Tuesday, March 8, 2011

HeartBeat ♥

apa tu Heartbeat? x pernah dengarkan nama ni atau apa-apa iklan. ha, actually heartbeat ni baru je mas tahu, itupun baca dari blog Cik Epal. Mas dah pun sertai HeartBeat ni (baru lagi). Katanya boleh buat side income. Memang macam NuffNang tetapi dy ni berbeza sikit sebab selain buat duit kita juga boleh membeli, lebih kurang macam barangan onlinelah. Memang cantik barang-barangnya..nak letak gambar sendiri pun boleh. Macam mana nak cakap yer...lebih kepada ketegori cenderahatilah katakan.!! macam nak buat je satu nak letak gambar anak. (Mini Tee) ;p ni mas copy sikit tentang Heartbeat ni. kalau rasa nak tau pasal Heartbeat ni jangan segan silu tekan kat iklan tu yer.. ;p
  • T-shirt
  • Puzzle
  • Mini Tee
  • Mouse Pad
  • Key chain
  • Ceramics

Friday, March 4, 2011

Drama Sedey :'(

Mas tak nak cerita bab entry ini.
bila tengok semula gambar diatas ini perasaan mas terus berubah . Tetiba jadi macam ini

Kaler Kuku.

Mas suka kaler-kalerkan kuku ni. Kuku tangan kuku kaki...tapi bukan kaler pakai warna-warna dalam botol tu yer, mas hanya suka kalerkan kuku pakai inai. sekarangkan dah senang pergi je kedai comfirm ada jual. dah tak perlu nak ambil daun kat pokok then nak kena tumbuk2. Dashyatkan zaman sekarang ni. semua dah maju kedepan. Malas nak pakai sendiri tepon je pakar inai comfirm dy datang...siap ukirkan lagi tu. Yang penting sekali mestilah ada bayarannya.!! cerita yang mas nak kongsikan ni pun berkenaan inai masa majlis perkahwinan abang mas tempoh hari. Kakak ipar mas telah menggunakan khidmat sepenuhnya dari pakar inai dekat area Port Dickson. Kalau saper2 yang duduk area Negeri Sembilan dan memerlukan perkhidmatan ukiran inai janganlah segan2 cari budak ini & budak ini yer..

Assignment _Outdoor

Bila masa plak mas belajar kat universiti atau kolej??? Nak kena buat assignment?? Hahaha bukan mas ye kawan-kawan semua tetapi cameraman belah pompuan. Nampak cool dan cantik walaupun nampak gaya mereka seakan-akan budak baru belajar. Apa-apapun memang superb..!!! InsyaAllah mana tahu suatu hari nanti mereka ni bakal pengganti cameraman yang tersohor.
***** bintang buat korang.

Majlis Persandingan

Waaa, sangat banyak entry pasal kawen minggu ni. Excited dapat kakak ipar. hehehe!! ;p Actually mas memang suka bab-bab kawen ni, mana taknya masa tulah dapat tengok orang cantik2, baju lawa2, jemputan jangan cakap semuanya Vogue gitu. Tapi bab paling suka bila dengar bunyi paluan kompang...terasa diriku berada di tempat pengantin. Tapi sebelum tu mas nak minta maaf banyak2 dekat semua kawan-kawan mas sebab tidak dapat menghadirkan diri ke majlis mereka. Mas tahu berdosa sekiranya kita tidak hadir ke majlis orang yang menjemput kita tp mas nak buat macam mana sebab mas hanyalah seorang manusia yang mempunyai kelemahan. *airmata berguguran ke dalam baldi* ;p
Sambung balik ke cerita asal, pada kali ini mama mas yang memilih warna tema bagi majlis persandingan abang mas iaitu Hitam & Putih. Apa-apa pun syukur alhamdulillah sebab majlis berjalan dengan lancar sekali.