Wednesday, January 12, 2011

MEMBERS DAY (SCARD)

Wah wah wah sangat suka dengan perkataan SALE!! sebab apa?? sebab bila SALE seronok tu berganda-ganda..tapi yang paling seronok adalah bila kita ada duit, kalau takde duit macam mana nak shoppingkan?? actually semalam baru dapat buku dari SOGO, manyak sangat diskaun. tapi sebenarnya mas dah tahu awal2 yang SOGO buat sale (heheheh..kakak iparku keje disana), kalau tak silap jumaat dan sabtu ini bersamaan dengan 14 & 15 January 2011.Tapi ini hanya untuk MEMBERSCARD saje yer....jom kita serbu masuk laman web SOGO . Ni antara yang sempat diambil...layan.!!
  • HUGGIES ULTRA
  • Diapers (M40, L34, XL30)
  • RM29.50
  • DARLIE
  • Double Action Toothpaste
  • 225g x 2 - Free Plate
  • RM12.90
  • LUX
  • Shower Cream 700ml Asst
  • RM8.90
  • CLARKS
  • Storewide 10% Off
  • * On normal-priced merchandise Only
  • BONIA
  • 20% Off on New Arrival
  • Normal Price: RM899 - RM1199
  • CARLO RINO
  • Exclusive Mark Down 50% Off
  • (Usual 20%)
  • Pyjamas Top
  • RM47.92
  • Usual Price: RM59.90 (20% Off)
  • New Arrival
  • G&H
  • Short Sleeve T-Shirt
  • RM18.90
  • Usual Price: RM63.00 (70% Off)
  • DIESEL
  • Jeans with Belt
  • RM41.97
  • Usual Price: RM139.90 (70% Off)
  • DISNEY BABY PRINCESS
  • Gift Set
  • 50% Off (Usual 10%)
  • Usual Price: RM69.00
  • CARTOON PLANET
  • Polo Tee & Long Pants
  • 50% Off (Usual 20%)
  • Usual Price: RM36.90 (Polo Tee)
  • Usual Price: RM69.90 (Long Pants)
  • BEN 10
  • Kid Shoes
  • 40% Off (Usual 30%)
  • Usual Price: RM45.90

Tuesday, January 11, 2011

Akukah Yang Terlewat!

Ok, semua dah maklum dengan berita tentang penutupan akaun FACEBOOK. actually berita ni pun mas dengar dan dapat dari LyanaMK. Mula-mula takdelah kesah sangat tapi masuk je hari ni semua dok bercerita...so saya sebagai orang yang tak tahu apa-apa terus buka suratkhabar, internet, belog, dll untuk mengetahui lebih lanjut tentang isu ini, betul ke tidak atau sekadar khabar angin monsun sajer..
PALO ALTO, California - Khabar angin dalam kalangan pengguna Internet mengenai penutupan laman sosial popular Facebook kini tersebar luas terutamanya menerusi laman sosial Twitter, lapor sebuah akhbar semalam.

Antara mesej yang disampaikan oleh pengguna Twitter adalah seperti: "Facebook bakal ditutup pada Mac 2011? Saya harap tidak."

"Khabar angin adalah Facebook akan ditutup. Tolong jangan beralih kepada Twitter dan jangan rosakkan pengalaman jaringan sosial saya," kata @jjelksboss melalui Twitternya.

Terdapat juga kumpulan yang dibentuk di laman Facebook yang meminta agar laman sosial itu tidak ditutup dengan mesej: "Facebook akan ditutup pada 15 Mac 2011. Adakah terdapat cara lain untuk menghalangnya?"

Pada bulan lepas Yahoo telah mengumumkan bahawa Yahoo Video akan ditutup pada tarikh sama tetapi ia tidak bermaksud semua jaringan di Internet akan turut terhenti.

Dalam perkembangan sama akhbar Weekly World News melaporkan bahawa pengasas laman sosial itu, Mark Zuckerberg, 27, sedang menghadapi tekanan untuk terus menguruskan laman sosial tersebut.

"Facebook sudah di luar kawalan saya dan tekanan menguruskan syarikat ini telah mengganggu hidup saya. Saya perlu hentikannya untuk mengelakkan tekanan ini," jelas Zuckerberg dalam satu sidang media di luar pejabatnya di Palo Alto baru-baru ini.

Dalam satu temu ramah menerusi telefon Zuckerberg memberitahu: "Saya secara peribadi tidak menganggap ia sebuah keputusan besar. Secara jujurnya saya fikir ia (menutup laman Facebook) adalah untuk kebaikan. Tanpa Facebook orang ramai akan keluar dan berjumpa dengan rakan-rakan, itu adalah lebih baik."

"Saya tidak kisah mengenai wang. Saya hanya mahu kehidupan saya balik," kata Zuckerberg.

Akhbar itu melaporkan Naib Presiden Perhubungan Teknikal Facebook, Avrat Humarthi menjelaskan bahawa bermula 15 Mac ini pengguna tidak lagi akan dapat memasuki akaun Facebook dan meminta pengguna melakukan sesuatu agar semua gambar-gambar kesayangan tidak hilang.

"Seluruh laman web ini akan ditutup pada tarikh itu. Justeru, jika anda tidak mahu gambar-gambar di Facebook hilang, saya nasihatkan agar anda menyimpannya sebelum laman itu ditutup," jelas Humarthi.

Bagaimanapun, akhbar International Business Times melaporkan bahawa khabar angin itu hanya disebarkan melalui laman-laman blog dan tiada laporan daripada mana-mana akhbar arus perdana berhubung penutupan tersebut.

Menurut Lou Kerner dari firma Wedbush Securities, Facebook mempunyai lebih 600 juta pengguna di seluruh dunia dengan 300 pemegang saham. - Agensi credit : KOSMO

Monday, January 10, 2011

Muka Baru

aloha, cantik tak layout baru mas ni? very the lembut kan warnanya?? suka sangat2 sebab sejuk mata memandang. ada warna biru ada warna pink (walaupun x berapa minat sangat)..macam menggambarkan anak lelaki dan anak perempuan jer..heheheheehe...suka suka suka ♥ actually sayang gak nak tukar layout...dah xde kerja so inilah jadinya. kalau boleh ni lastlastlastlast, tak mahu yang lain lagi.!
  • so kalau korang-korang semua tergerak hati nak tukar layout jangan segan-segan tekan SINI
  • Layout Lama

Friday, January 7, 2011

PUKAU?

Selamat pagi semua, hari ni awal sikit berblog yer sebabnya keja dah siap. So dah tak tahu nak buat apa mas pun bukalah blog. Actually ada banyak sebenarnya mas nak kongsikan tapi buat untuk kali ini,masa ini, saat ini mas dah tertarik untuk berkongsi tentang cara-cara untuk mengelakkan diri atau rumah kena PUKAU.!! Takutkan bila dengar tajuk tu. Jangan kata zaman sekarang ni yang penuh dengan arus kemodenan tak ada benda-benda karut macam ni....*zaman je moden, orang belum tentu moden lagi. ;p* Al-kisahnya adalah sorang kawan mas ni, kalau tak silap tahun baru..rumah nya dimasuki pencuri tetapi pelikkan kenapa dyorang ni semua tak sedar langsung akan kewujudan tetamu yang tak diundang ni kerumah mereka. Sebab apa??? Apa lagi kalau bukan kena pukau. Bahaya tau kalau kena pukau ni, bukan merompak je silap-silap haribulan entah apa-apa yang dyorang ni buat. Tapi syukur ke hadrat ilahi sebab satu keluarga tidak diapa-apakan *lena tido sebenarnya*. Simpang malaikat 44 semua benda ni terjadi kepada semua ahli keluargaku dan ipar duaiku,kawan-kawanku dan saudara sesama islamku. Kat bawah ni ada gak beberapa tips yang mas cari dari google. Kalaulah mas tahu cara-caranya dah tentu mas tak jadi administrator...tapi yang mas still lagi kekalkan adalah sandarkan penyapu lidi ke pintu. *orang-orang tua yang cakap dan suruh*. So mas harap dengan adanya tips ini, korang-korang semua bolehlah jadikannya sebagai apa-apa jer... yang penting sekali bermohonlah kepada ALLAH semoga hidup korang sentiasa dilindungi oleh-Nya.
  1. Berikut adala beberapa bacaan dari al-Quran yang boleh dijadikan amalan (bacaan harian) bagi mencegah dan merawat sihir sebagaimana yang pernah di syarahkan oleh bekas Mufti Besar Arab Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rh.
  • Surah al-Baqarah : 255 / Ayat Kursi
: {اللّهُ لاَ إِلَـهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الأَرْضِ مَن ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ وَلاَ يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِّنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاء وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَلاَ يَؤُودُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ} [البقرة 255].
  • Surah al-'Araf : 117 hingga 122
{وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ، فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ، فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَانقَلَبُواْ صَاغِرِينَ، وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ، قَالُواْ آمَنَّا بِرِبِّ الْعَالَمِينَ، رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ} [الأعراف 117-122].
  • Surah Yunus : 79 hingga 82
{وَقَالَ فِرْعَوْنُ ائْتُونِي بِكُلِّ سَاحِرٍ عَلِيمٍ، فَلَمَّا جَاء السَّحَرَةُ قَالَ لَهُم مُّوسَى أَلْقُواْ مَا أَنتُم مُّلْقُونَ، فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ، وَيُحِقُّ اللّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ} [يونس 79-82].
  • Surah Tha Ha : 65 hingga 70]
{قَالُوا يَا مُوسَى إِمَّا أَن تُلْقِيَ وَإِمَّا أَن نَّكُونَ أَوَّلَ مَنْ أَلْقَى، قَالَ بَلْ أَلْقُوا فَإِذَا حِبَالُهُمْ وَعِصِيُّهُمْ يُخَيَّلُ إِلَيْهِ مِن سِحْرِهِمْ أَنَّهَا تَسْعَى، فَأَوْجَسَ فِي نَفْسِهِ خِيفَةً مُّوسَى، قُلْنَا لا تَخَفْ إِنَّكَ أَنتَ الأَعْلَى، وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى، فَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سُجَّدًا قَالُوا آمَنَّا بِرَبِّ هَارُونَ وَمُوسَى} [طه 65-70].
  • Surah al-Kafirun
{قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ، لا أَعْبُدُ مَا تَعْبُدُونَ، وَلا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ، وَلا أَنَا عَابِدٌ مَّا عَبَدتُّمْ، وَلا أَنتُمْ عَابِدُونَ مَا أَعْبُدُ، لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ}.
  • Surah al-Ikhlas
{قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ، اللَّهُ الصَّمَدُ، لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ، وَلَمْ يَكُن لَّهُ كُفُوًا أَحَدٌ}.
  • Surah al-Falaq
{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ، مِن شَرِّ مَا خَلَقَ، وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ، وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ، وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ}.
  • Surah al-Nas
{قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ، مَلِكِ النَّاسِ، إِلَهِ النَّاسِ، مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ، الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ، مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ}.
  • Petikan : Majmu’ Fataawa Samaahah alSyeikh Abdul Aziz bib Abdullah bin Baaz : Fatwa Aqidah - 2. susunan Dr Abdullah bin Ahmad al-Thayyaar. Riyad : Daar al-Watan, 1995. ms 649.
  • Petua untuk elakkan terkena pukau selain dari bacaan diatas
  1. kalau ditepuk orang yg tak dikenali, tepuk depa balik
  2. baca surah Yaasin ayat no.9
  3. bela ikan puyu / betok
  4. tiada pandangan mata
  5. bila nak tido, pakai baju terbalik
  6. Bacalah Bismillahil lazdhi laa yadhurru ma 'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'.. wahuwas sami'ul 'alim
  7. bawak paku panjang 5 inci dalam beg, wallet, purse... tu pantang dia
  8. bila tidur di rumah, biar tidak sehala arah
  9. bawak tahi besi dalam beg atau kocek
  10. dirikan penyapu lidi secara terbalik kat belakang pintu

Monday, January 3, 2011

Akhir Tahun & Tahun Baru

  • Selamat Habis Tahun 2010
  • Macam pelik je ucapan diatas..? Sajer jer nak ucapkan selamat tinggal 2010 yang banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit. kalau tiada 2010 maka tiadalah 2011. Betul tak? Moga dengan berakhirnya 2010 dan lahirnya 2011,mas doakan moga perjalanan anda untuk tahun ini berjalan dengan lancar dan sehebat yang mungkin ye kawan-kawan! Segala kenangan 2010 "tak nak ingat lagi"! ;p *macam iklan PANTENE tu.*
  • Selamat Mula Tahun 2011
  • Macam biasa bila dah masuk tahun baru ni, bermacam-macam impian dan angan-angan yang mas nak tunaikan. Untuk tahun ini, impian pertama mas adalah ingin bahagia dan aman damai bersama keluarga yang mas sayang..tentulah keluarga yang mas bina dari 2 hati 1 jiwa dan akhirnya bertambah manjadi 3 hati 1 jiwa. Bukan senang kita nak jaga hubungan ini dari segala dugaan dan cabaran. Tapi tanpa adanya dugaan dan cabaran dari ALLAH s.w.t bukan manusialah namanya. Kerana semua dugaan ini jugalah mas bertambah matang untuk mempertahankan mahligai yang dibina hampir 5 tahun. Jika diizinkan ALLAH s.w.t biarlah hubungan ini kekal buat selama-lamanya melainkan ajal.
  • Impian 2011
  • Impian?? Semua orang nak hidup senang dan bahagia,begitu jugalah mas. Kalau boleh tahun ni juga mas nak menambahkan selesaikan segala masalah kewangan. Nak hidup bebas tanpa hutang piutang. Kenapa berhutang?? Kalau tak berhutang maka tiadalah harta. Nak beli cash?? Belum tentu lagi nak dibandingkan dengan gaji mas. Beli cash tu memanglah boleh tapi hujung bulan nak makan apa ye sayang?? At least nampaklah juga duit kita bila kita beli barang walaupun berhutang. Tipulah kalau korang semua kata korang tak pernah berhutang..!!! beli kereta pun kena bayar bulan2 tau...! Apa-apa pun terserah kepada hidup korang masing-masing sama ada nak berhutang atau tak.
  • (Ingat mas nak sangat berhutang?)