Sunday, December 18, 2011

Memstar Chep Malaysia

selamat petang adik,kakak dan makcik sekalian. Terima kasih kerana sudi bersama dengan memstar kali ini. petang-petang yang sejuk ni (area umah memstar) tetiba terasa lapar dan tak semena-mena air liur memstar meleleh apabila teringat akan apam aiskrim soda mak memstar. dan sebab-sebab ketiadaan barang dan bahan-bahan nak buat so memstar cadang nak berkongsilah dengan penonton. u alls semua buat then hantar lah sikit kat  umah memstar ni ye. heheheheheheeh.. ;p

ok, sebelum nak memasak atau nak buat kuih ni yang utama sekali haruslah ada bahan-bahannya,kalau  tak macam mana nak jadi. betul tak?? 


Bahan-bahan :

3 biji telur
1 cawan air aiskrim soda  
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar ovelette
1½  cawan gula
Pewarna (ikut suka hati)
Acuan

Cara-cara membuat :

Satukan telur dan gula. Pukul hingga sebati.




Masukkan tepung gandum (pukul hingga naik) dan kemudian letakkan ovelette




Gebu tak? 


bahagikan kepada 3 bahagia kecil (sikit je) dan campurkan pewarna yang anda suka


masukkan ke dalam acuan dan corakkan mengikut isi hati anda. 
selepas selesai semuanya masukkan ke dalam kukus.



*sekarang ni pun apam aiskrim soda ni dah banyak orang buat bisnes dan sekarang ni pun majoriti menamakannya apam polkadot. tapi sama ke bahan-bahannya dengan diatas??? 

oh ya bagi sesiapa yang rasa-rasa nak order untuk makan sendiri, jamuan, majlis tunang atau kahwin janganlah segan-segan order dari APAM POLKADOT . memstar  dah pernah beli dan rasanya sangat sedap dan lembut. selain tu macam-macam corak...siap ada ladybird main bola sepak lagi. 





Tapi resipi diatas bukan dari APAM POLKADOT ye tetapi resepi dari mak memstar.

SELAMAT MENCUBA!

Saturday, December 17, 2011

RUMAH UNTUK DISEWA

Iklan :

Rumah untuk disewa (kemasukan Januari 2012)
Deposit 2+1 (bil air & api) Bayaran bulanan : RM 4++ (boleh dirunding)

Alamat: Persiaran Desa Puteri 10, Desa Puteri, 48020 Rawang Gombak Selangor

Jenis Rumah : Townhouse 3 bilik 2 bilik air (atas)
Luas kawasan:1,173.00 kps
Kondisi: Baik

Rumah siap sedia ada dengan lampu, kipas, kabinet dapur, grill.
berdekatan dgn Sg.Buloh, berlatarbelakang kan highway baru. memiliki penduduk yang ramai,kemudahan banyak terdapat disana seperti Sekolah Rendah dan Menengah, padang permainan,kedai.

 sila hubungi untuk maklumat yang lebih lanjut :

 Cik Juliza
 017 - 274 3314

 contoh gambar rumah seperti dibawah :-
*amik dari google images

 

Monday, November 21, 2011

Labuhnya Tirai!

masa berlalu dengan pantas sekali..diam tak diam Sukan Sea tahun ni dah nak hampir melabuhkan tirainya esok! dan yang paling penting sekali MALAYSIA mencapai target untuk memungut pingat emas lebih dari 40. Alhamdulillah, terima kasih diucapkan kepada atlet-atlet MALAYSIA! sejak bermulanya Sukan Sea ni jaranglah tengok drama atau berita, balik je rumah buka ASTRO 801 (arena). kadang-kadang boleh bawa bergaduh ngan anak bujang mas.!! *mama ni abang nak tengok kartunlah...*!!
Tapi yang paling penting dan WAJIB MENANG adalah bola sepak, bak kata semua pingat emas bola sepak adalah IBU bagi semua pingat. dapat pingat emas banyak-banyak pun x guna kalau tiada pingat emas dari acara BOLA SEPAK.! betul tak??
apa-apa pun sebagai seorang rakyat MALAYSIA pastinya mas akan menyokong skuad HARIMAU MUDA dan mendoakan kejayaan di pihak kita. *nak tutup sikit mulut puaka rakyat INDONESIA (segelintir) yang tak habis-habis dok maki hamun MALAYSIA*.
pesanan ringkas untuk pemain MALAYSIA:
  • berjuanglah habis-habisan demi maruah negara
  • bermain atas sifat dan sikap menaikkan dan mengharumkan nama MALAYSIA tercinta
#layan bola di Stadium Gelora Bung Karno (astro 801) hehehe.!

Wednesday, November 16, 2011

Istimewa "WANITA"

Petang ni saje-saje dok belek suratkhabar tetiba nampak pulak tentang petua melayu lama ni. Mas tak pasti pulak sama ada ianya benar atau tidak. Tapi tak salah jika hendak mencuba.
#copy+paste
Dalam masyarakat melayu terdapat banyak petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.
  1. BANGKIT BERSAMBUT
    apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badam ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. apabila mahu bangkit dari tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan, cecah ibu jari dengan kedua-dua tangan.
  2. WAJAH SUCI
    apabila bangun pagi, jika membasuh muka elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. biarkan air itu kering sendiri pada muka. jika mengambil air wuduk (sembahyang) pun, biarlah ia kering sendiri. ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
  3. MENYEGARKAN PAYUDARA
    apabila mandi, terutamanya diawal pagi, cucurkan air pancuran (air paip) ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar serta tidak mudah jatuh.
  4. TAMAN SEMERBAK
    amalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulaman yang baunya wangi dan sayurannya wangi sejak dari perawan. nafas dan badan juga menjadi wangi.
  5. LUBANG JARUM
    latih otot penahan kencing seolah-olah menahan diri dari membuang air kecil, kemutkan berulang-ulang. kemudian kemutkan pulan otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar. jika boleh jadikan ia amalan setiap.
  6. SUARA PERINDU
    elakkan diri dari banyak memakan makanan yang pedas0-pedas atau yang agak panas. selalu minum air asam jawa. berlatih bercakap dengan mengawal nada suara sewenang-wenangnya. dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
  7. MENGURUT PANGKAL BUNTING PADI
    biasakan mengurut di pangkal betis iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. lakukan selalu kerana ianya baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.
  8. PAYUDARA MONTOK
    elakkan dari meniarap diatas lantai sama ada di waktu siang atau malam. kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudara
    Wallahu'alam