Tuesday, September 7, 2010

Salam Lebaran


Salam Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin dari Mas sekeluarga utk semua kenalan.

Oh ya tahun ni giliran mas beraya di kampung asben (Tapah,Perak)..sebab tahun lepas dan kampung mas..huhuhu..!! tapi kalau ikutkan hati setiap tahun nak raya kat kampung mas
(Port Dickson,N9).
Actually dari sejak kawen lagi mas dan asben dah mengamalkan sistem ikut giliran..so peratus nak bergaduh amatlah kurang...!!

Oklah mas xnak cerita panjang2 sebab korang semua mesti dah x sabar nak beraya..,
kepada yg memandu, mas nak ajak semua pemandu2, copilot & penumpang untuk amalkan beberapa amalan iaitu 'Dah Check'? Ini adalah beberapa petua keselamatan sebenarnya. Bila diamal selalu, insyaAllah akan jadi automatik.
* copy dari 1 forum*

Antaranya yang terpenting:
  • Check kenderaan semue ok ... especially yang mana2 bawa kereta2 conti, breakdown tengah jalan haru plak
  • Check semua keadaan rumah ok ... sebarang unsur2 yang boleh menarik minat penyangak2 (maling) jangan sesekali diundang
  • Kalau nasib baik sebab ade jiran yg BBM atau BSPlah kampungnya ... pesanlah kita akan balik
  • Lain2 pesanan ialah sama yang macam biasa pak polisi bagi ...
  • Dalam kenderaan - pastikan alat2 keselamatan yang simple & portable dibawa bersama. Contohnya - mini fire xtinguisher, tools, kayu selengan untuk self defense
  • Masuk kenderaan ... mulakanlah dengan doa/bacaan sepertimana yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW
  • Kalau ada rasa ngantuk sikit2 masa drive, boleh buat senaman ringan dalam kereta, seperti picit telinga, picit hidung, picit bahu, sedut nafas melayu, buat gulung ekor naga, minum ECPI water dan macam2 lagi gerakan yang tak membahayakan
  • Kalau ngantuk jugak, berhentilah kat hentian rehat & rawat untuk tidur sekejap
  • Opps satu lagi, jangan seronok sangat, besederhanalah dan selalu ingat kepada Allah. Kalau boleh, sambil2 drive tu, bawa2lah dengar VCD kuliah/tazkirah/forum yang menambah ilmu, memberi kefahaman & mendekatkan kita kepada Allah.

Kadang2 bila tak buat checklist walaupun ianya common sense, kita boleh terlupa.



Thursday, September 2, 2010

Perkara Membatalkan Puasa


Salam Ramadhan semua...dah lama juga mas tak update blog ni, maklumlah sejak berpindah ke department lain ni memang agak payah nak layari internet.. Oh ya, macam kelakar pula nak dekat habis Ramadhan baru nak kongsikan tentang perkara2 yang membatalkan puasa. Tapi takpe yang penting mas nak juga berkongsi, manalah tahu benda ni boleh dibawa ke tahun2 hadapan...!!
Tak nak cerita panjang sebab masih banyak lagi kerja nak buat ni,
(ni pun curi masa sikit)

Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai..

  1. Darah keluar dari tubuh. Sama ada berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah daripada hidung dan tangan.
http://www.emocutez.com

* Tidak batal puasa seseorang itu kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukan 'yang keluar' daripada tubuh. (As-Siyam)

2. Pil elak haid untuk puasa penuh

* Hukumnya harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid dan tidak mengganggu kitaran fitrah yang ditentukan Allah SWT.

3. Penyembur gas untuk pesakit lelah

http://www.emocutez.com

* Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr. Muhd Uqlah menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala ubat lelah jenis hidu melalui hidung membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam)
Namun jelas ulama berhati-hati dalam memberi keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk daripada alat ini boleh memasuki ruang perut, ia satu keperluan buat pesakit lelah dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar.

4. Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal

* ada 2 jenis iaitu sama ada untuk berubat atau untuk menguatkan tubuh seseorang. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, ubat tahan sakit dan apa juga tujuan asas perubatan, ia dipersetujui membatalkan puasa. Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untku kekuatan badan demi perubatan.
Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan, ulama sekali lagi berbeza pandangan namun pandangan majoriti ulama berpendapat ia tidak membatalkan puasa kerana tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa.
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri daripada ujian keletihan lapar dahaga puasa.

5. Berkumur dan air masuk ke rongga hidung ketika berwuduk'

http://www.emocutez.com

* Hukumnya tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan ketika puasa adalah lebih baik.
Riwayat abu Daud menyebut, "Sempurnakan wuduk, basuhlah celah-celah jari jemarimu dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa.

6. Mencium lelaki atau wanita ketika berpuasa

Passionate kissing

* Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama sebagaimana diriwayatkan abu Daud: "Nabi SAW mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya".
Mencium isteri atau suami tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari Ramadhan.

7. Keluar air mani tanpa persetubuhan

http://www.emocutez.com

* Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya air mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib di qada sebagaimana dipersetujui oleh seluruh ulama. Jika keluar air mani kerana bermimpi disiang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu, sepakat ulama menyatakan ia tidak membatlkan puasa.

8. Mandi

http://www.emocutez.com

* Tiada masalah untuk orang yang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi SAW mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah sebutkan mandi ketika berpuasa. Kecuali seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh remaja dan lainnya, ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.

9. Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu

http://www.emocutez.com

* Tindakan sebegini membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang iti kembali berniat dan membetulkan puasa tidak terbatal.


Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya supaya tidak terpesong untuk membatalkannya sebagaimana Imam Ibn Quddamah menolak pandangan yang mentakana tidak batal kerana ibadat itu berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni)