Saturday, December 11, 2010

Tips Penjagaan Rambut

Menjaga Rambut Panjang Agar Tetap Rosak Indah


- Membuat rambut selalu sihat tidak mudah dilakukan, tapi kita boleh mencegah dan memperbaiki kerosakannya. Disini ada beberapa tips yang mas dapat:

- Bila bangun tidur di waktu pagi, jangan terburu-buru menyikat rambut,sikatlah rambut dengan jari-jari tangan untuk mengurai rambut yang kusut.


- Pilihlah sikat dengan bahan daripada kayu. Sikat rambut dengan lembut,lalu rapikan dengan tangan untuk menghindari hujung-hujung rambut yang beterbangan (fly away ends).


- Rambut panjang tidak cukup hanya diberi kondisioner. Lakukan perawatan seminggu sekali untuk memberikan kelembutan dan kilau pada rambut.


- Saat penggunaan kondisioner atau bahan perawatan lainnya, cukup aplikasikan di batang dan ujung rambut -kerana memang bahagian itu yang paling memerlukan- bukan di kulit kepala.


- Sebelum meramas rambut, saat rambut masih dalam keadaan basah dan baru saja diberi kondisioner, menyikat rambut dalam keadaan ini boleh menghindari kekusutan.


- Terlalu sering menggunakan hairdryer juga boleh menyebabkan kerosakan pada rambut dalam waktu yang lama, untuk itu gunakan hairdryer sesekali saja.Pastikan pengering rambut  tidak terlalu panas.


- Jangan terlalu sering menggulung rambut dengan rol rambut yang panas, jika terpaksa menggunakannya, pastikan rambut anda telah dilindungi dengan produk perawatan untuk mencegah kerosakan.


- Saat berenang, selain menggunakan lotion untuk kulit, gunakan juga produk perawatan untuk melindungi rambut dari sinar matahari atau air di kolam renang.


Berapa kali kita harus memotong rambut ?
- Jika pertumbuhan rambut anda tergolong lambat, potong hujungnya setiap 12 minggu untuk menghindari hujung rambut pecah-pecah. Sebaliknya, jika rambut anda cepat tumbuh, potong setiap 2 bulan sekali.

- Jika anda bosan dengan rambut panjang dan merancang untuk memotong rambut pendek  tetapi masih ragu , cuba untuk memotongnya sebahu dulu, sehingga anda tidak akan terlalu terkejut dengan perubahan penampilan yang baru.Tetapi jika anda sudah tahu pasti model rambut apa yang diinginkan,lakukan saja, jika hasilnya tidak sesuai dengan harapan, jangan putusasa, rambut kita akan panjang lagi bukan ?

Agar Rambut Hitam Tetap Indah
Sebagai mahkota wanita, rambut merupakan bahagian penting dari penampilan. Rambut yang indah dan terawat tentu akan menambah daya tarik seseorang. Itulah sebabnya rambut perlu mendapat perhatian khusus. Salah perawatan pada rambut, akan mengakibatkan rambut menjadi kusam dan rosak. Bagaimana cara untuk menjaga rambut tetap indah dan menawan?

Sebenarnya untuk membuat dan menjaga rambut anda tetap indah tidak memerlukan perawatan yang mahal. Ada beberapa tips yang mudah dilakukan. Agar rambut menjadi indah, anda dapat mencuba beberapa tips berikut ini.

Lakukan pola hidup sihat
Pola hidup sihat merangkumi tidak merokok,rajin berolahraga secara teratur, mengkonsumsi makanan bergizi, juga melakukan refreshing dan relaksasi agar fikiran tidak menjadi stress. Untuk makanan, anda dapat mengkonsumsi makanan yang mengandungi vitamin A, C, E, selenium kerana zat ini yang sangat baik menjaga kesihatan rambut.

Usahakan tidur cukup dan nyenyak setiap hari
Bila tidur anda terganggu, hal ini dapat menyebabkan sirkulasi darah tidak lancar. Akibatnya rambut tidak mendapat nutrisi yang cukup dan menyebabkan rambut kusam. Oleh kerana itu, jangan bebani fikiran dengan hal-hal yang dapat mengganggu tidur.

Gunakan produk perawatan rambut yang sesuai
Bila menggunakan produk perawatan rambut, perhatikan komposisi produk. Hindari produk yang berbahan alkohol dalam konsentrasi tinggi kerana kandungan tersebut dapat merosakan rambut. Saat menggunakan produk tersebut, jangan terusdikena kan di kulit kepala kerana  ianya akan menyebabkan pori-pori kepala tertutup dan dapat merosakkan kulit kepala dan  seterusnya merosakkan rambut.

Bila berenang gunakan penutup rambut
Tujuan dari hal ini adalah agar rambut tidak terkena dengan air kolam yang kandungan kimianya dapat merosakkan rambut.

Gunakan sikat dari kayu
Sikat yang terbuat dari kayu dapat mengurangi kerosakan rambut. Kebersihan sikat juga perlu dijaga agar kotoran yang ada dalam sikat tidak melekat pada rambut anda.

Pilih shampoo yang sesuai
Setelah memperhatikan jenis rambut, hal ini menjadi dasar bagi anda untuk memilih shampo yang akan dipakai. Pilih shampo yang berkualiti yang sesuai dengan rambut.

Friday, December 10, 2010

Mood Baru

Terkezut??? 
Amacam lawa tak blog baru ni? huhuhuh ada kisah di sebalik layout baru blog ni. 
Tangan tu tak reti nak duk diam2 so inilah jadinya. Tak  pasal2 blog ni dah kena *VIRUS* yang diundang. Tapi apa pun mas tetap berpuas hati dengan layout baru ni. 

Oklah tu sesuai dengan tahun baru..
semua baru..!! 
♥♥♥


Wednesday, November 24, 2010

SHOWTIMES



Ehem2..saya dah booking tiket wayang.. citer apa??
of course lah
citer ni


























kalau rasa2 nak tengok sekali jomlah..
kita jumpa disana yer...


SHOWTIMES & TICKETING
SHOWTIMES
& RESERVATION
E-PAYMENT TICKETING



Note that your latest bookings are on top.
Depicted below is the Online Reservation history only.
For E-payment history, please log in to E-payment page
and click onBooking History located at the bottom of
E-payment page.

Ref No.....
MovieRAPUNZEL: A TANGLED TALE
DateFri 26 Nov
Showtime1:30 PM
CinemaGSC (BERJAYA TIMES SQUARE)
No. of Seats2




Tuesday, November 23, 2010

~ Waktu Subur ~

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
kita cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak faham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. .

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan! HEHE :d), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.


MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Mas harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.



Monday, November 22, 2010

Jatuh Cinta ♥

OMG!!
masuk kali ni je dah baper kali ku dilamun cinta..!! tapi biasanya kalau jatuh cinta pun paling lama pun 2 3 hari jer...paling tidak pun bila terpandang dan terserempak je...kali ni memang teruk,setiap masa dan saat mesti nak tengok...arghhh.!!mengapa mesti ada perasaan ini...gara² "SI DIA" tido malam tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang dan segala²nyalah...setahu mas dulu masa jatuh cinta dengan hubby takdelah sampai macam ni.!! Betul² dah parah...jangan tak tahu kat PC pun mas letak gambar "SI DIA" sebagai wallpaper..!! lantaklah orang cakap dia tak hensem, tak gagah, tak mewah...bagi mas si dia memang dah cukup sempurna bagi diri mas...!!!
*hati meronta² untuk melamarnya*


apa korang ni, janganlah salah sangka dan tuduh mas yang bukan². Ingat mas nak sangat ke jatuh cinta lagi dan menduakan hubby dan mentigakan sayang mas...
actually masa mula² mas kenalkan hubby dengan si dia,hubby mas tak cakap apa² pun cuma hubby senyum je dan bagi line hijau. siap hubby cakap lagi baguslah kalau mas dah suka, so lepas ni kalau hubby sibuk pun mas boleh ajak si dia keluar walau kemana saja mas nak pergi.
*baikkan my hubby tapi sayang wife dy dah jatuh cinta dengan yang lain*

psssttt...
u alls nak kenal tak dengan "si dia"??
tapi janji yer dengan mas jangan jatuh cinta gak..
tapi kalau u alls nak jatuh cinta gak mas tak boleh nak halang..
*kembar dy ramai*

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v