beli
walaupun tak besar tapi mas gembira sebab inilah rumah yang bakal kami duduk bersama
anak dan anak dan anak...!!

* inilah contoh rumah kami *
~ rumah kami masih buat renovation lagi ~

Kedua:
Katil Bertiang
~ gambar dari Eric ~
mas sendiri tak tahu kenapa mas sangat berminat dengan katil sebegini, dan berharap sangat mas dapat membelinya suatu hari nanti..!!
* doakan yer *

kalau awak gak berminat dengan katil macam ni jom usha kat cni :

http://duniahiasandalaman.blogspot.com/

Ketiga :
Handphone NOKIA E72

biarlah orang lain sibuk sangat dengan HP terkini macam Blackberry,IPhone..
mas tetap dengan pendirian, mas mau ini HandPhone..!!

"Bie..leh x belikan saya HP ini..harga pun dah murah"
huhuhuhu
saya nak colour ni tau...plzzz

Keempat :
Percutian Ke LANGKAWI

apa gelak-gelak???? sindir yer!! tak nak kawan..
* merajuk *

hahahhaaa...sebenarnya mas pun ketawa gak..punyalah banyak tempat kat MALAYSIA ni kat sini juga mas nak pergi...
demi ALLAH, mas tak pernah sampai kat sini..
nama je duduk kat malaysia tp langkawi tak pernah jejak.

"Bie, leh tak bawa isteri awak ni g sini??"

Kelima :
Toyota Caldina

teruja tak tengok kereta ni??
first time mas tengok kereta ni hati terus terpaut.!!
memang gempak..!!
pernahlah terlintas dihati nak beli keta nie...tp apakan daya tidak berkemampuan.
banyak lagi yang nak difikir untuk masa hadapan.

tapi sejak akhir-akhir ni dah ramai sangat orang pakai kereta ni.
kalau dulu boleh bilang dengan jari berapa kerat yang pakai, tapi sekarang ni dah tak terbilang.

apa-apa pun mas tetap sayang kereta mas
dari start...
  • bercinta
  • bertunang
  • kahwin
  • anak sorang
v
v
v
v
v
v

inilah dia CALDINA mas

* opssss.. CALDINA kami tengah mandilah..!!!*