Sunday, December 18, 2011

Memstar Chep Malaysia

selamat petang adik,kakak dan makcik sekalian. Terima kasih kerana sudi bersama dengan memstar kali ini. petang-petang yang sejuk ni (area umah memstar) tetiba terasa lapar dan tak semena-mena air liur memstar meleleh apabila teringat akan apam aiskrim soda mak memstar. dan sebab-sebab ketiadaan barang dan bahan-bahan nak buat so memstar cadang nak berkongsilah dengan penonton. u alls semua buat then hantar lah sikit kat  umah memstar ni ye. heheheheheheeh.. ;p

ok, sebelum nak memasak atau nak buat kuih ni yang utama sekali haruslah ada bahan-bahannya,kalau  tak macam mana nak jadi. betul tak?? 


Bahan-bahan :

3 biji telur
1 cawan air aiskrim soda  
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar ovelette
1½  cawan gula
Pewarna (ikut suka hati)
Acuan

Cara-cara membuat :

Satukan telur dan gula. Pukul hingga sebati.




Masukkan tepung gandum (pukul hingga naik) dan kemudian letakkan ovelette




Gebu tak? 


bahagikan kepada 3 bahagia kecil (sikit je) dan campurkan pewarna yang anda suka


masukkan ke dalam acuan dan corakkan mengikut isi hati anda. 
selepas selesai semuanya masukkan ke dalam kukus.



*sekarang ni pun apam aiskrim soda ni dah banyak orang buat bisnes dan sekarang ni pun majoriti menamakannya apam polkadot. tapi sama ke bahan-bahannya dengan diatas??? 

oh ya bagi sesiapa yang rasa-rasa nak order untuk makan sendiri, jamuan, majlis tunang atau kahwin janganlah segan-segan order dari APAM POLKADOT . memstar  dah pernah beli dan rasanya sangat sedap dan lembut. selain tu macam-macam corak...siap ada ladybird main bola sepak lagi. 





Tapi resipi diatas bukan dari APAM POLKADOT ye tetapi resepi dari mak memstar.

SELAMAT MENCUBA!

Saturday, December 17, 2011

RUMAH UNTUK DISEWA

Iklan :

Rumah untuk disewa (kemasukan Januari 2012)
Deposit 2+1 (bil air & api) Bayaran bulanan : RM 4++ (boleh dirunding)

Alamat: Persiaran Desa Puteri 10, Desa Puteri, 48020 Rawang Gombak Selangor

Jenis Rumah : Townhouse 3 bilik 2 bilik air (atas)
Luas kawasan:1,173.00 kps
Kondisi: Baik

Rumah siap sedia ada dengan lampu, kipas, kabinet dapur, grill.
berdekatan dgn Sg.Buloh, berlatarbelakang kan highway baru. memiliki penduduk yang ramai,kemudahan banyak terdapat disana seperti Sekolah Rendah dan Menengah, padang permainan,kedai.

 sila hubungi untuk maklumat yang lebih lanjut :

 Cik Juliza
 017 - 274 3314

 contoh gambar rumah seperti dibawah :-
*amik dari google images

 

Monday, November 21, 2011

Labuhnya Tirai!

masa berlalu dengan pantas sekali..diam tak diam Sukan Sea tahun ni dah nak hampir melabuhkan tirainya esok! dan yang paling penting sekali MALAYSIA mencapai target untuk memungut pingat emas lebih dari 40. Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada atlet-atlet MALAYSIA! sejak bermulanya Sukan Sea ni jaranglah tengok drama atau berita, balik je rumah buka ASTRO 801 (arena). kadang-kadang boleh bawa bergaduh ngan anak bujang mas.!! *mama ni abang nak tengok kartunlah...*!!
Tapi yang paling penting dan WAJIB MENANG adalah bola sepak, bak kata semua pingat emas bola sepak adalah IBU bagi semua pingat. dapat pingat emas banyak-banyak pun x guna kalau tiada pingat emas dari acara BOLA SEPAK.! betul tak??
apa-apa pun sebagai seorang rakyat MALAYSIA pastinya mas akan menyokong skuad HARIMAU MUDA dan mendoakan kejayaan di pihak kita. *nak tutup sikit mulut puaka rakyat INDONESIA (segelintir) yang tak habis-habis dok maki hamun MALAYSIA*.
pesanan ringkas untuk pemain MALAYSIA:
  • berjuanglah habis-habisan demi maruah negara
  • bermain atas sifat dan sikap menaikkan dan mengharumkan nama MALAYSIA tercinta
#layan bola di Stadium Gelora Bung Karno (astro 801) hehehe.!

Wednesday, November 16, 2011

Istimewa "WANITA"

Petang ni saje-saje dok belek suratkhabar tetiba nampak pulak tentang petua melayu lama ni. Mas tak pasti pulak sama ada ianya benar atau tidak. Tapi tak salah jika hendak mencuba.
#copy+paste
Dalam masyarakat melayu terdapat banyak petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.
  1. BANGKIT BERSAMBUT
    apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badam ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. apabila mahu bangkit dari tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan, cecah ibu jari dengan kedua-dua tangan.
  2. WAJAH SUCI
    apabila bangun pagi, jika membasuh muka elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. biarkan air itu kering sendiri pada muka. jika mengambil air wuduk (sembahyang) pun, biarlah ia kering sendiri. ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
  3. MENYEGARKAN PAYUDARA
    apabila mandi, terutamanya diawal pagi, cucurkan air pancuran (air paip) ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar serta tidak mudah jatuh.
  4. TAMAN SEMERBAK
    amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulaman yang baunya wangi dan sayurannya wangi sejak dari perawan. nafas dan badan juga menjadi wangi.
  5. LUBANG JARUM
    latih otot penahan kencing seolah-olah menahan diri dari membuang air kecil, kemutkan berulang-ulang. kemudian kemutkan pulan otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar. jika boleh jadikan ia amalan setiap.
  6. SUARA PERINDU
    elakkan diri dari banyak memakan makanan yang pedas0-pedas atau yang agak panas. selalu minum air asam jawa. berlatih bercakap dengan mengawal nada suara sewenang-wenangnya. dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
  7. MENGURUT PANGKAL BUNTING PADI
    biasakan mengurut di pangkal betis iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. lakukan selalu kerana ianya baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.
  8. PAYUDARA MONTOK
    elakkan dari meniarap diatas lantai sama ada di waktu siang atau malam. kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara
    Wallahu'alam

Tuesday, October 18, 2011

OKU

banyak sangat rupanya agenda yang x berhapdet kat blog ni..!!. rasanya hampir sebulan lebih dah mas berehat...ada masa nanti mas update lagi k..!!
*selepas operation*
*cenderahati*

Thursday, August 4, 2011

OFFICE JERK vs ANGRY BIRDS

semakin lama teknologi didunia semakin canggih dan maju...bak kata orang semuanya dihujung jari jer...yang penting mestilah kena ada internet jalur lebar...xde laptop atau pc pun xper...sekarang kan HP canggih2. nak jimat duit pergi je mana2 kedai yang menyediakan wireless. apa susah!! tapi bukan itu yang mas nak bicarakan, apa yang mas nak kongsikan adalah satu lagi permainan yang boleh membuatkan mas atau saper2 je yang tengah stress, bak kata orang nak melepaskan kemarahan dengan cara tersendiri. Kalau dulu sibuk dok orang kata pasal ANGRY BIRDS ANGRY BIRDS ANGRY BIRDS..dan jangan x tahu pasal ANGRY BIRDS ni jugalah sekarang ni rata2 dalam kereta penuh dengan patung atau bantal ANGRY BIRDS. itulah betapa kuatnya tsunami ANGRY BIRDS!
sekarang ni plak mas tengah ketagih dengan permainan OFFICE JERK..mula2 main memang hilang stress..tapi bila lama2 plak terasa kesian dengan si mangsa. kalau dapat tukar muka mangsa lagi best.hahhahaa barulah ada perasaan. Tapi awas ye jangan dibuat benda ni semua diluar....karang tak pasal2 kena buang kerja dan lebih parah lagi dapat percutian didalam penjara. tak ke naya.
"Apa-apa pun gunakanlah teknologi dengan sebaik mungkin."

Ramadhan Al Mubarak

Alhamdulillah hari ini adalah hari keempat kita sebagai umat Islam berpuasa. Dan bersyukur juga sebab belum masih belum ada tanda2 untuk MC ...Dan terharu juga sebab ramai kawan2 mas yang berstatus hamil berpuasa....so kepada kaum ADAM, malulah kalau korang semua x berpuasa kan? *segelintir*...!! Oh ya sebut pasal bulan RAMADHAN ni, memang ramai orang berpusu2 ke surau dan masjid untuk solat terawih. Oleh sebab itu juga mas nak kongsikan dengan korang semua kelebihan Solat Terawih. Dan rasanya masih belum terlambat lagi mas nak ucapkan Salam Ramadhan buat korang semua..!!
ihsan : Kalam Abu Musaddad

Firman Allah SWT di dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud :

” Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang yang bertaqwa.”

Manakala Rasulullah SAW telah bersabda :

“Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan…”

Pengertian Puasa

Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

Syarat Wajib Puasa

  • Berakal
  • Akhir Baligh (Cukup umur)
  • Kuat atau mampu mengerjakan puasa

Syarat Sah Puasa

  • Islam
  • Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)
  • Suci daripada haid dan nifas
  • Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

Rukun Puasa

  • Berniat – Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.
  • Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

Perkara Yang Membatalkan Puasa

  • Makan dan minum dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja
  • Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan
  • Keluar darah haid atau nifas
  • Gila
  • Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

Orang Yang Diizinkan Berbuka Atau Tidak Berpuasa

  • Orang yang sakit
  • Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.
  • Orang tua yang sudah lemah
  • Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

Kemudian antara kelebihan-kelebihan solat terawih ialah :

1. Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

2. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.

3. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

4. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

5. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

6. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

7. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

8. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

9. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

10. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.

11. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

12. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

13. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

14. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

15. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

16. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

17. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

18. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

19. Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

20. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

21. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

22. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

23. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

24. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

25. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

26. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

27. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

28. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

29. Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

30. Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Berkaitan dengan kelebihan / fadilat sunat terawih di atas sepertimana yang saya difahami sebenarnya bersumberkan kepada hadis palsu atau hadis maudu’ iaitu rekaan golongan Syiah dan apa yang lebih membimbangkan ia dikhuatiri boleh mendatangkan dosa. Hadis palsu itu adalah bertujuan memutarbelitkan kebenaran hadis Rasulullah dan golongan jahil mengenai hadis dipercayai menerima fadilat itu sebagai galakan untuk melakukan solat terawih. Oleh itu, kita hendaklah berhati-hati dengan kepalsuan hadis-hadis ini kerana ianya boleh membawa kepada kesesatan.

Wednesday, July 27, 2011

Go Go Harimau Malaya

TINGGAL LAGI BEBERAPA JAM..!!!
sangat tidak sabar untuk menyaksikan perlawanan esok antara Malaysia dan Singapura...InsyaAllah kemenangan pasti dipihak kita..dengan syarat pemain kita jangan leka...tekadkan impian untuk menang! walaupun mas tak pergi stadium itu tak bermakna yang mas tak menyokong pemain MALAYSIA...sebenarnya tiket memang dah beli, tapi disebabkan kawan tidak jadi pergi so ku berkorban untuk menjual tiket itu...nak simpan pun nak buat apa kan??? baik kita jual kepada orang yang lebih memerlukan...kata nak penuhkan stadium..!!
Kepada HARIMAU MALAYA (dyorang baca ker?) main habis-habisan...!! biar mereka ikut rentak kita, jangan kita ikut rentak dyorang. Jadikan kemenangan itu sebagai hadiah yang paling bermakna sekali...!!
tiket yang telah ku jual
agak2 apex main x esok??
tengok kat umah boleh tengok dengan jelas wajah pujaan hatiku... ;p

Wednesday, July 20, 2011

FAVICON!

dulu mas pernah post ENTRY ni tapi tiada jawapan....tapi sekarang mas dah dapat...nasib baik encik Blogger ni baik...so sekarang mas dah ada icon sendiri *sendiri x sendiri sangatlah*...

Tuesday, July 19, 2011

Boikot ASTRO??

hye ollsssssss..petang ni agak rajin sikit untuk update belog..walaupun sebenarnya penyakit malas itu telah menempek..mesti korang semua pernah terbaca didada akhbar tentang mahu boikot itu ASTRO..sebab apa?? apalagi kalau bukan disebabkan yuran bulanan dylah...tapi bagi mas, mas memang tidak bersetuju sekali sebabnya mana ada siaran lain yang lebih hebat dari ASTRO walaupun kadang2 servisnya macam hampeh!! nak pakai antena biasa bukan tak boleh dan tak bagus tapi serupa je kalau tutup terus...sebabnya gambarnya tidak cantik.!!Macam ASTRO plak dah tentu2 gambarnya cantik melainkan hari hujan...pelbagai siaran kita dapat tengok..dari berita, cerekarama, filem, haiwan dll...*hakikat sebenarnya memanglah boring sebab siarannya sama je, 24 jam ulang benda yang sama*.
Tapi berbalik kepada cerita yang dok sibuk nak boikot selama 3 bulan?? berbulan2?? Untuk apa nak boikot?? Bayangkan kalau sebulan yuran kita RM59.95, kalau dah 3 bulan dah berapa?? tak ker RM179.85?? Itu tak masuk lagi kalau kena potong then nak sambung balik...memanglah kena charge RM20.00!! tapi x ke membazir kalau kita boleh bayar sebulan hanya RM60.00?? *saper yang nak bayar kalau kena potong disebabkan kita boikot? tak ker kita juga yang kena bayar??* Pilih yang mana satu, nak boikot ASTRO atau kita yang kena boikot dengan anak sendiri sebab tak dapat layan kartun?? tak ke naya dibuatnya??
Bukannya mas kata boikot tu tak bagus tapi bila fikir balik, kesana atau kemana2 sahaja tetap "RAKYAT DIDAHULUKAN"... nak tak nak kita juga yang kena tanggung lainlah kalau ada pihak yang baik dan hatinya murni nak bayar semua tunggakan 3 bulan bil ASTRO kita. Tapi mas rasa pihak ASTRO sendiri dah mengerti dan mengambil langkah yang amat bijak untuk pelanggannya...sekarang ni kita semua dah boleh berjimat dengan pakej ASTRO yang baru..kalau saper2 nak lebih detail layari laman web ASTRO atau call saja Call Centre.
ihsan gambar : ASTRO

Friday, July 1, 2011

Review: Transformer_Dark of The Moon

Salam hari Jumaat semua....moga hari ni akan memberikan kebahagiaan dan kesihatan yang baik. Oh ya, mas nak kongsi dengan u olls semua pasal citer Transformer 3 yang baru je semalam mas tengok. Wah sangat teruja tau. Boleh kata tak rugilah kalau beli tiket. Cuma kureng sikit sebab pelakon wanitanya bertukar. Rasanya kalau Megan Fox berlakon lagi mantooooppppppppp kebabbbbaabbboooommmmm!!! Bukan kata pelakon baru ni x bagus, cuma bagi mas kalau semua pelakon dikekalkan lagilah superb! tapi pandai jugalah pengarah ni reka cerita pasal megan fox ni..at least kira terjawablah kenapa megan xde. Lagi satu yang mas paling suka bila kenderaan-kenderaan ni bertukar menjadi robot, memang nampak real dari tahun lepas. Mas tengok wayang biasa jer...kalau tengok 3D comfirm lagi REAL! *macam rimas je kalau pakai spek*
Jangan kata filem robot takde adegan nangis-nangis tau, kalau u olls semua hayati comfirm moleh nangis punya. Kenapa plak nak nangis??? mana taknya bila kawan kita yang kita rapat selama ni akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. macam tu jugalah terjadi masa Bumblebee dan yang lain-lain pergi untuk meninggalkan bumi. Pasal apa nak tinggalkan bumi?? itu korang kena tengok sendiri ok.. tapi kalau korang rasa nak tengok then x de kawan jangan lupa ajak mas yer... nak tengok sekali lagi dan berkali-kali.

Wednesday, June 22, 2011

Saya Ahli Watsons

Dengan bangganya saya nak bagitahu kat semua orang yang saya adalah AHLI Watsons. Bangga tak bangga tak??? Sebenarnya takdelah apa sangat cuma saja je nak berkongsikan dengan u ollsss semua. Apa yang bestnya tentang kad watsons ni cuma 1, kita dapat collect point bila beli barang, dan yang penting sekali ada diskaun. Yurannya takdelah mahal sangat cuma RM 12.00 dan yang paling utama tiada tarikh luput maknanya takdelah setiap tahunu nak kena renew.... yang renew pun hanya voucher..!!! Sape yang belum jadi ahli apa lagi cepat-cepatlah pergi mendaftarkan diri anda sebagai ahli Watsons. Itupun kalau u olllssss rajin pergi shopping kat Watsons.
*bila plak Guardian nak buat yer?* antara voucher yang ada perbezaan antara ahli dan bukan ahli langkah yang paling senang