Thursday, March 31, 2011

Nak Tahu!

Selamat petang semua...sebelum memulakan bicara saya ingin memohon maaf terlebih dahulu sebab saya ni kurang arif dengan dunia blog ni..!! mula-mula fikir macam pandai sangat tetapi apakan daya tahap kurang kepandaian saya ni menjadi-jadi..ingat bila jumpa tan sri GOOGLE boleh selesai masalah...huhuhuhu. Boleh x sesiapa ajarkan mas cara-cara nak jadikan serta cantikkan tajuk kat atas tu??? nak sebut apa pun mas tak tahu....kawan-kawan tengok benda ni then kawan-kawan tolong bagitahu saya yer....sebagai hadiah mas cium banyak-banyak kat wall kawan-kawan semua...
klik gambar untuk besarkan

Soalan Demi Soalan?

Kenapa dengan messages Facebook ku ni?? adakah ianya sama dengan puannya yang dah jadi mengong dari semalam..mengapa? kenapa? bagaimana? errrmmm, korang boleh tolong x?? Tolong teponkan pengasas Facebook ni, tanyakan pada dy kenapa dengan mas punya page ni?? ke ada orang yang nak sabotaj???
notification keluar tapi bila kita tekan terus jadi macam ni. boleh ke baca apa yang dyorang hantar??

Wednesday, March 30, 2011

Double??

orang dah cakap kalau tangan tak reti duduk diam comfirm sesuatu terjadi...nak buat macam mana memang saya tak reti duduk diam..rasanya kali ini je dah berapa kali blog saya ni problem (perbuatan sendiri)...sampai dah naik fed up dan terasa macam nak buat je blog lain....disebabkan tahap kesabaran mas masih ada lagi, mas berusaha dan berusaha untuk mencari jalan penyelesaiannya. Alhamdulillah, orang kata bila kita bersabar kita akan jumpa jalannya... (InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah, Ada Jalannya-Maher Zain) Dengan bantuan Mr.Google mas dapat satu link blog ni..baca dan cari akhirnya berjaya... terima kasih banyak2 dekat empunya belog tu.
nampak tak ada 2 blog post?? cara nak hilangkan double blog post tu : pergi dekat design, pergi edit blog template HTML.. click dekat expend widget nak senang tekan Ctrl+F cari Blog1 atau Blog2 dah jumpa macam diatas, sila jangan segan silu untuk membuang kan widget seperti dibawah. Sebelum nak delete comfirmkan betul2 then baru delete.
  • *jangan delete dua dua sudah*
bila dah buang belog akan menjadi seperti biasa
*kepujian buat kakak

TOLONG HORMATI!!!

memang saja bikin hati wa panazzzzzzzzz....bukan wa saja tapi mungkin lu juga akan panaz dengan ini pompuan *&#!#$%&....harapkan muka je lawa (mungkin orang lain punya gambar) tetapi perangai tu biarlah lawa juga...satu jer permintaan wa, TOLONGLAH HORMATI AGAMA ORANG LAIN!! wa pun bukannya perfect sangat tetapi xdelah sampai nak menghina agama lain. Bila baca je pasal pompuan *&#!#$%& ni, terus tinggalkan kerja dan update belog...*GERAM TAHAP GABAN*!! wa tak nak citer panjang, u alls bacalah sendiri dan buat ulasan sendiri...!!

Saturday, March 26, 2011

Update status

selamat petang semua...mas xde apa-apa nak citer..cuma nak bagitahu esok mas ada tournament bowling (company). cuma minta jasa baik korang-korang semua doakan kejayaan mas yer...walaupun hadiahnya x berapa nak lumayan (gold medal & wang tunai USD 50,000) mas tetap semangat demi untuk pasukan rumah mas..RUMAH HIJAU @COBRA.!!!!
group tahun lepas (2010)
ada gaya x sebagai juara???
X

Friday, March 25, 2011

Rahsia & Panduan Sebalik Nombor

Mas sangat suka dengan nombor 25, dan sebab nombor inilah mas rajin nak update blog hari ini (25 march 2011). Kenapa suka nombor 25?? banyak sangat kenangan manis serta pahit dan sewaktu dengannya terjadi pada tarikh ni, kiranya nombor bertuahlah... (tuah x tuah sangatah). Antara nombor dan diri mas :
  1. Serious dengan hubby > 2005
  2. Kawen > 25 februari
  3. No plat kereta > WJD 25**
  4. No Staff > SR**25
Orang Cina memang cukup taksub dengan nombor 8″. Mereka percaya nombor 8 ada ong. Tapi ada juga kepercayaan dalam masyarakat Indiaa mempercayai bahawa nombor 8 adalah lambang kematian.

Hakikatnya, ramai orang percaya nombor boleh membawa keburukan dan kebaikan. Ramai yang mempercayai nombor mempunyai semangat atau tenaga semula jadi tertentu yang boleh membawa keburukan atau kebaikan kepada seseorang. Jadi, jangan terkejut kalau ada orang gunakan nombor tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah.

Ada satu artikel yang menerangkan tentang peranan nombor dan hubung kaitnya dengan manusia. Menurut artikel itu, setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakan dengan betul, dia akan berjaya. Betulkah begitu?? Adakah anda percaya pada rahsia yang ada di sebalik nombor-nombor ini?

Berikut ini disenaraikan rahsia-rahsia dan hikmat-hikmat yang ada disebalik sesuatu nombor. Samaada mahu percaya atau tidak, terpulanglah kepada anda.

  • 1 – Satu

Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

  • 2 – Dua

Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh. Bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu. Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan. Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insha-Allah….tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh.

  • 3 – Tiga

Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah. Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.

  • 4 - Empat

Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

  • 5 – Lima

Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

  • 6 – Enam

Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan – gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran. Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib. Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

  • 7 – Tujuh

Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan. Caranya mudah – palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

  • 8 –Lapan

Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkannya – untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya…. kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

  • 9 – Sembilan

Nombor ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang….walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

  • 10 / 0 - Sepuluh atau Kosong

Sombol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran – tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya pencipta memilikinya.

Mengetahui rahsia dan hikmat nombor ini penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan. Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan. Semuanya boleh anda lakukan sekiranya anda tahu apakah rahsia nombor peribadi anda.

Nak tahu apakah nombor peribadi anda? Formulanya ringkas sahaja. Anda cuma perlu campurkan saja jumlah nombor tarikh lahir anda. Misalnya anda lahir pada 12-12-1969. Maka, campurkan sekali semua nombor yang ada pada tarikh lahir anda tersebut. 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4) Jadi nombor peribadi anda adalah 4.

Perlu diingat di sini bahawa, semua rahsia dalam nombor ini bukanlah satu perkiraan dan fakta yang tepat. Sebaliknya ia hanyalah ramalan melalui pengalaman dan hasil kajian bijak pandai dahulu kala.

Hakikatnya, semua perkara yang berlaku adalah dalam ilmu dan perancangan ALLAH SWT yang Maha Berkuasa. Hanya ALLAH SWT sajalah yang Maha Mengetahui segala rahsia dan hikmat yang ada pada sesuatu benda/perkara. Sesungguhnya semua benda/perkara tidak akan mendatangkan sebarang manfaat atau mudarat tanpa izin daripada ALLAH SWT, Robb sekalian alam.

kepujian buat : Ahli Nujum

Wednesday, March 23, 2011

Jejak Kasih

  • 23 Mac 2011 (8.13 pagi)
Pagi-pagi dapat satu call dari nombor yang tak dikenali..dengan langkah berjaga-jaga tanpa syak wasangka jawab jelah panggilan tu..tetiba...OMG!!! suara yang dah lama tidak kudengari setelah sekian lama...itulah satu-satunya adik angkat kesayanganku (adik angkat lagi ke?)..ah lantaklah dy anggap diriku ini sebagai apa..tapi yang pasti ku tetap anggap dy sebagai adikku. Huhuh..dah lama gak mas ni tak mengaktifkan berangkat-angkat ni..last berangkat-angkat dengan my hubby, mula-mula jadi adik-jadi kekasih-jadi tunang then terus jadi suami isteri...♥♥♥..so pasni dah xnak dah berangkat-angkat. takut jatuh cinta..;p
Buat adikku sayang, akakmu mendoakan semoga dirimu berbahagia selalu hendak-Nya disamping bakal suamimu..Insya-Allah jika tiada apa-apa akakmu ini menghadiri majlismu nanti..sayang adik selaloooo..!♥♥

Monday, March 14, 2011

What Are Words

Anywhere you are, I am near Anywhere you go, I’ll be there Anytime you whisper my name, you’ll see How every single promise I keep Cuz what kind of guy would I be If I was to leave when you need me most

What are words If you really don’t mean them When you say them What are words If they’re only for good times Then they don’t When it’s love Yeah, you say them out loud Those words, They never go away They live on, even when we’re gone

And I know an angel was sent just for me And I know I’m meant to be where I am And I’m gonna be Standing right beside her tonight

And I’m gonna be by your side I would never leave when she needs me most

What are words If you really don’t mean them When you say them What are words If they’re only for good times Then they don’t When it’s love Yeah, you say them out loud Those words, They never go away They live on, even when we’re gone

Anywhere you are, I am near Anywhere you go, I’ll be there And I’m gonna be here forever more Every single promise I keep Cuz what kind of guy would I be If I was to leave when you need me most

I’m forever keeping my angel close

Thursday, March 10, 2011

Tinggalkan Jejak

Salam U alls...heheheeh saje nak ucapkan selamat pagi buat semua. Mas rasa semua blog dah ada benda ni, tapi hanya mas sorang saja yang masih ketinggalan zaman.! semuanya gara2 terjebak dengan WanitaCantik ini punya blog...so mas pun amik kesempatan nak gak letak benda alah ni kat dalam blog mas. so kepada sesiapa yang terbuka blog mas yang tak seberapa ni janganlah segan-segan nak tinggalkan link anda semua..sambil mas membaca sambil tu leh gak kita ni merapatkan silatulrahim antara sesama saudara islam dan bukan islam <1malaysia>

Tuesday, March 8, 2011

HeartBeat ♥

apa tu Heartbeat? x pernah dengarkan nama ni atau apa-apa iklan. ha, actually heartbeat ni baru je mas tahu, itupun baca dari blog Cik Epal. Mas dah pun sertai HeartBeat ni (baru lagi). Katanya boleh buat side income. Memang macam NuffNang tetapi dy ni berbeza sikit sebab selain buat duit kita juga boleh membeli, lebih kurang macam barangan onlinelah. Memang cantik barang-barangnya..nak letak gambar sendiri pun boleh. Macam mana nak cakap yer...lebih kepada ketegori cenderahatilah katakan.!! macam nak buat je satu nak letak gambar anak. (Mini Tee) ;p ni mas copy sikit tentang Heartbeat ni. kalau rasa nak tau pasal Heartbeat ni jangan segan silu tekan kat iklan tu yer.. ;p
  • T-shirt
  • Puzzle
  • Mini Tee
  • Mouse Pad
  • Key chain
  • Ceramics

Friday, March 4, 2011

Drama Sedey :'(

Mas tak nak cerita bab entry ini.
bila tengok semula gambar diatas ini perasaan mas terus berubah . Tetiba jadi macam ini

Kaler Kuku.

Mas suka kaler-kalerkan kuku ni. Kuku tangan kuku kaki...tapi bukan kaler pakai warna-warna dalam botol tu yer, mas hanya suka kalerkan kuku pakai inai. sekarangkan dah senang pergi je kedai comfirm ada jual. dah tak perlu nak ambil daun kat pokok then nak kena tumbuk2. Dashyatkan zaman sekarang ni. semua dah maju kedepan. Malas nak pakai sendiri tepon je pakar inai comfirm dy datang...siap ukirkan lagi tu. Yang penting sekali mestilah ada bayarannya.!! cerita yang mas nak kongsikan ni pun berkenaan inai masa majlis perkahwinan abang mas tempoh hari. Kakak ipar mas telah menggunakan khidmat sepenuhnya dari pakar inai dekat area Port Dickson. Kalau saper2 yang duduk area Negeri Sembilan dan memerlukan perkhidmatan ukiran inai janganlah segan2 cari budak ini & budak ini yer..

Assignment _Outdoor

Bila masa plak mas belajar kat universiti atau kolej??? Nak kena buat assignment?? Hahaha bukan mas ye kawan-kawan semua tetapi cameraman belah pompuan. Nampak cool dan cantik walaupun nampak gaya mereka seakan-akan budak baru belajar. Apa-apapun memang superb..!!! InsyaAllah mana tahu suatu hari nanti mereka ni bakal pengganti cameraman yang tersohor.
***** bintang buat korang.

Majlis Persandingan

Waaa, sangat banyak entry pasal kawen minggu ni. Excited dapat kakak ipar. hehehe!! ;p Actually mas memang suka bab-bab kawen ni, mana taknya masa tulah dapat tengok orang cantik2, baju lawa2, jemputan jangan cakap semuanya Vogue gitu. Tapi bab paling suka bila dengar bunyi paluan kompang...terasa diriku berada di tempat pengantin. Tapi sebelum tu mas nak minta maaf banyak2 dekat semua kawan-kawan mas sebab tidak dapat menghadirkan diri ke majlis mereka. Mas tahu berdosa sekiranya kita tidak hadir ke majlis orang yang menjemput kita tp mas nak buat macam mana sebab mas hanyalah seorang manusia yang mempunyai kelemahan. *airmata berguguran ke dalam baldi* ;p
Sambung balik ke cerita asal, pada kali ini mama mas yang memilih warna tema bagi majlis persandingan abang mas iaitu Hitam & Putih. Apa-apa pun syukur alhamdulillah sebab majlis berjalan dengan lancar sekali.

Thursday, March 3, 2011

Ucapan

sambungan dari entry My Anniversary...;p terima kasih tak terhingga buat semua kawan-kawan yang telah menconteng wallku dengan pelbagai ucapan tahniah.(x pandai nak print screen wall ni ;p)