Wednesday, November 24, 2010

SHOWTIMES



Ehem2..saya dah booking tiket wayang.. citer apa??
of course lah
citer ni


























kalau rasa2 nak tengok sekali jomlah..
kita jumpa disana yer...


SHOWTIMES & TICKETING
SHOWTIMES
& RESERVATION
E-PAYMENT TICKETING



Note that your latest bookings are on top.
Depicted below is the Online Reservation history only.
For E-payment history, please log in to E-payment page
and click onBooking History located at the bottom of
E-payment page.

Ref No.....
MovieRAPUNZEL: A TANGLED TALE
DateFri 26 Nov
Showtime1:30 PM
CinemaGSC (BERJAYA TIMES SQUARE)
No. of Seats2




Tuesday, November 23, 2010

~ Waktu Subur ~

KENAPA KITA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA?

Ada 2 sebab utama :-
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat.

Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.

MARI KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
kita cuba permudahkan sebab kitaran haid ni agak kompleks dan payah sikit nak faham. Tetapi cuba fahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing2 ada kitarannya sendiri ada 25 hari ada yang lambat sampai 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.

Terdapat beberapa fasa di dalam kitaran haid. Anda perlu memahami fasa ini.

Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas berapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.

Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.

Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalu saluran falopio ke rahim.

Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya, sejenis hormone dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada hari 1.


BILAKAH WAKTU SUBUR?

Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.
** (14 days from the 1st day of your NEXT period - NOT your previous period)

Tak faham? Macam ni. Katalah dia period 28 hari, maka hari subur ialah 28 hari - 14 hari = 14 hari. Jadi, hari ke 14 itu adalah hari subur. Katalah period bulan itu 30 hari, maka 30 hari - 14 hari = hari ke 16 ialah hari subur bukan lagi hari ke 14. Sekiranya periodnya 35 hari maka 35-14 = hari ke 21 adalah waktu suburnya.

Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraanya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah2. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period yang seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari, tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.

CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR

Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika itu. .

MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPAT ZURIAT

Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu Allah mencipta sperma dengan kelebihan yang lain pula.

Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan! HEHE :d), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.

Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap malam (atau siang hari kecuali pada bulan Ramadhan) pada hari ke 11, 12, 13, 14, 15, 16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14.

Anda boleh cuba setiap bulan untuk beberapa bulan sekiranya tidak berhasil. Ini adalah untuk memastikan waktu subur adalah sesuai dengan waktu bersama anda.


MENGELAKKAN MENGANDUNG MELALUI CARA KIRAAN

Selain daripada untuk mendapatkan zuriat, ada pasangan yang ingin mengelakkan mengandung dengan cara mengira kalendar.

Untuk pengetahuan anda, cara mengira melalui kalendar adalah berisiko dan tidak beberapa tepat. Ini adalah kerana anda mungkin boleh tersilap kira, atau kedatangan haid yang tidak beberapa teratur menyebabkan tarikh subur lari dari kebiasaan.

Oleh kerana anda tahu sperma boleh bertahan selama 5 hari di dalam rahim (ada kajian menunjukkan 7 hari !), jadi 5 hari sebelum dan selepas hari kesuburan adalah waktu yang dianggarkan tidak boleh bersama isteri ataupun terpaksa menggunakan cara kontraseptif yang lain.

Ada juga yang meletakkan 3 hari sebelum dan selepas waktu subur. Ini lebih rapat dan lebih berisiko. Terpulang kepada anda sendiri. Seperti yang saya khabarkan tadi, cara ini tidak beberapa tepat dan mempunyai risiko yang tersendiri.

Mas harap info ini boleh membantu pasangan suami isteri menganggar waktu yang terbaik untuk bersama dan waktu terbaik untuk mengelak daripada bersama.



Monday, November 22, 2010

Jatuh Cinta ♥

OMG!!
masuk kali ni je dah baper kali ku dilamun cinta..!! tapi biasanya kalau jatuh cinta pun paling lama pun 2 3 hari jer...paling tidak pun bila terpandang dan terserempak je...kali ni memang teruk,setiap masa dan saat mesti nak tengok...arghhh.!!mengapa mesti ada perasaan ini...gara² "SI DIA" tido malam tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang dan segala²nyalah...setahu mas dulu masa jatuh cinta dengan hubby takdelah sampai macam ni.!! Betul² dah parah...jangan tak tahu kat PC pun mas letak gambar "SI DIA" sebagai wallpaper..!! lantaklah orang cakap dia tak hensem, tak gagah, tak mewah...bagi mas si dia memang dah cukup sempurna bagi diri mas...!!!
*hati meronta² untuk melamarnya*


apa korang ni, janganlah salah sangka dan tuduh mas yang bukan². Ingat mas nak sangat ke jatuh cinta lagi dan menduakan hubby dan mentigakan sayang mas...
actually masa mula² mas kenalkan hubby dengan si dia,hubby mas tak cakap apa² pun cuma hubby senyum je dan bagi line hijau. siap hubby cakap lagi baguslah kalau mas dah suka, so lepas ni kalau hubby sibuk pun mas boleh ajak si dia keluar walau kemana saja mas nak pergi.
*baikkan my hubby tapi sayang wife dy dah jatuh cinta dengan yang lain*

psssttt...
u alls nak kenal tak dengan "si dia"??
tapi janji yer dengan mas jangan jatuh cinta gak..
tapi kalau u alls nak jatuh cinta gak mas tak boleh nak halang..
*kembar dy ramai*

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v













Friday, November 12, 2010

Wayang

























huhuhhu...akhirnya berjaya juga tengok filem CUTI-CUTI CINTA.. bukan apa barulah hari ini berkesempatan untuk menonton wayang..actually dah lama giler tak menjejakkan kaki ke panggung wayang, rasanya kalau tak silap mas last pergi masa tengok citer ADNAN SEMPIT... dan kalau boleh setiap jumaat nak lepak dalam panggung wayang *JUMAAT- rehat lama so ada masa*

Lepas ni plan nak tengok citer ni plak...:-

1. RAPUNZEL

























    2. NGANGKUNG

















    3. AKU MASIH DARA

    Wednesday, November 10, 2010

    ~ SUSUK ~














    SUSUK??
    apa itu susuk?? jangan salah sangka dengan tajuk mas kali ini. bukan mas nak pakai pun tapi sebagai manusia memang ada sesetengah yang tak pernah berpuashati dengan kurniaan ALLAH swt. Pasal apa buat tajuk ni? hehehe, sebenarnya mas terpanggil nak buat tajuk ni sebab malam tadi termimpi pasal ada sorang hamba ALLAH ini yang memakai susuk demi untuk mencantikkan dirinya agar dicintai,dihormati,disenangi dan untuk buat orang lain di perbodohkan!! saper dia?? entah...tak pernah wujud pun dalam hidup mas..!*lain kali nak masuk dalam mimpi mas beri salam dulu yer*

    Oklah, tak nak panjang citer dan membebel tak sudah2..macam biasa mas jumpa en.google dan bertanya pasal SUSUK?? nak tahu apa jawapan en.google bagi?? jom ikuti temubual mas bersama en.google... ;p

    Susuk
    merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna. Diantara kebaikan yang kononnya boleh didapati dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dsb.
    Pemakai susuk biasanya mempunyai beberapa pantang larang seperti tidak boleh memakan beberapa bahan tertentu iaitu pisang tanduk, pisang abu, tidak boleh melintas di bawah tali kain, dan lain-lain, bergantung kepada jenis susuk yang dipakainya.
    Susuk yang dipakai dikatakan boleh dikesan melalui perubatan moden, contohnya melalui X-ray.

    JENIS
    Terdapat pelbagai jenis susuk yang boleh digunakan, antaranya yang dikelaskan menurut bahan:
    1. Logam

    • Susuk Emas











    • Susuk Perak






    • Susuk Besi






    • Susuk Raksa








    2. Galian
    • Susuk Berlian









    3. Organik
    • Susuk Susu











    KEBAIKAN
    • Pemakai susuk percaya bahawa susuk itu akan membantu mereka menjadi bertambah cantik, bertambah berani, semakin dikasih, semakin manis, dan lain-lain kebolehan menurut susuk yang dipakai.

    KEBURUKAN
    • Pemakai susuk terpaksa mematuhi pantang-larang tertentu. Sekiranya terlanggar pantang-larang, susuk itu akan keluar dengan sendirinya dan menjadi tawar.
    • Susuk ini terpaksa dibuang, sebaiknya oleh dukun yang memakaikan susuk itu, ataupun melalui cara yang diajari. Sekiranya dukun tersebut telah mati atau cara membuang susuk tidak dipelajari, pemakai susuk ini sukar hendak mati.
    • Jika si pemakai susuk melanggar pantang larang, maka susuk yang dipakainya boleh juga menjadi racun kepadanya.
    • Susuk HARAM dipakai terutamanya bagi yang beragama ISLAM, kerana susuk adalah sejenis ilmu hitam yang menyesatkan dan murtad pada sesiapa yang melakukannya.

    CONTOH PANTANG LARANG
    Antara makanan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk).
    • Labu air










    • Pisang tanduk







    • Daun kelor








    • Sate








    Antara perbuatan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk).
    • Melalui bawah penyidaian
    • Melalui di bawah tangga/rumah

    PENILAIAN SECARA SAINTIFIK

    Pemakai susuk biasanya akan merasa lebih yakin kerana menganggap susuk tersebut akan memberi kelebihan seperti menjadi bertambah cantik, bertambah berani, semakin dikasih, semakin manis, dan lain-lain. Dengan itu, bolehlah dianggap susuk ini sebagai satu cara meningkatkan keyakinan diri (self-esteem) seseorang, walaupun sebenarnya tidak ada apa-apa perubahan fizikal yang berlaku.


    Tuesday, November 9, 2010

    Mari Jaga Kesihatan Tulang Belakang


    erm..dah lama x update blog ni kan..windu plak nak taip2..tapi kali ni mas bukan nak citer pasal diri mas pun *sikit jelah*, semua orang ada tulang belakangkan? begitu juga dengan mas tapi tulang belakang mas ni dah pun dinodai sikit masa nak bersalin dulu

    *kena suntik dengan jarum doktor pakar masa nak cesarean dulu*...!!

    So,dengan bantuan encik GOOGLE mas pun searclah pasal tulang belakang ni...then terus jumpa...;p

    Dah baca2 mas pun amiklah kesempatan untuk men "copy cat" artikel ni.
    Jemput baca yer..bagus nie!!

    Salah satu bagian tubuh yang sering kali diabaikan kesehatannya adalah tulang punggung. Padahal, di bagian inilah terdapat segala pusat saraf yang menghubungkan bagian-bagian tubuh dengan otak.

    Sadarkah Anda bahwa setiap kegiatan dan aktivitas yang salah bisa menyakiti tulang belakang kita? Melakukan aktivitas untuk menjaga tulang belakang tetap bagus tak hanya berguna untuk kebaikan dan kesehatan, tetapi juga untuk menjaga postur tubuh tegak dan sehat.


    (foto:dok:google)

    Berikut adalah tips untuk menjaga postur untuk menjaga tulang belakang Anda

    1. Ketika akan mengangkat barang atau bayi dari lantai, tekuk lutut Anda, jangan membungkuk. Ketika Anda membungkuk dan mengangkat barang berat dari lantai, hal ini bisa menyakiti dan membebani tulang punggung dengan beban terberat. Salah-salah, malah bisa terjadi kram atau dislokasi. Ketika akan mengangkat barang berat dari lantai, usahakan untuk menjaga tulang belakang tetap lurus. Tekuk kaki Anda untuk menyejajarkan diri dengan barang tersebut. Angkat barang tersebut dekat dengan tubuh, lalu perlahan berdiri kembali.

    2. Begitu pula ketika Anda akan menaruh barang berat ke tempat yang tingginya di atas kepala Anda, usahakan jangan mengangkat barang tersebut lebih tinggi dari pundak Anda. Jika Anda akan menyimpan barang berat di tempat yang tinggi, gunakan tangga atau kursi. Mengangkat beban berat di atas batas pundak Anda bisa menyebabkan tulang belakang mendapat tekanan yang sangat besar.

    3. Ganti posisi sesering mungkin jika Anda harus berdiri dalam waktu lama. Misalnya saat Anda berdiri sambil menyetrika baju, gunakan dingklik atau kursi kecil untuk menaruh kaki Anda bergantian. Ini perlu untuk menyeimbangkan dan mengganti tumpuan berat badan. Berdirilah tegak, jangan membungkuk dengan kepala tegak.

    4. Berjalanlah dengan tegak, dengan kepala menatap ke depan dan punggung lurus. Berjalanlah dengan postur tegak, pandangan ke depan, dan ujung-ujung kaki menunjuk ke lurus ke depan. Gunakan sepatu yang nyaman dan berhak tipis. Hindari berdiri dengan posisi yang sama dalam waktu lama. Jangan berjalan membungkuk, hindari menggunakan sepatu berhak tinggi dalam waktu lama.

    5. Ketika di dalam mobil, duduklah tegak, majukan tempat duduk pengendara agar kaki Anda lebih dekat dengan pedal. Usahakan kedua lutut Anda sejajar dengan pinggul. Sokong punggung bagian bawah dengan handuk gulung atau penyokong tulang belakang khusus. Jangan duduk terlalu jauh dari setir. Perhatikan kaki Anda ketika menginjak pedal. Jika terlalu jauh, dekatkan, karena ketika otot kaki tiba-tiba meregang tanpa pemanasan bisa menyebabkan kram dan tekanan di tulang punggung.

    6. Saat duduk di depan komputer atau di depan televisi yang biasanya akan berlangsung lama, pastikan paha Anda sejajar dengan lantai, jangan sampai kaki menekuk terlalu tinggi (berarti lutut Anda lebih tinggi dari paha) atau kaki Anda menggantung jauh dari lantai. Biarkan kedua telapak kaki Anda rata di lantai dan punggung Anda mendapatkan dukungan dari belakang kursi.

    Untuk lebih amannya, berikan gulungan handuk di bagian punggung bawah. Pastikan pandangan Anda lurus ke depan, tidak menunduk atau melihat ke atas. Posisi yang tak nyaman dalam waktu lama bisa menyebabkan kram otot.

    7. Saat tidur, manusia memang memiliki kebiasaan dan posisi nyamannya masing-masing. Namun, untuk menjaga agar tulang punggung tetap baik, pastikan tempat tidurnya cukup keras dan rata. Ketika tidur dengan posisi menyamping, tekuk sedikit lutut, biarkan kedua lutut tersebut bertumpukan.

    Jika Anda tidur telentang, berikan bantal kecil di bawah lutut. Hindari tidur telungkup, karena ini bisa menyakiti tulang belakang Anda. Hindari tidur di media yang terlalu lembut, seperti sofa, karena hal ini tidak bisa menyokong tulang punggung.