dulu mas pernah post ENTRY ni tapi tiada jawapan....tapi sekarang mas dah dapat...nasib baik encik Blogger ni baik...so sekarang mas dah ada icon sendiri *sendiri x sendiri sangatlah*...
Wednesday, July 20, 2011
Tuesday, July 19, 2011
Boikot ASTRO??
hye ollsssssss..petang ni agak rajin sikit untuk update belog..walaupun sebenarnya penyakit malas itu telah menempek..mesti korang semua pernah terbaca didada akhbar tentang mahu boikot itu ASTRO..sebab apa?? apalagi kalau bukan disebabkan yuran bulanan dylah...tapi bagi mas, mas memang tidak bersetuju sekali sebabnya mana ada siaran lain yang lebih hebat dari ASTRO walaupun kadang2 servisnya macam hampeh!! nak pakai antena biasa bukan tak boleh dan tak bagus tapi serupa je kalau tutup terus...sebabnya gambarnya tidak cantik.!!Macam ASTRO plak dah tentu2 gambarnya cantik melainkan hari hujan...pelbagai siaran kita dapat tengok..dari berita, cerekarama, filem, haiwan dll...*hakikat sebenarnya memanglah boring sebab siarannya sama je, 24 jam ulang benda yang sama*.
Tapi berbalik kepada cerita yang dok sibuk nak boikot selama 3 bulan?? berbulan2?? Untuk apa nak boikot?? Bayangkan kalau sebulan yuran kita RM59.95, kalau dah 3 bulan dah berapa?? tak ker RM179.85?? Itu tak masuk lagi kalau kena potong then nak sambung balik...memanglah kena charge RM20.00!! tapi x ke membazir kalau kita boleh bayar sebulan hanya RM60.00?? *saper yang nak bayar kalau kena potong disebabkan kita boikot? tak ker kita juga yang kena bayar??* Pilih yang mana satu, nak boikot ASTRO atau kita yang kena boikot dengan anak sendiri sebab tak dapat layan kartun?? tak ke naya dibuatnya??

Bukannya mas kata boikot tu tak bagus tapi bila fikir balik, kesana atau kemana2 sahaja tetap "RAKYAT DIDAHULUKAN"... nak tak nak kita juga yang kena tanggung lainlah kalau ada pihak yang baik dan hatinya murni nak bayar semua tunggakan 3 bulan bil ASTRO kita. Tapi mas rasa pihak ASTRO sendiri dah mengerti dan mengambil langkah yang amat bijak untuk pelanggannya...sekarang ni kita semua dah boleh berjimat dengan pakej ASTRO yang baru..kalau saper2 nak lebih detail layari laman web ASTRO atau call saja Call Centre.
- http://www.astro.com.my
- 1300 82 9888




ihsan gambar : ASTRO
Friday, July 1, 2011
Review: Transformer_Dark of The Moon
Salam hari Jumaat semua....moga hari ni akan memberikan kebahagiaan dan kesihatan yang baik. Oh ya, mas nak kongsi dengan u olls semua pasal citer Transformer 3 yang baru je semalam mas tengok. Wah sangat teruja tau. Boleh kata tak rugilah kalau beli tiket. Cuma kureng sikit sebab pelakon wanitanya bertukar. Rasanya kalau Megan Fox berlakon lagi mantooooppppppppp kebabbbbaabbboooommmmm!!! Bukan kata pelakon baru ni x bagus, cuma bagi mas kalau semua pelakon dikekalkan lagilah superb! tapi pandai jugalah pengarah ni reka cerita pasal megan fox ni..at least kira terjawablah kenapa megan xde. Lagi satu yang mas paling suka bila kenderaan-kenderaan ni bertukar menjadi robot, memang nampak real dari tahun lepas. Mas tengok wayang biasa jer...kalau tengok 3D comfirm lagi REAL! *macam rimas je kalau pakai spek*
Jangan kata filem robot takde adegan nangis-nangis tau, kalau u olls semua hayati comfirm moleh nangis punya. Kenapa plak nak nangis??? mana taknya bila kawan kita yang kita rapat selama ni akan pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. macam tu jugalah terjadi masa Bumblebee dan yang lain-lain pergi untuk meninggalkan bumi. Pasal apa nak tinggalkan bumi?? itu korang kena tengok sendiri ok.. tapi kalau korang rasa nak tengok then x de kawan jangan lupa ajak mas yer... nak tengok sekali lagi dan berkali-kali.
- Ihsan gambar dr FreshnessMag.com
Wednesday, June 22, 2011
Saya Ahli Watsons
Dengan bangganya saya nak bagitahu kat semua orang yang saya adalah AHLI Watsons. Bangga tak bangga tak??? Sebenarnya takdelah apa sangat cuma saja je nak berkongsikan dengan u ollsss semua. Apa yang bestnya tentang kad watsons ni cuma 1, kita dapat collect point bila beli barang, dan yang penting sekali ada diskaun. Yurannya takdelah mahal sangat cuma RM 12.00 dan yang paling utama tiada tarikh luput maknanya takdelah setiap tahunu nak kena renew.... yang renew pun hanya voucher..!!! Sape yang belum jadi ahli apa lagi cepat-cepatlah pergi mendaftarkan diri anda sebagai ahli Watsons. Itupun kalau u olllssss rajin pergi shopping kat Watsons.
Monday, June 6, 2011
Doa Seorang ISTERI
Ya ALLAH
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku perbuatKau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada terbatasKau berikanlah aku kekuatan mentalKau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaanKau peliharalah lidahku dari kata-kata nistaKau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMuKau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya ALLAHSekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu di Arsy (Al Marfu'atun 'ilmi)Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanyaSekiranya suami ku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMuKurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala pebuatannyaSekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah MuLimpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnyaSekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMuPeliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannyaSekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMuBerilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Ya ALLAHSekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorangKau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku harungi segala dugaanMuSekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia MuLimpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnyaSekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikanKurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanyaSekiranya suami ku menyintai kesesatanKau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya ALLAHKau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukkuKau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjurankuSekiranya aku tersilap berbuat keputusanBimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhaiSekiranya aku lalai dalam tangggungjawabku sebagai seorang isteriKau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMuSekiranya aku ingkar dan derhakaBerikanlah aku petunjuk ke arah rahmatMu
Ya ALLAHSesungguhnyaAku lemah tanpa petunjukMuAku buta tanpa bimbinganMuAku cacat tanpa hidayahMuAku hina tanpa RahmatMu
Ya ALLAHKuatkan hati dan semangatkuTabahkan aku menghadapi segala cubaanMuJadikanlah aku isteri yang disenangi suamiBukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMuBimbinglah aku menjadi isteri Soleha
Hanya padaMu Ya ALLAH ku pohon segala harapanKerana aku pasrah dengan dugaanMuKerana aku sedar hinanya akuKerana aku insan lemah yang kerap keliruKerana aku leka dengan keindahan duniaMuKerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMuKerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya ALLAH TUHANKU...Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmatiIsteri yang dikasihiIsteri yang solehahIsteri yang sentiasa dihati
Amin Ya Rabbi Allamin...
Subscribe to:
Posts (Atom)


















