Tuesday, December 14, 2010

PapaRis

Papadom
bermula dengan watak Saadom (Afdlin Shauki) yang membuka gerai makanan nasi kandar untuk menyara kehidupan. Mempunyai seorang isteri bernama Munirah (Noorkhiriah) yang akhir’nya mati dalam kemalangan. Sejak itu, Saadom bersikap protective gila terhadap anaknya, Miasara (Liyana Jasmay). Semenjak kecil hingga ke sekolah menengah, kehidupan Miasara diuruskan sepenuhnya oleh Saadom, dari segi pemakanan, aktiviti kokurikulum & sebagainya.

Namun, apabila Miasara memasuki IPTA, Miasara berasa tertekan dengan sikap Saadom, maka dia pun mengikat perjanjian dengan Saadom, iaitu bapa’nya tidak boleh datang ke kampus’nya sepanjang pengajian. Ketika ini’lah, watak Munirah kembali muncul sebagai roh, yang memberikan nasihat kepada Saadom.

Kasih sayang Saadom terhadap Miasara sangat tinggi, maka dia telah memohon kerja sebagai tukang kebun di IPTA tersebut. Miasara kemudian’nya bercinta dengan Hisham (Farid Kamil), namun Saadom tidak menyukai Hisham sebab player sangat. Maka, dia telah membantu seorang lagi peminat Miasara, iaitu Mat (Que Haidar) supaya dapat mendekati Miasara, dan menjauhkan Hisham dari diri Miasara.

Hmmm, mesti dah basikan cerita ni. tapi nak buat macam mana sebab malam tadi baru berkesempatan untuk menonton cerita ni kat ASTRO. So far memang tak terkejut sangat bila cite ni menang. MEMANG LAYAK PUN!! Tapi bukan cerita ini yang mas nak kongsikan atau dibebelkan, tetapi jalan ceritanya, sangat menyentuh hati dan terus terbayang dan teringat arwah ayahku yang telah menjagaku dan membesarkanku supaya menjadi seorang anak yang berguna (kadang2 ada gak jadi x berguna sikit)

Masih ada lagikah bapa seperti SAADOM tu?

Sentiasa mengikuti anaknya tanpa menghiraukan kehidupannya sendiri? Kalau ada pun dah tentu-tentulah anak tu akan menjadi seorang PENGGANAS!! Begitu jugalah yang terjadi kepada diriku apabila mahu keluar bersama rakan-rakan sekolah, tak sampai 5 minit sebiji motor akan berada dibelakangku. Pergi kerja dan balik kerja arwah ayahku jugalah yang akan menjemputku. Tapi sayang, semua itu hanya menjadi kenangan buat diriku buat selama-lamanya.

Moga arwah ayahku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

MAS RINDU SANGAT KAT AYAH!

AL-FATIHAH

Allahyarham Idris B Mansor

( May 1951 - Sept 2008)

Monday, December 13, 2010

CINTA ?

CINTA
Cinta boleh membuatkan kita bahagia, cinta juga boleh merobek hati!

Jika kita mencintai seseorang, kita akan senantiasa mendo’akannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta …

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi, jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurnia tersebut. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.

Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk mengetahui baahwa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna penyesalan kerana perginya tanpa berkata lagi. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU. Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam, cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam percintaan ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam, tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekedar canang yang gemericing.

Cinta adalah keabadian … dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dimiliki. Tetapi jika ianya pahit, lupakanlah segera!!

Siapapun pandai menghayati cinta, tapi tak seorangpun pandai menilai cinta kerana cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat oleh mata kasar, sebaliknya cinta hanya dapat dirasakan melalui hati dan perasaan.

Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta.

Cinta sebenarnya adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri dan tidak mengubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temui didalam dirinya. Kamu tidak akan pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. Namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.

Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.

Khusus untuk WANITA

TIPS MENCEGAH KEPUTIHAN

Banyak wanita mengeluh disebabkan kan keputihan. Sangat tidak nyaman. Gatal, berbau, bahkan terkadang perih. Usut punya usut, ternyata itu berkait dengan kebiasaan sehari-hari. Salah satu penyebab keputihan adalah masalah kebersihan di sekitar organ intim.

Umumnya wanita sangat peduli dengan kebersihan, terutama yang berhubungan dengan penampilan. Setiap hari tidak lupa mandi dan selalu menyingkirkan sisa-sisa make up dari wajah. Tapi, bila ditanya apakah cara untuk menjaga kebersihan organ kewanitaannya,jarang yang menjawabnya dengan betul ? Harus kita akui tidak semua wanita melakukannya.

Contoh, entah berapa banyak wanita yang tidak mengeringkan bahagian organ intimnya setelah buang air kecil. Usah dikeringkan terus mengenakan seluar dalam. Hasilnya seluar dalam ikut basah, akibatnya vagina “terperangkap” dalam suasana lembab.

Organ intim wanita, seperti vagina sangat sensitif dengan kondisi lingkungan. Kerana letaknya tersembunyi dan tertutup, vagina memerlukan suasana kering. Kondisi lembab akan mengundang pembiakan bakteri pathogen. Inilah salah satu penyebab keputihan.

Bila ingin terhindar dari keputihan, anda mesti menjaga kebersihan daerah sensitif itu. Kebersihan organ kewanitaan hendaknya sejak bangun tidur dan mandi pagi. Bagaimana caranya?

Berikut Tip yang dapat dilakukan:

1. Bersihkan organ intim dengan pembersih yang tidak mengganggu kestabilan pH di sekitar vagina. Salah satunya produk pembersih yang terbuat dari bahan dasar susu. Produk seperti ini mampu menjaga seimbangan pH sekaligus meningkatkan pertumbuhan flora normal dan menekan pertumbuhan bakteri yang tak bersahabat. Sabun antiseptik biasa umumnya bersifat keras dan dapat flora normal di vagina. Ini tidak menguntungkan bagi kesehatan vagina dalam jangka panjang.

2. Hindari pemakaian bedak pada organ kewanitaan dengan tujuan agar vagina harum dan kering sepanjang hari. Bedak memiliki partikel-partikel halus yang mudah terselip disana-sini dan akhirnya mengundang jamur dan bakteri bersarang di tempat itu.

3. Selalu keringkan bagian vagina sebelum berpakaian.

4. Gunakan seluar dalam yang kering. Seandainya basah atau lembab, usahakan cepat mengganti dengan yang bersih dan belum dipakai. Tak ada salahnya anda membawa cadangan seluar dalam ke tas kecil untuk berjaga-jaga manakala perlu menggantinya.

5. Gunakan seluar dalam yang bahannya menyerap keringat, seperti cotton. Seluar dari bahan satin atau bahan sintetik lain membuat suasana disekitar organ intim panas dan lembab.

6. Pakaian luar juga perlu diperhatikan. Seluar jeans tidak digalakkan kerana pori-porinya sangat rapat. Pilihlah seperti rok atau seluar dari bahan non-jeans agar sirkulasi udara di sekitar organ intim bergerak luas.

7. Ketika haid, sering-seringlah berganti pembalut

8. Gunakan panty liner disaat perlu saja. Jangan terlalu lama.

MENGENAL DAN MENGETAHUI MAKSUD KEPUTIHAN

HAMPIR semua perempuan pernah mengalami keputihan. Bagi sebahagian perempuan, keputihan sering dianggap sebagai hal yang normal. Padahal pendapat tersebut tidak sepenuhnya benar, kerena ada keputihan yang dapat menjadi petunjuk adanya penyakit yang harus diubati. Lantas, bagaimana kita boleh menghindarkan?

Sebahagian DOKTOR mengatakan, secara umum keputihan disebabkan oleh sepuluh penyebab. Akan tetapi keputihan yang tidak normal dan harus mendapat pengubatan serius oleh empat penyebab.

Pertama: Adalah keputihan disebabkan oleh vaginitis non spesifik.

Ciri-cirinya: Cairan keputihannya antara lain berwarna abu-abu dengan garis darah,sangat banyak dan sangat bau.

Kedua: adalah keputihan yang disebabkan oleh jamur Candida Albicans.

Ciri-cirinya: cairan putih , banyak, bau busuk, bila buang air kecil panas dan gatal-gatal di sekitar daerah Miss V.

Ketiga: keputihan disebabkan oleh parasit trichomonas vaginalis.

Ciri-cirinya: kuning kehijauan, sangat banyak, gatal dan berbau busuk.

Keempat: disebabkan oleh kuman Gonorea/Raja Singa, suatu penyakit menular seksual yang ditularkan lewat hubungan kelamin.

Ciri-cirinya: cairan kuning kental, sangat banyak, panas, gatal, dan sakit saat buang air kecil.

Ditambahkan, penyembuhan keputihan yang tidak normal ini tidak langsung dengan sekali minum ubat, tapi memerlukan beberapa hari pengubatan.

Lebih lanjut dikatakan, untuk mencegah terjadinya keputihan yang berbau dan tidak normal ini, salah satu caranya adalah dengan test Pap Smear. Bagi wanita mulai usia 18-65 tahun disarankan test Pap Smear setiap 1-3 tahun sekali.

keputihan sebaiknya diubati sejak mulannya gejala. Kerana keputihan kalau sudah kronik dan agak lama akan lebih susah diubati. Selain itu kalau keputihan yang dibiarkan berlanjutan ia akan terus ke rahim.

Keputihan harus diwaspadai, kerana keputihan adalah gejala awal dari kanker mulut rahim. Jadi, jangan sampai terlambat untuk tahu apa yang menjadi penyebab keputihan. Yang pasti jangan pernah anggap remeh tentang keputihan.

JANGAN ANGGAP REMEH TENTANG KEPUTIHAN

Keputihan atau pektay adalah satu diantara tiga masalah perempuan yang semula dianggap remeh dan lama kelamaan menjadi serius bahkan menjadi parah. Setidaknya 75% perempuan pernah mengalami masalah Keputihan, setidaknya sekali seumur hidup. Penyebab keputihan adalah suatu kondisi dimana cairan yang berlebihan keluar dari vagina. Dalam istilah medisnya, keputihan biasa disebut flour albus. Penyebabnya, jamur candida albicans. Keputihan disebabkan kerana masalah penjagaan bukan kerana daripada memakan buah nanas, timun dan sebagainya. Perempuan berisiko diserang keputihan ketika tubuh sedang dalam keadaan stres kerana kurang istirahat, diet yang tidak sihat, maupun penyakit. Ada beberapa penyebab peningkatan jumlah cairan vagina yang fisiologis. Seperti peningkatan jumlah hormon pada sekitar masa haid atau saat hamil, rangsangan seksual, stres atau kelelahan, serta penggunaan obat-obatan atau alat kontrasepsi. Beberapa penyebab keputihan yang tidak normal, yakni infeksi dan bukan infeksi. Penyebab infeksi, akibat bersarangnya bakteri berbahaya seperti chlamdyia, jamur seperti candida sp, dan parasit seperti trichomonas vaginalis. Keputihan dapat dicegah dengan menjaga kebersihan genitalia, memilih pakaian dalam yang tepat, menghindarkan faktor risiko infeksi seperti berganti-ganti pasangan seksual, serta pemeriksaan ginekologi secara teratur. Membilas vagina dengan cairan khusus boleh saja, asal jangan terlalu sering dan pilih yang tanpa parfum untuk menghindari bentroknya ‘aroma’ asli vagina dengan parfum sabun. Bila sedang mengalami keputihan, tunda dulu melakukan hubungan intim untuk sementara. Bila keputihan meningkat atau mengkhuatirkan, cepatlah buat pemeriksaan. Jadi atasi keputihan secepat mungkin agar kesihatan Mrs.V tetap terjaga.

RAWAT MISS V DARI KEPUTIHAN

MENJAGA kesihatan reproduksi sangat penting. Salah satu hal yang dapat kita lakukan adalah menjaga kebersihan atau higienitas, terutama pada daerah sekitar Miss V.

Pasalnya, dalam Miss V terdapat mikroorganisme (flora normal) yang bila tidak dijaga dapat terganggu keseimbangannya. Bila hal ini terjadi, maka timbulnya gangguan dan keluhan pada daerah tersebut. Salah satu gejala adanya gangguan adalah melalui timbulnya keputihan.

Nah, ada beberapa hal yang boleh kita lakukan untuk selalu menjaga kebersihan dan kesihatan daerah keperempuanan kita dari keputihan.

1. Selalu cuci daerah keperempuanan dengan air bersih setelah buang air. Jangan hanya disekap dengan tisu. Membersihkannya pun mesti dilakukan dengan cara yang benar, iaitu dari depan ke belakang agar kotoran dari anus tidak masuk ke Miss V. Hindari pemakaian sabun Miss V berlebihan kerana justeru dapat menganggu keseimbangan flora normal Miss V.

2. Jaga daerah keperempuanan agar tetap kering. Hal ini kerana kelembapan dapat membuatkan tumbuhnya bakteria. Selalu keringkan daerah tersebut dengan tisu atau kain bersih setelah dibersihkan. Kerana tidak semua toilet menyediakan tisu, bawalah selalu tisu kemanapun pergi. Selain itu, gunakan selalu seluar dalam yang terbuat dari cotton agar dapat menyerap keringat dan gantilah secara teratur untuk menjaga kebersihan.

3. Bila sedang mengalami keputihan atau menstruasi tinggal sedikit. Boleh saja menggunakan pelapis panty liner. Tetapi sebaiknya tidak digunakan setiap hari. Panty liner justeru dapat menghalang kelembapan kerana bahagian dasarnya terbuat dari plastik. Pilih panty liner yang tidak mengandungi parfum, terutama buat mereka yang berkulit sensitif.

4. Hindari bertukar seluar dalam dan kain dengan teman, atau saudara kita sendiri kerana berganti-ganti seluar boleh menularkan penyakit.

5. Bulu yang tumbuh di daerah kemaluan biasa menjadi sarang kuman bila dibiarkan terlalu panjang. Untuk menjaga kebersihan, potonglah secara berkala bulu di sekitar kemaluan dengan gunting atau boleh juga mencukurnya dengan berhati-hati.

Saturday, December 11, 2010

Tips Penjagaan Rambut

Menjaga Rambut Panjang Agar Tetap Rosak Indah


- Membuat rambut selalu sihat tidak mudah dilakukan, tapi kita boleh mencegah dan memperbaiki kerosakannya. Disini ada beberapa tips yang mas dapat:

- Bila bangun tidur di waktu pagi, jangan terburu-buru menyikat rambut,sikatlah rambut dengan jari-jari tangan untuk mengurai rambut yang kusut.


- Pilihlah sikat dengan bahan daripada kayu. Sikat rambut dengan lembut,lalu rapikan dengan tangan untuk menghindari hujung-hujung rambut yang beterbangan (fly away ends).


- Rambut panjang tidak cukup hanya diberi kondisioner. Lakukan perawatan seminggu sekali untuk memberikan kelembutan dan kilau pada rambut.


- Saat penggunaan kondisioner atau bahan perawatan lainnya, cukup aplikasikan di batang dan ujung rambut -kerana memang bahagian itu yang paling memerlukan- bukan di kulit kepala.


- Sebelum meramas rambut, saat rambut masih dalam keadaan basah dan baru saja diberi kondisioner, menyikat rambut dalam keadaan ini boleh menghindari kekusutan.


- Terlalu sering menggunakan hairdryer juga boleh menyebabkan kerosakan pada rambut dalam waktu yang lama, untuk itu gunakan hairdryer sesekali saja.Pastikan pengering rambut  tidak terlalu panas.


- Jangan terlalu sering menggulung rambut dengan rol rambut yang panas, jika terpaksa menggunakannya, pastikan rambut anda telah dilindungi dengan produk perawatan untuk mencegah kerosakan.


- Saat berenang, selain menggunakan lotion untuk kulit, gunakan juga produk perawatan untuk melindungi rambut dari sinar matahari atau air di kolam renang.


Berapa kali kita harus memotong rambut ?
- Jika pertumbuhan rambut anda tergolong lambat, potong hujungnya setiap 12 minggu untuk menghindari hujung rambut pecah-pecah. Sebaliknya, jika rambut anda cepat tumbuh, potong setiap 2 bulan sekali.

- Jika anda bosan dengan rambut panjang dan merancang untuk memotong rambut pendek  tetapi masih ragu , cuba untuk memotongnya sebahu dulu, sehingga anda tidak akan terlalu terkejut dengan perubahan penampilan yang baru.Tetapi jika anda sudah tahu pasti model rambut apa yang diinginkan,lakukan saja, jika hasilnya tidak sesuai dengan harapan, jangan putusasa, rambut kita akan panjang lagi bukan ?

Agar Rambut Hitam Tetap Indah
Sebagai mahkota wanita, rambut merupakan bahagian penting dari penampilan. Rambut yang indah dan terawat tentu akan menambah daya tarik seseorang. Itulah sebabnya rambut perlu mendapat perhatian khusus. Salah perawatan pada rambut, akan mengakibatkan rambut menjadi kusam dan rosak. Bagaimana cara untuk menjaga rambut tetap indah dan menawan?

Sebenarnya untuk membuat dan menjaga rambut anda tetap indah tidak memerlukan perawatan yang mahal. Ada beberapa tips yang mudah dilakukan. Agar rambut menjadi indah, anda dapat mencuba beberapa tips berikut ini.

Lakukan pola hidup sihat
Pola hidup sihat merangkumi tidak merokok,rajin berolahraga secara teratur, mengkonsumsi makanan bergizi, juga melakukan refreshing dan relaksasi agar fikiran tidak menjadi stress. Untuk makanan, anda dapat mengkonsumsi makanan yang mengandungi vitamin A, C, E, selenium kerana zat ini yang sangat baik menjaga kesihatan rambut.

Usahakan tidur cukup dan nyenyak setiap hari
Bila tidur anda terganggu, hal ini dapat menyebabkan sirkulasi darah tidak lancar. Akibatnya rambut tidak mendapat nutrisi yang cukup dan menyebabkan rambut kusam. Oleh kerana itu, jangan bebani fikiran dengan hal-hal yang dapat mengganggu tidur.

Gunakan produk perawatan rambut yang sesuai
Bila menggunakan produk perawatan rambut, perhatikan komposisi produk. Hindari produk yang berbahan alkohol dalam konsentrasi tinggi kerana kandungan tersebut dapat merosakan rambut. Saat menggunakan produk tersebut, jangan terusdikena kan di kulit kepala kerana  ianya akan menyebabkan pori-pori kepala tertutup dan dapat merosakkan kulit kepala dan  seterusnya merosakkan rambut.

Bila berenang gunakan penutup rambut
Tujuan dari hal ini adalah agar rambut tidak terkena dengan air kolam yang kandungan kimianya dapat merosakkan rambut.

Gunakan sikat dari kayu
Sikat yang terbuat dari kayu dapat mengurangi kerosakan rambut. Kebersihan sikat juga perlu dijaga agar kotoran yang ada dalam sikat tidak melekat pada rambut anda.

Pilih shampoo yang sesuai
Setelah memperhatikan jenis rambut, hal ini menjadi dasar bagi anda untuk memilih shampo yang akan dipakai. Pilih shampo yang berkualiti yang sesuai dengan rambut.

Friday, December 10, 2010

Mood Baru

Terkezut??? 
Amacam lawa tak blog baru ni? huhuhuh ada kisah di sebalik layout baru blog ni. 
Tangan tu tak reti nak duk diam2 so inilah jadinya. Tak  pasal2 blog ni dah kena *VIRUS* yang diundang. Tapi apa pun mas tetap berpuas hati dengan layout baru ni. 

Oklah tu sesuai dengan tahun baru..
semua baru..!! 
♥♥♥