Wednesday, June 22, 2011

Saya Ahli Watsons

Dengan bangganya saya nak bagitahu kat semua orang yang saya adalah AHLI Watsons. Bangga tak bangga tak??? Sebenarnya takdelah apa sangat cuma saja je nak berkongsikan dengan u ollsss semua. Apa yang bestnya tentang kad watsons ni cuma 1, kita dapat collect point bila beli barang, dan yang penting sekali ada diskaun. Yurannya takdelah mahal sangat cuma RM 12.00 dan yang paling utama tiada tarikh luput maknanya takdelah setiap tahunu nak kena renew.... yang renew pun hanya voucher..!!! Sape yang belum jadi ahli apa lagi cepat-cepatlah pergi mendaftarkan diri anda sebagai ahli Watsons. Itupun kalau u olllssss rajin pergi shopping kat Watsons.
*bila plak Guardian nak buat yer?* antara voucher yang ada perbezaan antara ahli dan bukan ahli langkah yang paling senang

Monday, June 6, 2011

Doa Seorang ISTERI

Ya ALLAH
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya ALLAH
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu'atun 'ilmi)
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala pebuatannya
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Ya ALLAH
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya ALLAH
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tangggungjawabku sebagai seorang isteri
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu
Sekiranya aku ingkar dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu
Ya ALLAH
Sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa RahmatMu
Ya ALLAH
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya ALLAH ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniaMu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya ALLAH TUHANKU...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin...