Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang
lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala.
Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga
mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat
perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak
menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air
suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.
Masuk minggu
ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh
mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan
jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan
lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya.
Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana
pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai
pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.
Minggu seterusnya
iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan
menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal
sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui
perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan
merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung
mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah
meningkat.
Jadi banyakkan senaman
ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan
simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses
kelahiran kelak.
Minggu
ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan.
Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah
terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta.
Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi
dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh
mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.
Minggu ke-17, rambut, kening, bulu mata bayi kita mulai tumbuh sementara
garis kulit pada hujung jari juga mula terbentuk. Antara keajaiban Allah s.w.t
pada saat ini ialah bayi kita telah mempunyai cap carinya yang
tersendiri. Walaupun pada masa ini panjang bayi hanya kira-kira 16 cm sahaja
iaitu seperti sebatang pen. Puan mungkin akan alami sembelit akibat sistem usus
yang perlahan. Rahim kita pula akan semakin membesar dan menekan pundi kencing.
Jadi amalkan pada minggu ini, meminum lebih banyak air masak dan memakan makanan
berserat, jus buah-buahan serta sayur-sayuran hijau.
Kini kita menyorot pula perkembangan pada minggu ke-18.
Walaupun matanya masih lagi tertutup, bayi dalam kandungan kita sudah dapat
mengenalpasti cahaya terang menerusi dinding rahim. Bayi kita dapat mendengar
degupan jantung kita pada masa ini. Bayi dalam kandungan juga telah mula
berbaring pada lelemak yang boleh memanaskan badannya.
Pengaliran oestrogen dan progesterone semakin meningkat dalam
badan semasa kehamilan puan masuk minggu ke-18 ini. Ia bertujuan untuk
melembutkan serta membesarkan serviks untuk proses bersalin. Kesan yang sama
pada selaput mukus dihidung juga berlaku yang boleh menyebabkan berdarah.
Seterusnya kita mengikuti perkembangan mingguke-19.
Bayi akan mula mengeluarkan bahan berwarna putih yang tebal dan berkrim untuk
menyelaputi keseluruh tubuhnya. Ia dikenali sebagai verniks dan berfungsi untuk
melindungi kulitnya daripada cecair amniotik yang mengelilinginya. Jadi apabila
bayi kita lahir kelak bayi kita tidak akan kelihatan seperti tidak mandi selama
sembilan bulan. Sesetengah ibu akan berlaku kesan stretchmarks atau tanda calar
pada bahagian perut. Hampir 90% wanita akan mengalaminya.
Minggu ke-20. Pertumbuhan bayi dalam
kandungan puan saat ini adalah agak perlahan kerana memberi peluang kepada
paru-paru dan sistem penghadaman serta imunnya untuk matang. Saiz bayi ketika
ini ialah kira-kira 25 cm panjang dan mempunyai berat dalam lingkungan 340 g.
Pigmentasi pada kulit kita mungkin berlaku dengan lebih ketara
tetapi ianya akan hilang selepas bersalin nanti. Payu dara kita juga saat ini
sedang menghasilkan kolostrum iaitu sejenis bahan cecair keruh (warnanya) yang
berfungsi untuk membekalkan semua bahan yang diperlukan oleh bayi kita pada
hari pertama selepas lahir. Jangan cuba memicit cecair itu.
Selain itu puan juga akan sering mengalami masalah gusi berdarah
dan peningkatan keluaran cecair dari faraj. Sendi dan ligamen-ligamen badan
juga akan menjadi kendur. Kita akan lebih kerap merasa sakit pada bahagian
belakang badan serta ketegangan dibahagian lain.
Pada minggu ke-21, kita akan mengalami banyak
perubahan sementara bayi dalam kandungan pula membesar dengan perlahan. Jadi
penjagaan kesihatan agar senantiasa sihat dan bertenaga amat penting. Kita
perlu elakkan daripada melakukan kerja-kerja berat yang boleh membebankan
bahagian belakang. Malah kita perlu mengelakkan dari memakai kasut bertumit
tinggi.
Seterusnya minggu ke-22. Struktur gigi bayi kita
mula berkembang. Pergerakan bayi kita juga menjadi semakin aktif. Puan sebaiknya-baiknya
memberikan tindakbalas dengan setiap gerakan, tendangan atau bunyi dalam uterus
tersebut. Pada masa ini puan sudah boleh perdengarkannya dengan alunan zikir
dan ayat-ayat suci Al-Quran untuk memberikan pendedahan dan didikan awal sejak
dalam kandungan lagi. Dekatkan perakam atau pemain cakera padat dekat dengan
perut puan. InsyaAllah bayi kita yang bakal lahir akan menjadi anak-anak yang
pintar lagi soleh. Belailah gerakan bayi anda dengan penuh kasih sayang.
Kini kita di minggu ke-23. Pada masa ini tangan dan
kaki bayi telah terbentuk dengan baik. Jari-jemarinya juga terbentuk dengan
baik. Perubahan yang berlaku pada puan untuk minggu ini amat baik. Antaranya
ialah rambut, tekstur kulit, kuku da warna kulit. Rambut kita akan menjadi
lebat dan berkilauan. Kulit pula akan menjadi bertambah gebu, licin dan lembut.
Padaminggu ke-24 pula, puan akan merasa gembira,
sihat dan berpuas hati dengan perjalanan kehamilan puan. Kita akan dapati berat
badan kita bertambah secara normal. Perlu kita ketahui bahawa pada minggu ini
kedudukan kepala bayi lazimnya berada pada bahagian bawah. Manakala kulit bayi
akan menjadi semakin menebal. Namun jangan terkejut sekiranya puan dapati muka
menjadi sembap dan membengkak pada ketika ini. Ini kerana tubuh sudah mula menyimpan
air yang berlebihan.
Fenomena yang sering berlaku pada minggu ke-25
dan minggu ke-26 ialah badan kita akan senantiasa berpeluh dan berasa
panas. Bagi menghilangkan rasa panas tersebut, minumlah banyak air. Untuk
mengelakkan dehidrasi semasa bekerja terutama ketika berada dalam penghawa
dingin (aircond), basahkan tuala kecil dan lapkan pada bahagian muka, leher,
dada, peha dan perut. Pakailah pakaian yang longgar untuk keselesaan. Pada
minggu ini saiz bayi kita sudah mencapai 33 cm.
Sekarang minggu ke-27, bayi kita sudah mulai pandai
menghisap ibu jari dan menelan air panas (cecair amnion) yang mengelilinginya.
Air yang ditelan itu akan keluar daripada badannya sebagai air kencing. Tunas
rasa bayi pada masa ini baru terbentuk. Ia sudah bleh bertindakbalas kepada
rasa manis, masam dan pahit. Kelenjar peluhnya juga sudah mulai terbentuk dan
bayi sudah boleh batuk dan tersedu. Sepanjang kehamilan ini kita amat
digalakkan memakai pakaian yang diperbuat dari kain kapas yang boleh menyerap
haba dengan baik.
Kini masuk minggu ke-28, bermakna kita hanya tinggal
lagi 3 bulan sebelum saat kelahiran yang ditunggu-tunggu tiba. Puan mungkin
akan menjadi sedikit pelupa, kekok dan agak janggal. sepanjang bulan-bulan
terakhir ini, bayi kita juga telah mula menyimpan bekalan lemak dalam badan.
Selain itu puan juga mungkin akan mengalami sakit ulu hati, senak dan
kadang-kadang kejang pada bahagian betis. Jangan terkejut jika kita akan
berhadapan dengan kontraksi. Ia bukan kontraksi untuk melahirkan tetapi ia
sebalik adalah kontaksi kecil yang dipanggil iBraxton Hiksi. Sepanjang
kehamilan kita cuba elakkan daripada berfikir perkara-perkara buruk atau
negetif. Banyakkan membaca majalah-majalah atau menonton rancangan tv yang
berfaedah untuk minda dan perkembangan kehamilan kita.
# alhamdulillah, sekarang kandungan mas dah berusia 13 minggu 4 hari... (17Julai2013)
# alhamdulillah, sekarang kandungan mas dah berusia 13 minggu 4 hari... (17Julai2013)
No comments:
Post a Comment