Friday, December 13, 2013

Barangan Bayi : SOGO + Mydin + Harta Keluarga

Oh ya lupa pula nak update barangan ni. Belinya dah lama 
(masa kandungan mas 5 bulan kalau tak silap),
jadi bendanya dah basi. So layan gambar jelah.


HASIL REMBATAN DI MYDIN JALAN TAR

sapa yang tau pasal clearance stock barangan Mydin ni mesti ada pergi sebab katanya nak tutup kedai. Mas tau pasal benda ni pun dari kawan. So bila ada masa pergilah juga. Manalah tau kot-kot ada yang tersangkut. Jadi masa pergi ni memang tak rugi lah. Giler-giler punya murah. 

Antara barang yang diambil :-


1. Barut Bayi 
(Jenama : ANAKKU)



2.  Sarung Tangan dan Kaki
(Jenama : ANAKKU)



3.  Topi 
(Jenama : ANAKKU)



HASIL REMBATAN DI SOGO MEMBERCARD DAY

Masa beli ni pun boleh dikategorikan murah sangat berbanding harga asal sekarangkan.
Jadi antara barang yang sempat diambil 


1. Lampin 
(Jenama : PUREEN)


2. Tuala Mandi 
(Jenama : PUREEN)



3. Baju dan Seluar Lubang (3 pasang)
(Jenama : PUREEN)


4. Stokin Mama dalam pantang (3 pasang)
(Jenama : RENOMA)



HASIL REMBATAN DI KAMPUNGKU

 1. Kain Batik (6 pasang)
> semua mamaku punya, separuh orang bagi separuh beli


2. Pakaian  Anak Buah 
> semua kakak iparku bagi, milik anak buah DAMIA
* x elok membazir beli baju, so semua ni jadi turun temurun*



* agak-agak boleh teka tak anak apa dalam kandunganku ini??*
heheheheheehehe
(tutup muka nyorok dalam selimut)


PEMBERIAN DARI KAKAK IPARKU (KL)

1. Pati Ikan Haruan Ginseng

> masa ni kebetulan anaknya (anak buah suami) pantang, katanya dia dah tak lalu nak makan. Jadi dari membazir diberikanlah kepada mas. Ini pun dah bersyukur... jimat sikit. heheheh



So, ada sesiapa lagi nak sponsor?? jangan malu jangan segan.. mas menerima dengan tangan terbuka.




Keterujaan masuk Ekspo Baby



Tajuk memang tahap kesian.... al maklumlah jarang sekali nak join nak pergi ekspo...melainkan kalau memang betul-betul perlu. Sebelum ni biasanya pergi teman rakan sekerja pergi Pesta Buku dekat PWTC dan sekali juga pernah join rakan sekerja juga ekspo pakaian bayi dan anak. Tapi itu semua dolu, juz teman sahaja..*tiada perasaan lagi nak membeli dan dalam erti kata lain bukan kepentingan sangat*

Tapi sejak anak kedua ni bakal lahir, perasaan xcited nak pergi Ekspo membuak-buak, kiranya orang kata hujan panas sanggup ku redahi. chewah. Kiranya sekarang ni bila dengar je ada ekspo pasal bayi dan kanak-kanak, KUASA LUAR BIASA datang secara tiba-tiba. Al maklumlah ramai orang kata time ekspo ni lah banyak barang-barang yang kita perlukan murah-murah je berbanding harga diluar. Bolehlah kita ni berjimat sikit walaupun nan hado..

Tepat 9 pagi gagahkan kaki ni pergi ke KL Sentral untuk naik KTM, dan alhamdulillah sampai ditempat destinasi dalam kul 9.30 pagi  *mama kembong takleh jalan lelaju nanti cepat letih*. berdiri tegak dan terpacak depan pintu ekspo tu macam kayu. Punyalah ekcited nak masuk kononya nak feeling-feeling orang terawal masuk.... tetapi dalam masa tak sampai beberapa minit, punyalah ramai orang terus meluru ke depan. Oh..rupanya bukan orang nak masuk nak beli barang bayi je rupanya ada juga mak dan bapa sibukkan nak masukkan anak jadi model, untung-untung anak boleh jadi cover depan majalah Pa&Ma.


Tepat jam 10.10 pagi pintu ekspo ni dah pun terbuka... menonong semua orang masuk. macam mas sebab ni pertama kali so memang xde pengalamanlah. pakai masuk je terus dan kelam kabut nak pergi booth Pureen. tetapi langkah tetiba terhenti sebab pelik juga, kenapa semua orang beratur kat sebelah line kanan...rupa-rupanya nak amik goodies bag.. Jadi dengan xnak tunjuk kejanggalan mas dan kak hasni pun meluru jugalah masuk untuk dapatkan goodies bag. macam biasa kena isi detail sikit. Lepas dapat cepat-cepat lari lelaju pergi booth Pureen... booth lain tolak tepi dulu... 

So, dari jalan punya jalan beli sana beli sini, adalah dapat juga barang bayi dan barang mamanya, walaupun x sebanyak orang lain... tak nak cite panjang-panjang, jadi layankan jelah gambar ok... *idea dah xde*



# rembatan pertama di booth Pureen 
beli untuk adik kenalah beli sekali ngan abangnya punya
* mandian abang Kids Yogourt Head To Toe perisa  Bubble
* Mandian Si Kecik Baby Yogourt
* Baby Wipes Satu Set
* Sabun basuh Pakaian Bayi


#rembatan kedua di booth Pureen juga
* Set Bantal 


#rembatan ketiga di booth Pureen
* sarung tangan & kaki yang super duper comel



#rembatan pertama di booth Drypers
# set hadiah sebenarnya ni. tapi sebab ianya comel dan lengkap dengan segala barang jadi mas rembat


dalamnya ada barang seperti diatas :
 * Pampers New Born 14pcs
* Baby Wipes Drypers
* Mandian
* Syampu
* Mandian & Syampu (set)
* Bedak


#rembatan kedua di booth Drypers
* Pampers New Born Dan Size S
(beli 2 - RM 45.00)
(beli 4 - RM 90.00)


yang ni adalah baju ala-ala bedung tu..
yang ni mas tak beli tapi dapat percuma pabila membeli pampers 4 pek dengan harga RM 90.00
Kebetulan masa ni kawan mas pun nak beli pampers untuk anak buah dia, so tu yang bergabung



# rembatan ketiga yang tak dirancang
* Pad 
* masa ni pun Librese buat promotion dalam 2 pek (ada 3 bungkusan) baru RM 20.00
Percuma beg lagi..


Itu jelah barang yang berjaya dirembat masa Ekspo Baby dekat Mid Valley hari tu, nak beli borong banyak-banyak tak cukup tangan. Lagipun orang kata beli ikut keperluan dulu. Yang lain-lain beli kemudian.

Tapi dengar cerita tahun depan bulan Januari akan ada lagi ekspo ni, tetapi sayang sebab masa tu mungkin mas dalam PANTANG. So terlepaslah nak pergi kan..
Tapi yang pasti memang tak rugilah pergi... padanlah setiap kali ekspo mesti ramai orang dan jalan sesak. 

Wednesday, December 11, 2013

SAYA NAK BERSALIN NORMAL, Doktor!!

10/12/2013, Selasa
semalam ada sesi temujanji dengan Doktor Hospital Kuala Lumpur, so 7.40 pagi lagi dah ada dekat Klinik O&G. Macam biasalah prosedur nya macam kat klinik-klinik kerajaan yang lain. Daftar, cek urine, ambil tekanan dan berat. Selepas itu kenalah panggil dengan staff pratikal ni untuk "booking", selain dari tu bermacam2 soalan lah yang ditanya tentang sejarah kelahiran lama, pasal latarbelakang keluarga kita, belah suami kita dll. Dah soal jawab bagai,  kena tunggu sesi scan plak, then lepas tu barulah p jumpa doktor.
Sebab musabab kena jumpa doktor ni, tak lain tak bukan pasal kes sejarah lampau kelahiran anak pertama mas. Al maklumlah bila dah pertama kali operate, orang kata comfirm anak kedua pun akan operate juga. Tapi ada juga setengah orang dapat melahirkan anak kedua secara normal. Semuanya bergantung kepada nasib. Wallahualam...
Jadi, dari perbualan dan perbincangan, doktor macam biasa akan bagi dua kaedah sama ada mas still nak operate atau cuba bersalin Normal... bila dah tanya mas, dah tentu-tentulah mas akan cakap NORMAL.. sebab yang pertama dulu pun bukan mas yang terhegeh-hegeh nak operate tapi disebabkan ingin menyelamatkan nyawa anak yang ku kandung selama 38 minggu tu. Harap-harap kali ni biarlah air ketubanku pecah sendiri, masa yang pertama dulu baru bukaan 4cm dah doktor pakar pecahkan air ketuban dengan alasan nak mempercepatkan bukaan dan laluan bayi. So, doktor ada terangkanlah risiko-risiko jika pilih operate atau normal. Peningkan doktor tu jika nak tunggu mas dok fikir lelama nak bersalin ikut kaedah mana (FINAL), pesakit ramai lagi kat luar tu..hehehe.. jadi buatlah temujanji di hari lain untuk dapatkan keputusan muktamad. 

* kaedah kelahiran pertama mas dahulu*

masa ni mas dibius separuh badan sahaja, dan yang paling seronok dapat tengok secara "LIVE" melalui cermin lampu / lampu cermin dekat atas tu macam mana anak bujangku dikeluarkan..


tetapi kali ni untuk kelahiran kedua

SAYA NAK BERSALIN NORMAL, Doktor!!


Tapi bila balik tu, ada jugalah terlintas difikiran mas, susah2 macam ni Operate jelah... sebabnya mas dah pernah lalui detik macam ni kan.. tapi bagi mas, setiap wanita didunia ini semua nak lahirkan anaknya secara Normal. Kadang-kadang bila dah duduk sorang-sorang kepala otak dok rewang bercakap "tak sempurna jadi seorang wanita, isteri dan ibu jika aku tak boleh bersalin normal"...  meroyan sekejap
Jadi balik je dari hospital tu, cepat-cepat buka internet dan cuba cari pengalaman dan sejarah pabila melahirkan anak kedua secara normal selepas operate. Dari segi pembacaan mas, normal atau operate tak penting , yang penting sekali adalah dari dalam diri kita sendiri, pembawakan kita, kecekalan kita dan ketabahan kita selepas mengharungi proses bersalin. InsyaAllah jika mental kita kuat, tidak mustahil kita boleh melahirkan anak secara normal. Semuanya atas kekuasaan Allah swt. 
Apa yang penting sekarang, mas kena bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. InsyaAllah, kalau ikut pengiraan minggu depan dah genap 9 bulan (36 minggu), dan bila-bila masa sahaja si kecik ni akan keluar melihat dunia. Apa-apa pun doakan mas dan bayi dalam keadaan sihat dan selamat ye. 

#copypaste dari majalah Pa&Ma berhubung dengan Kelahiran Normal selepas Caesarean
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selepas melalui pembedahan caesarean di kelahiran pertama, anda boleh berusaha untuk bersalin secara normal pula di kelahiran akan datang.

Impian melahirkan bayi yang dikandung secara normal selepas pernah menjalani pembedahan caesarean sememangnya menjadi matlamat kebanyakan para wanita hamil. Sudah menjadi fitrah buat seseorang wanita itu untuk cuba melahirkan anaknya menerusi faraj tanpa perlu melalui pembedahan yang sarat dengan pelbagai risiko yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri mahupun bayi yang dikandung.

Yakinilah bahawa usaha anda untuk mencuba kelahiran normal selepas caesarean atau lebih dikenali sebagai VBAC adalah lebih selamat dan kurang berisiko berbanding pembedahan caesarean untuk sekian kalinya.

Malah, pada masa kini kebanyakan doktor mengesyorkan kelahiran normal selepas pembedahan caesarean sekiranya beberapa aspek penting tertentu dipenuhi terlebih dahulu. Oleh yang demikian, jika anda bercadang untuk berusaha ke arah VBAC, dapatkan pandangan daripada doktor pakar yang memeriksa kehamilan anda sebelum mengambil sebarang keputusan.

Lazimnya, masih selamat untuk anda menjalani VBAC jika pernah menjalani satu pembedahan caesarean sebelum ini.

Walau bagaimanapun, VBAC tidak sama sekali disyorkan kepada anda yang pernah menjalani dua atau lebih pembedahan caesarean. VBAC boleh dicuba sekiranya :
1. Anda hanya ada satu parut yang rendah dari sisi ke sisi daripada pembedahan caesarean terdahulu.
2. Punca pembedahan terdahulu tidak berlaku dalam kehamilan terkini, Contohnya seperti bayi besar, tekanan darah tinggi dan diabetes.
3. Tiada sebab untuk anda menjalani kelahiran secara caesarean sepanjang kehamilan kali ini seperti komplikasi placenta praevia (uri bawah).
4. Pembedahan caesarean terdahulu bukan pembedahan klasikal.
5. Pelvis bersaiz normal.

Risiko
Untuk pengetahuan anda, wanita yang cuba untuk VBAC selepas pernah menjalani caesarean berkemungkinan kecil akan mendapati parut pada rahimnya terbuka semasa mengalami sakit kontraksi kelahiran. Komplikasi yang dikenali sebagai pecah rahim ini boleh membahayakan nyawa anda dan bayi dalam kandungan juga.

Namun begitu, risiko untuk rahim pecah dengan VBAC kehamilan tunggal (kajian tidak menunjukkan keputusan untuk kehamilan berganda) adalah hanya di antara satu hingga dua peratus. Hal ini kerana risiko untuk parut terbuka dan seterusnya menyebabkan rahim pecah adalah sangat rendah semasa VBAC sekiranya anda hanya ada satu parut yang rendah. Pada masa yang sama proses kelahiran tidak dimulakan dengan penggunaan ubat pencetus kontraksi.

Risiko sebegini lebih kerap terjadi pada pembedahan klasikal di mana hirisan rahim dibuat secara menegak dan bukannya melintang seperti yang kerap dilakukan oleh doktor pada zaman sekarang. Ketahuilah, rahim pecah sangat jarang berlaku kerana hirisan secara menegak tidak lagi diamalkan.

Biar apa pun risikonya, VBAC hanya boleh dijalankan oleh hospital yang mampu menjalankan pembedahan caesarean secara kecemasan. Untuk makluman, jika anda telah mencuba untuk VBAC tetapi malangnya masih memerlukan pembedahan caesarean, risiko menghadapi jangkitan adalah lebih tinggi berbanding daripada terus menjalani caesarean.

Kebaikan VBAC
Sesungguhnya terdapat banyak kelebihannya jika anda memilih bersalin secara normal.
1. Jalin Ikatan Dengan Bayi
Anda berupaya untuk menjalinkan hubungan dengan bayi baru lahir lebih awal. Ini dapat dilakukan apabila anda boleh terus memegang bayi selepas melahirkannya berbanding pembedahan caesarean. Anda juga boleh mula menyusukan bayi dengan susu ibu sejurus selepas kelahiran. Menyusukan bayi selepas melahirkannya secara normal lebih senang kerana anda tidak perlu menanggung kesakitan di bahagian jahitan pembedahan.

2. Lebih Selamat
VBAC akan mengurangkan kemungkinan anda mendapat jangkitan dan kehilangan darah yang serius atau mengalami komplikasi yang berkaitan dengan risiko pembedahan.

3. Pemulihan Yang Cepat
Jangka masa untuk anda tinggal di hospital adalah lebih singkat selepas VBAC. Tempoh yang lebih pendek di hospital membolehkan anda menghabiskan lebih banyak masa menjalani rutin penyembuhan di rumah. Dalam pada masa yang sama juga, anda mampu untuk mengembalikan tenaga dan stamina dengan lebih cepat disebabkan kurangnya kesakitan yang dialami selepas melahirkan.

4. Kurang Komplikasi
Dengan VBAC, anda dapat mencegah daripada berlakunya komplikasi tumpah darah yang banyak, darah beku di kaki, jangkitan kuman pada usus dan pundi kencing.

5. Elakkan Pertambahan Parut
Pertambahan parut pada bahagian rahim kesan daripada pembedahan caesarean dapat dihindari dengan VBAC. Aspek ini sangat penting bagi membolehkan anda merancang untuk menambah bilangan anak. Hal ini kerana semakin banyak parut pada rahim, semakin tinggi risiko untuk bersalin di kelahiran seterusnya.

6. Bayi Turut Mendapat Manfaat
Kelebihannya dapat dirasai oleh bayi apabila dia kurang risiko untuk dilahirkan secara pramatang, kurang masalah pernafasan selepas lahir dan paling penting kurang berisiko untuk menghadapi kematian.

7. Kurang Mahal
Prosedur VBAC adalah lebih murah berbanding pembedahan caesarean yang terancang. Hal ini kerana kosnya jauh lebih murah.

Thursday, December 5, 2013

#copypaste : Persiapan Menyambut Bayi Baru

As Salam,

Dalam keterujaan menyambut bayi baru, mas nak ucapkan Takziah pada semua penduduk Sekitar Pantai Timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu) diatas bencana alam- banjir. Mas doakan semuanya selamat. Nak menolong dari segi duit memang tidaklah berkemampuan, yang mampu hanya menadah tangan dan memohon semoga bencana alam ni berakhir dengan cepat. Amin.

macam biasa juga, nak menaip dan mengarang sangatlah tiada idea. sekarang kerjanya hanyalah #CopyPaste aje...



******************************************************************************************

Persiapan Menyambut Bayi Baru
Menyediakan barangan kelengkapan bayi adalah pengalaman yang sangat mengujakan bagi ramai ibu bapa baru. Namun, tanpa perancangan rapi, mereka mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan tertinggal yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan kelengkapan bayi.
Walau bagaimanapun, sebelum membuat senarai semak tersebut anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat serta pandangan individu yang lebih berpengalaman. Pada masa yang sama, pastikan barangan yang bakal dibeli itu mengikut kemampuan kewangan anda.

Pakaian Bayi
Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli, pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja. Pakaian lain seperti gaun atau seluar denim belilah setelah bayi besar sedikit. Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya sangat pendek.
Pakaian asas ialah: 
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi

Lampin
Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden. Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar, mereka lebih gemar memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif.  Pada masa yang sama, lampin kain moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan, seseorang bayi itu memerlukan enam hingga tujuh helai lampin kain moden.
Namun, sekiranya anda lebih selesa anak menggunakan lampin pakai buang, anda hanya perlu membeli satu pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, anda perlu juga menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang lahir itu besar.
Tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)

Set mandian
Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, anda disarankan agar hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek yang lebih besar.
Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu

Set penjagaan bayi
Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital

Tidur
Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) bagi melancarkan proses penyusuan susu ibu terutamanya pada waktu malam, katil bayi tidak perlu dibeli dahulu. Tunggulah sehingga bayi sudah sedikit besar. Ianya penting untuk membeli barangan yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan risiko bayi lemas ketika tidur.
Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut

Penyusuan
Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama mereka. Walaupun begitu, terpulanglah kepada masing-masing. Berikut merupakan barangan kelengkapan untuk memudahkan proses penyusuan.
Penyusuan susu ibu:
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Beg pendingin
  • Nursing cover
Penyusuan susu formula:
  • Botol susu bebas BPA
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu