Thursday, June 27, 2013

DOA_1


DOA AMALAN UNTUK IBU HAMIL


maksudnya : 


semoga semuanya baik-baik sahaja

Insya-Allah

Amin!



Thursday, June 20, 2013

WAREHOUSE SALE MY DEAR

Selamat pagi semua,

hari ni pagi-pagi tergerak hati nak tengok keperluan barang-barang bayi....
walaupun agak awal tetapi tak salah kan kalau mas saja nak berkongsi dengan bakal-bakal ibu baru dan lama. memang mas agak teruja tetapi bagi petua-petua orang tua, biarlah anak dalam kandungan tu membesar sehingga 6 bulan ke atas... sebabnya pada peringkat awal ni macam-macam yang boleh berlaku.... apa-apa pun simpang malaikat 44... moga dijauhkan dari segala dugaan....amin!!

bermula balik dari seperti tajuk diatas... kepada bakal-bakal ibu dan juga ibu-ibu yang memang dah lama kumpul duit untuk membeli barang-barang bayi..inilah masanya.... jom ramai-ramai serbu ke...

WAREHOUSE SALE MY DEAR 
for only baby

Address :
Cuang Cheng Mao Yi Sdn Bhd (MY DEAR). CO.
No. 281814P
No. 34, Jalan Meranti Jaya 10,
Meranti Jaya Indusrtrial Park,
47120 Puchong,
Selangor darul Ehsan

dari apa yang mas dapat tahu, harga yang ditawarkan agak berbaloi...kiranya banyak lah juga kita boleh save... dari website nya pula macam-macam barang kelengkapan bayi yang ada...*rambang mata*.. al maklumlah...masa pertama kali mengandung dulu mas kiranya tak berapa suka sangat pergi ke tempat yang ramai orang....masa shopping barang bayi dulu pun trauma gak....tapi xdelah ketara sangat sebabnya pergi masa SOGO Sale Member Card...pagi2 lagi dah terpacak depan pintu sogo...kiranya tak lama...hanya satu jam sahaja....rembat apa sahaja, bayar then terus balik sebelum ramai orang bertapa dekat sogo sampai malam.... hehehheehehe

so kepada semua janganlah segan-segan pergi ke untuk maklumat lanjut My Dear for only baby 













Monday, June 17, 2013

TRIMISTER PERTAMA (minggu ke 1- 12)


Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.

Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.

Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung.




Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).

Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.

Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.

Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.

Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.

Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).

Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.

Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.


Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.


Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.

Friday, June 14, 2013

Jumaat yang bermakna.

Syukur Alhamdulillah....

tiada sebarang ungkapan, kata, perasaan....



semoga semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang cabaran dan dugaan...

#no2 #6week #alldaysickness

Wednesday, June 12, 2013

Wednesday, June 5, 2013

Mabuk!

Pengenalan
Mabuk hamil adalah satu fenomena yang sangat biasa berlaku sekitar 70-80% kehamilan. Secara umumnya, ia adalah ringan dan tidak melarat. Majoriti wanita tidak memerlukan bantuan perubatan dan boleh dirawat dirumah.
Apa yang menyebabkan mabuk semasa kehamilan?
Punca sebenar wanita mabuk semasa hamil atau mengapa sesetengah wanita mempunyai gejala yang teruk masih tidak diketahui. Banyak kajian yang mengaitkannya dengan perubahan hormon yang berlaku diawal kehamilan. Adalah diperhatikan bahawa wanita yang muntah-muntah pada awal kehamilan didapati mempunyai paras estrogen yang lebih tinggi.
Wanita yang hamil kembar dua atau tiga biasanya mengalami mabuk yang lebih teruk, begitu juga dengan wanita yang mengalami ‘kehamilan anggur (molar pregnancy)’ iaitu sejenis kehamilan yang tidak normal. Adalah dianjurkan wanita yang mengalami ‘hyperemesis gravidarum’ gelaran yang diberi kepada wanita yang mengalami mabuk hamil yang sangat teruk, menjalani pemeriksaan ultrasound untuk memastikan tiada kehamilan kembar ataupun kehamilan anggur. Punca lain yang boleh menyebabkan mabuk hamil yang teruk adalah jangkitan saluran kencing, radang usus dan keracunan makanan.
Wanita dinasihatkan untuk berjumpa doktor sekiranya mereka mengalami muntah yang teruk dan tidak berupaya untuk mengambil makanan atau minuman yang mencukupi.
Berapa lamakah ia akan berpanjangan?
Rasa loya dan muntah lazimnya bermula sekitar 6 minggu kehamilan. Kebiasaanya ia berlaku pada waktu pagi, tetapi ianya boleh juga berlaku pada bila-bila masa siang atau malam. Lebih kurang 80% wanita akan berhenti mengalami gejala ini sekitar 12 minggu kehamilan, selebihnya beransur pulih sekitar 16 minggu kehamilan. Walau bagaimanapun ada juga segelintir wanita yang akan mengalami masalah ini sepanjang kehamilannya.
Kesan mabuk hamil keatas kandungan
Wanita yang mengalami loya dan muntah-muntah yang ringan diawal kehamilan tidak perlu risau kerana ianya tidak mendatangkan sebarang kesan buruk kepada diri mereka atau bayi dalam kandungan. Walau bagaimanapun, jika muntah menjadi lebih teruk dan wanita tersebut tidak mengambil makanan atau minuman seperti biasa, seseorang itu perlu mendapatkan rawatan di hospital.
Wanita yang mengalami mabuk hamil yang teruk boleh menjadi dehidrasi dan memerlukan rawatan cecair melalui saluran vena di hospital. Jika rawatan tidak diberi, ianya boleh mengakibatkan ketosis atau ‘metabolic acidosis’ dan ini mungkin boleh membahayakan bayi dalam kandungan atau ibu sendiri.
Mengalami mabuk hamil- Kenapa Saya?
Majoriti wanita akan mengalami mabuk hamil semasa awal kandungan dan hanya sebahagian kecil yang bernasib baik dan tidak mengalami masalah ini. Gejala ini mungkin teruk dikalangan sesetengah wanita. Antara faktor yang diketahui boleh mendedahkan seseorang kepada mabuk hamil yang teruk termasuk:
·         Mempunyai kandungan kembar atau lebih
·         Mempunyai sejarah mabuk hamil pada kandungan lalu
·         Mempunyai sejarah keluarga yang mengalami mabuk hamil
Pencetus mabuk semasa hamil
Ramai wanita menyedari bahawa keadaan tertentu, makanan atau bau boleh menyebabkan mereka mabuk. Antara pencetus yang biasa adalah:
·         Bauan atau wangian seperti minyak wangi, kopi, asap rokok
·         Bauan semasa memasak atau menggoreng
·         Berasa sangat letih
·         Perasaan gelisah atau risau

Tip untuk mengurangkan mabuk semasa hamil
Mabuk pagi boleh dikurangkan dengan mengubah diet seperti berikut:
·    Kerap makan dan minum , tetapi dalam kuantiti yang kecil, lebih kurang 5-6 hidangan kecil sehari adalah nasihat yang biasa diberi untuk memastikan air dan pemakanan yang mencukupi.
·       Makan semasa bangun tidur biasanya membantu contohnya apabila bangun dari tidur, makan beberapa keping biskut kraker dan rehat 15 minit sebelum bangun dari tempat tidur.
·         Terus makan sesuatu makanan apabila teringinkannya
·         Elakkan makan makanan berminyak, pedas atau bergoreng
·         Elakkan makan makanan yang boleh menyebabkan anda berasa loya
·    Elakkan minum air dengan banyak semasa makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan
·         Minum minuman diantara hidangan untuk mengurangkan muntah
·     Mengambil halia (teh, halwa dan kapsul) terbukti boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil.
Dapatkan rehat yang secukupnya, udara yang bersih dan sokongan keluarga yang mencukupi.
Vitamin tambahan
Mengambil multivitamin yang mengandungi piridoksin (vitamin B-6) semasa hamil boleh membantu mengurangkan rasa loya dan muntah yang teruk. Dos yang dicadangkan adalah 25-50 mg setiap lapan jam.
Jika anda mendapati vitamin tambahan yang dimakan seperti hematinik, menambahkan rasa loya, anda boleh memakannya pada waktu malam sebelum tidur. Jika ianya tidak membantu, berbincanglah dengan doktor untuk menukar bentuk vitamin. Vitamin dalam bentuk gel biasanya kurang memberi kesan loya.
Siapakah yang boleh membantu saya berkenaan mabuk hamil ini?
Mempunyai suami dan ahli keluarga yang memahami keadaan ini akan banyak membantu. Walau bagaimanapun, sekiranya gejala ini berkekalan dan susah untuk ditangani, anda harus mendapatkan nasihat dan kaunseling dari klinik yang berdekatan. Anda juga mungkin memerlukan ubat untuk membantu mengurangkan rasa loya dan muntah. Kadang-kadang doktor anda mungkin melakukan ujian darah dan air kencing untuk menilai tahap kesihatan anda.
Bilakah saya perlu mendapatkan rawatan perubatan?
Anda perlu mendapatkan rawatan jika:
·         Anda tidak berupaya untuk makan dan minum melebihi 24 jam
·         Jika muntah anda berlaku bersama
o    Demam
o    Cirit birit
o    Sakit perut
o    Sakit kepala
(sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan muntah perlu diselidiki)