Friday, December 13, 2013

Barangan Bayi : SOGO + Mydin + Harta Keluarga

Oh ya lupa pula nak update barangan ni. Belinya dah lama 
(masa kandungan mas 5 bulan kalau tak silap),
jadi bendanya dah basi. So layan gambar jelah.


HASIL REMBATAN DI MYDIN JALAN TAR

sapa yang tau pasal clearance stock barangan Mydin ni mesti ada pergi sebab katanya nak tutup kedai. Mas tau pasal benda ni pun dari kawan. So bila ada masa pergilah juga. Manalah tau kot-kot ada yang tersangkut. Jadi masa pergi ni memang tak rugi lah. Giler-giler punya murah. 

Antara barang yang diambil :-


1. Barut Bayi 
(Jenama : ANAKKU)



2.  Sarung Tangan dan Kaki
(Jenama : ANAKKU)



3.  Topi 
(Jenama : ANAKKU)



HASIL REMBATAN DI SOGO MEMBERCARD DAY

Masa beli ni pun boleh dikategorikan murah sangat berbanding harga asal sekarangkan.
Jadi antara barang yang sempat diambil 


1. Lampin 
(Jenama : PUREEN)


2. Tuala Mandi 
(Jenama : PUREEN)



3. Baju dan Seluar Lubang (3 pasang)
(Jenama : PUREEN)


4. Stokin Mama dalam pantang (3 pasang)
(Jenama : RENOMA)



HASIL REMBATAN DI KAMPUNGKU

 1. Kain Batik (6 pasang)
> semua mamaku punya, separuh orang bagi separuh beli


2. Pakaian  Anak Buah 
> semua kakak iparku bagi, milik anak buah DAMIA
* x elok membazir beli baju, so semua ni jadi turun temurun*



* agak-agak boleh teka tak anak apa dalam kandunganku ini??*
heheheheheehehe
(tutup muka nyorok dalam selimut)


PEMBERIAN DARI KAKAK IPARKU (KL)

1. Pati Ikan Haruan Ginseng

> masa ni kebetulan anaknya (anak buah suami) pantang, katanya dia dah tak lalu nak makan. Jadi dari membazir diberikanlah kepada mas. Ini pun dah bersyukur... jimat sikit. heheheh



So, ada sesiapa lagi nak sponsor?? jangan malu jangan segan.. mas menerima dengan tangan terbuka.




Keterujaan masuk Ekspo Baby



Tajuk memang tahap kesian.... al maklumlah jarang sekali nak join nak pergi ekspo...melainkan kalau memang betul-betul perlu. Sebelum ni biasanya pergi teman rakan sekerja pergi Pesta Buku dekat PWTC dan sekali juga pernah join rakan sekerja juga ekspo pakaian bayi dan anak. Tapi itu semua dolu, juz teman sahaja..*tiada perasaan lagi nak membeli dan dalam erti kata lain bukan kepentingan sangat*

Tapi sejak anak kedua ni bakal lahir, perasaan xcited nak pergi Ekspo membuak-buak, kiranya orang kata hujan panas sanggup ku redahi. chewah. Kiranya sekarang ni bila dengar je ada ekspo pasal bayi dan kanak-kanak, KUASA LUAR BIASA datang secara tiba-tiba. Al maklumlah ramai orang kata time ekspo ni lah banyak barang-barang yang kita perlukan murah-murah je berbanding harga diluar. Bolehlah kita ni berjimat sikit walaupun nan hado..

Tepat 9 pagi gagahkan kaki ni pergi ke KL Sentral untuk naik KTM, dan alhamdulillah sampai ditempat destinasi dalam kul 9.30 pagi  *mama kembong takleh jalan lelaju nanti cepat letih*. berdiri tegak dan terpacak depan pintu ekspo tu macam kayu. Punyalah ekcited nak masuk kononya nak feeling-feeling orang terawal masuk.... tetapi dalam masa tak sampai beberapa minit, punyalah ramai orang terus meluru ke depan. Oh..rupanya bukan orang nak masuk nak beli barang bayi je rupanya ada juga mak dan bapa sibukkan nak masukkan anak jadi model, untung-untung anak boleh jadi cover depan majalah Pa&Ma.


Tepat jam 10.10 pagi pintu ekspo ni dah pun terbuka... menonong semua orang masuk. macam mas sebab ni pertama kali so memang xde pengalamanlah. pakai masuk je terus dan kelam kabut nak pergi booth Pureen. tetapi langkah tetiba terhenti sebab pelik juga, kenapa semua orang beratur kat sebelah line kanan...rupa-rupanya nak amik goodies bag.. Jadi dengan xnak tunjuk kejanggalan mas dan kak hasni pun meluru jugalah masuk untuk dapatkan goodies bag. macam biasa kena isi detail sikit. Lepas dapat cepat-cepat lari lelaju pergi booth Pureen... booth lain tolak tepi dulu... 

So, dari jalan punya jalan beli sana beli sini, adalah dapat juga barang bayi dan barang mamanya, walaupun x sebanyak orang lain... tak nak cite panjang-panjang, jadi layankan jelah gambar ok... *idea dah xde*



# rembatan pertama di booth Pureen 
beli untuk adik kenalah beli sekali ngan abangnya punya
* mandian abang Kids Yogourt Head To Toe perisa  Bubble
* Mandian Si Kecik Baby Yogourt
* Baby Wipes Satu Set
* Sabun basuh Pakaian Bayi


#rembatan kedua di booth Pureen juga
* Set Bantal 


#rembatan ketiga di booth Pureen
* sarung tangan & kaki yang super duper comel



#rembatan pertama di booth Drypers
# set hadiah sebenarnya ni. tapi sebab ianya comel dan lengkap dengan segala barang jadi mas rembat


dalamnya ada barang seperti diatas :
 * Pampers New Born 14pcs
* Baby Wipes Drypers
* Mandian
* Syampu
* Mandian & Syampu (set)
* Bedak


#rembatan kedua di booth Drypers
* Pampers New Born Dan Size S
(beli 2 - RM 45.00)
(beli 4 - RM 90.00)


yang ni adalah baju ala-ala bedung tu..
yang ni mas tak beli tapi dapat percuma pabila membeli pampers 4 pek dengan harga RM 90.00
Kebetulan masa ni kawan mas pun nak beli pampers untuk anak buah dia, so tu yang bergabung



# rembatan ketiga yang tak dirancang
* Pad 
* masa ni pun Librese buat promotion dalam 2 pek (ada 3 bungkusan) baru RM 20.00
Percuma beg lagi..


Itu jelah barang yang berjaya dirembat masa Ekspo Baby dekat Mid Valley hari tu, nak beli borong banyak-banyak tak cukup tangan. Lagipun orang kata beli ikut keperluan dulu. Yang lain-lain beli kemudian.

Tapi dengar cerita tahun depan bulan Januari akan ada lagi ekspo ni, tetapi sayang sebab masa tu mungkin mas dalam PANTANG. So terlepaslah nak pergi kan..
Tapi yang pasti memang tak rugilah pergi... padanlah setiap kali ekspo mesti ramai orang dan jalan sesak. 

Wednesday, December 11, 2013

SAYA NAK BERSALIN NORMAL, Doktor!!

10/12/2013, Selasa
semalam ada sesi temujanji dengan Doktor Hospital Kuala Lumpur, so 7.40 pagi lagi dah ada dekat Klinik O&G. Macam biasalah prosedur nya macam kat klinik-klinik kerajaan yang lain. Daftar, cek urine, ambil tekanan dan berat. Selepas itu kenalah panggil dengan staff pratikal ni untuk "booking", selain dari tu bermacam2 soalan lah yang ditanya tentang sejarah kelahiran lama, pasal latarbelakang keluarga kita, belah suami kita dll. Dah soal jawab bagai,  kena tunggu sesi scan plak, then lepas tu barulah p jumpa doktor.
Sebab musabab kena jumpa doktor ni, tak lain tak bukan pasal kes sejarah lampau kelahiran anak pertama mas. Al maklumlah bila dah pertama kali operate, orang kata comfirm anak kedua pun akan operate juga. Tapi ada juga setengah orang dapat melahirkan anak kedua secara normal. Semuanya bergantung kepada nasib. Wallahualam...
Jadi, dari perbualan dan perbincangan, doktor macam biasa akan bagi dua kaedah sama ada mas still nak operate atau cuba bersalin Normal... bila dah tanya mas, dah tentu-tentulah mas akan cakap NORMAL.. sebab yang pertama dulu pun bukan mas yang terhegeh-hegeh nak operate tapi disebabkan ingin menyelamatkan nyawa anak yang ku kandung selama 38 minggu tu. Harap-harap kali ni biarlah air ketubanku pecah sendiri, masa yang pertama dulu baru bukaan 4cm dah doktor pakar pecahkan air ketuban dengan alasan nak mempercepatkan bukaan dan laluan bayi. So, doktor ada terangkanlah risiko-risiko jika pilih operate atau normal. Peningkan doktor tu jika nak tunggu mas dok fikir lelama nak bersalin ikut kaedah mana (FINAL), pesakit ramai lagi kat luar tu..hehehe.. jadi buatlah temujanji di hari lain untuk dapatkan keputusan muktamad. 

* kaedah kelahiran pertama mas dahulu*

masa ni mas dibius separuh badan sahaja, dan yang paling seronok dapat tengok secara "LIVE" melalui cermin lampu / lampu cermin dekat atas tu macam mana anak bujangku dikeluarkan..


tetapi kali ni untuk kelahiran kedua

SAYA NAK BERSALIN NORMAL, Doktor!!


Tapi bila balik tu, ada jugalah terlintas difikiran mas, susah2 macam ni Operate jelah... sebabnya mas dah pernah lalui detik macam ni kan.. tapi bagi mas, setiap wanita didunia ini semua nak lahirkan anaknya secara Normal. Kadang-kadang bila dah duduk sorang-sorang kepala otak dok rewang bercakap "tak sempurna jadi seorang wanita, isteri dan ibu jika aku tak boleh bersalin normal"...  meroyan sekejap
Jadi balik je dari hospital tu, cepat-cepat buka internet dan cuba cari pengalaman dan sejarah pabila melahirkan anak kedua secara normal selepas operate. Dari segi pembacaan mas, normal atau operate tak penting , yang penting sekali adalah dari dalam diri kita sendiri, pembawakan kita, kecekalan kita dan ketabahan kita selepas mengharungi proses bersalin. InsyaAllah jika mental kita kuat, tidak mustahil kita boleh melahirkan anak secara normal. Semuanya atas kekuasaan Allah swt. 
Apa yang penting sekarang, mas kena bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. InsyaAllah, kalau ikut pengiraan minggu depan dah genap 9 bulan (36 minggu), dan bila-bila masa sahaja si kecik ni akan keluar melihat dunia. Apa-apa pun doakan mas dan bayi dalam keadaan sihat dan selamat ye. 

#copypaste dari majalah Pa&Ma berhubung dengan Kelahiran Normal selepas Caesarean
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selepas melalui pembedahan caesarean di kelahiran pertama, anda boleh berusaha untuk bersalin secara normal pula di kelahiran akan datang.

Impian melahirkan bayi yang dikandung secara normal selepas pernah menjalani pembedahan caesarean sememangnya menjadi matlamat kebanyakan para wanita hamil. Sudah menjadi fitrah buat seseorang wanita itu untuk cuba melahirkan anaknya menerusi faraj tanpa perlu melalui pembedahan yang sarat dengan pelbagai risiko yang boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri mahupun bayi yang dikandung.

Yakinilah bahawa usaha anda untuk mencuba kelahiran normal selepas caesarean atau lebih dikenali sebagai VBAC adalah lebih selamat dan kurang berisiko berbanding pembedahan caesarean untuk sekian kalinya.

Malah, pada masa kini kebanyakan doktor mengesyorkan kelahiran normal selepas pembedahan caesarean sekiranya beberapa aspek penting tertentu dipenuhi terlebih dahulu. Oleh yang demikian, jika anda bercadang untuk berusaha ke arah VBAC, dapatkan pandangan daripada doktor pakar yang memeriksa kehamilan anda sebelum mengambil sebarang keputusan.

Lazimnya, masih selamat untuk anda menjalani VBAC jika pernah menjalani satu pembedahan caesarean sebelum ini.

Walau bagaimanapun, VBAC tidak sama sekali disyorkan kepada anda yang pernah menjalani dua atau lebih pembedahan caesarean. VBAC boleh dicuba sekiranya :
1. Anda hanya ada satu parut yang rendah dari sisi ke sisi daripada pembedahan caesarean terdahulu.
2. Punca pembedahan terdahulu tidak berlaku dalam kehamilan terkini, Contohnya seperti bayi besar, tekanan darah tinggi dan diabetes.
3. Tiada sebab untuk anda menjalani kelahiran secara caesarean sepanjang kehamilan kali ini seperti komplikasi placenta praevia (uri bawah).
4. Pembedahan caesarean terdahulu bukan pembedahan klasikal.
5. Pelvis bersaiz normal.

Risiko
Untuk pengetahuan anda, wanita yang cuba untuk VBAC selepas pernah menjalani caesarean berkemungkinan kecil akan mendapati parut pada rahimnya terbuka semasa mengalami sakit kontraksi kelahiran. Komplikasi yang dikenali sebagai pecah rahim ini boleh membahayakan nyawa anda dan bayi dalam kandungan juga.

Namun begitu, risiko untuk rahim pecah dengan VBAC kehamilan tunggal (kajian tidak menunjukkan keputusan untuk kehamilan berganda) adalah hanya di antara satu hingga dua peratus. Hal ini kerana risiko untuk parut terbuka dan seterusnya menyebabkan rahim pecah adalah sangat rendah semasa VBAC sekiranya anda hanya ada satu parut yang rendah. Pada masa yang sama proses kelahiran tidak dimulakan dengan penggunaan ubat pencetus kontraksi.

Risiko sebegini lebih kerap terjadi pada pembedahan klasikal di mana hirisan rahim dibuat secara menegak dan bukannya melintang seperti yang kerap dilakukan oleh doktor pada zaman sekarang. Ketahuilah, rahim pecah sangat jarang berlaku kerana hirisan secara menegak tidak lagi diamalkan.

Biar apa pun risikonya, VBAC hanya boleh dijalankan oleh hospital yang mampu menjalankan pembedahan caesarean secara kecemasan. Untuk makluman, jika anda telah mencuba untuk VBAC tetapi malangnya masih memerlukan pembedahan caesarean, risiko menghadapi jangkitan adalah lebih tinggi berbanding daripada terus menjalani caesarean.

Kebaikan VBAC
Sesungguhnya terdapat banyak kelebihannya jika anda memilih bersalin secara normal.
1. Jalin Ikatan Dengan Bayi
Anda berupaya untuk menjalinkan hubungan dengan bayi baru lahir lebih awal. Ini dapat dilakukan apabila anda boleh terus memegang bayi selepas melahirkannya berbanding pembedahan caesarean. Anda juga boleh mula menyusukan bayi dengan susu ibu sejurus selepas kelahiran. Menyusukan bayi selepas melahirkannya secara normal lebih senang kerana anda tidak perlu menanggung kesakitan di bahagian jahitan pembedahan.

2. Lebih Selamat
VBAC akan mengurangkan kemungkinan anda mendapat jangkitan dan kehilangan darah yang serius atau mengalami komplikasi yang berkaitan dengan risiko pembedahan.

3. Pemulihan Yang Cepat
Jangka masa untuk anda tinggal di hospital adalah lebih singkat selepas VBAC. Tempoh yang lebih pendek di hospital membolehkan anda menghabiskan lebih banyak masa menjalani rutin penyembuhan di rumah. Dalam pada masa yang sama juga, anda mampu untuk mengembalikan tenaga dan stamina dengan lebih cepat disebabkan kurangnya kesakitan yang dialami selepas melahirkan.

4. Kurang Komplikasi
Dengan VBAC, anda dapat mencegah daripada berlakunya komplikasi tumpah darah yang banyak, darah beku di kaki, jangkitan kuman pada usus dan pundi kencing.

5. Elakkan Pertambahan Parut
Pertambahan parut pada bahagian rahim kesan daripada pembedahan caesarean dapat dihindari dengan VBAC. Aspek ini sangat penting bagi membolehkan anda merancang untuk menambah bilangan anak. Hal ini kerana semakin banyak parut pada rahim, semakin tinggi risiko untuk bersalin di kelahiran seterusnya.

6. Bayi Turut Mendapat Manfaat
Kelebihannya dapat dirasai oleh bayi apabila dia kurang risiko untuk dilahirkan secara pramatang, kurang masalah pernafasan selepas lahir dan paling penting kurang berisiko untuk menghadapi kematian.

7. Kurang Mahal
Prosedur VBAC adalah lebih murah berbanding pembedahan caesarean yang terancang. Hal ini kerana kosnya jauh lebih murah.

Thursday, December 5, 2013

#copypaste : Persiapan Menyambut Bayi Baru

As Salam,

Dalam keterujaan menyambut bayi baru, mas nak ucapkan Takziah pada semua penduduk Sekitar Pantai Timur (Pahang, Kelantan dan Terengganu) diatas bencana alam- banjir. Mas doakan semuanya selamat. Nak menolong dari segi duit memang tidaklah berkemampuan, yang mampu hanya menadah tangan dan memohon semoga bencana alam ni berakhir dengan cepat. Amin.

macam biasa juga, nak menaip dan mengarang sangatlah tiada idea. sekarang kerjanya hanyalah #CopyPaste aje...



******************************************************************************************

Persiapan Menyambut Bayi Baru
Menyediakan barangan kelengkapan bayi adalah pengalaman yang sangat mengujakan bagi ramai ibu bapa baru. Namun, tanpa perancangan rapi, mereka mungkin terbeli barangan yang tidak sepatutnya dan tertinggal yang mesti dibeli. Inilah pentingnya senarai semak barangan kelengkapan bayi.
Walau bagaimanapun, sebelum membuat senarai semak tersebut anda dinasihatkan agar mendapatkan nasihat serta pandangan individu yang lebih berpengalaman. Pada masa yang sama, pastikan barangan yang bakal dibeli itu mengikut kemampuan kewangan anda.

Pakaian Bayi
Pada masa ini ada banyak pilihan pakaian bayi di pasaran. Bagi yang pertama kali membeli, pasti rambang mata. Jadi, berhati-hatilah. Sebagai permulaan, anda dinasihatkan agar membeli pakaian asas bayi sahaja. Pakaian lain seperti gaun atau seluar denim belilah setelah bayi besar sedikit. Semasa membeli pakaian bayi baru lahir, anda digalakkan agar membeli pakaian bersaiz besar iaitu yang bersaiz enam bulan ke atas. Hal ini kerana kita tidak tahu saiz sebenar bayi yang dikandung. Lagipun, bayi cepat membesar. Jika pakaian yang dibeli kecil, tempoh pemakaiannya sangat pendek.
Pakaian asas ialah: 
  • Baju lengan pendek
  • Baju lengan panjang
  • Seluar pendek
  • Seluar panjang
  • Barut
  • Sarung kaki
  • Sarung tangan
  • Kain bedung
  • Topi

Lampin
Anda boleh memilih sama ada ingin menggunakan lampin pakai buang atau lampin kain moden. Bagi kebanyakan ibu bapa baru yang mula peka terhadap saranan penjagaan alam sekitar, mereka lebih gemar memilih lampin kain moden. Lampin kain moden ini juga dikatakan lebih selamat untuk kulit bayi yang sememangnya sensitif.  Pada masa yang sama, lampin kain moden ini lebih menjimatkan kerana boleh dipakai selama tiga tahun. Untuk permulaan, seseorang bayi itu memerlukan enam hingga tujuh helai lampin kain moden.
Namun, sekiranya anda lebih selesa anak menggunakan lampin pakai buang, anda hanya perlu membeli satu pek lampin bersaiz kecil iaitu untuk bayi baru lahir. Tetapi, anda perlu juga menyediakan lampin pakai buang bersaiz ‘S’ sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya bayi yang lahir itu besar.
Tidak kira sama ada lampin kain moden atau lampin pakai buang, berikut adalah kelengkapan yang perlu disediakan.
  • Lampin pakaian buang atau lampin kain moden
  • Pelapik lampin (jika anda menggunakan lampin kain moden)
  • Tisu basah
  • Alas atau pelapik untuk menukar lampin
  • Beg lampin (digunakan untuk mengisi lampin ketika keluar dari rumah)

Set mandian
Kulit bayi sangat sensitif. Mungkin ada produk mandian bayi tidak sesuai untuk kulit mereka. Oleh itu, anda disarankan agar hanya membeli pek percubaan atau pek kembara untuk melihat kesesuaian produk tersebut dengan kulit bayi anda. Sekiranya sesuai, barulah membeli pek yang lebih besar.
Untuk membersihkan tubuh bayi anda, dapatkan barangan seperti di bawah ini:
  • Besen mandi bayi
  • Tuala mandi
  • Tuala muka
  • Cecair mandian
  • Syampu

Set penjagaan bayi
Bagi memastikan bayi anda sentiasa bersih dan rasa selesa, ada beberapa barangan kelengkapannya perlu disediakan. Barangan tersebut ialah:
  • Losen bayi
  • Minyak bayi
  • Bedak bayi
  • Sikat atau berus rambut
  • Minyak telon
  • Alat pemotong kuku
  • Kapas muka
  • Krim ruam lampin
  • Termometer digital

Tidur
Jika anda ingin tidur bersama bayi (co-sleeping) bagi melancarkan proses penyusuan susu ibu terutamanya pada waktu malam, katil bayi tidak perlu dibeli dahulu. Tunggulah sehingga bayi sudah sedikit besar. Ianya penting untuk membeli barangan yang sesuai untuk bayi bagi mengelakkan risiko bayi lemas ketika tidur.
Agar bayi anda rasa selesa semasa tidur, sediakan barangan berikut:
  • Tilam
  • Bantal kepala
  • Bantal peluk
  • Cadar
  • Selimut

Penyusuan
Susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi terutamanya dalam tempoh enam bulan pertama mereka. Walaupun begitu, terpulanglah kepada masing-masing. Berikut merupakan barangan kelengkapan untuk memudahkan proses penyusuan.
Penyusuan susu ibu:
  • Pam payu dara (manual / bateri / elektrik)
  • Bekas penyimpanan susu ibu
  • Beg pendingin
  • Nursing cover
Penyusuan susu formula:
  • Botol susu bebas BPA
  • Puting botol susu
  • Berus botol
  • Bekas untuk menyimpan susu formula
  • Bekas menyimpan air panas
  • Bekas menyimpan air kosong
  • Alat steril botol susu

Thursday, November 28, 2013

#copypaste : Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam

Keriangan sebagai ibu bapa apatah lagi beragama Islam ketika menerima kelahiran anak patut diiringi dengan ucapan kesyukuran kepada Yang Maha Kuasa.

Islam sebagai agama yang menggariskan panduan hidup yang sempurna patut dijadikan pedoman kepada semua penganutnya. Adab-adab menyambut kelahiran bayi seharusnya menjadi amalan kepada semua ibu bapa yang menerima kelahiran zuriat. Menurut Ustaz Abu Hasan Al Ash’ari Zakaria, Konsultan Umrah Akademi Mutawwif Trainning and Consultancy, terdapat beberapa panduan yang patut dilakukan oleh ibu bapa sebaik anak yang dikandung selamat lahir ke dunia.

Sebelum itu, Ustaz Abu Hasan yang juga berpengalaman sebagai penceramah di stesyen radio dan televisyen ini menyuruh pasangan suami isteri dan keluarganya mengamalkan bacaan doa Nabi Yunus, Surah Al-Anbiaq ayat 87 supaya mudah bersalin.

Antara adab-adab yang disunatkan dalam Islam adalah seperti berikut :

1. Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran kepada Allah. Suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok dilakukan sebaik sahaja anak keluar daripada rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah (tasbih, takbir dan tahmid).

2. Mengikut hadis sahih daripada Abu Daud dan Tarmizi, sunat untuk diazankan di telinga bayi sebab ia dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w ketika cucu baginda, Hassan lahir. Imam Ibnu Qayyium memberitahu azan dilakukan supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang didengar oleh bayi.

Sementara Sheikh Muhammad Ali Qutub pula menyamakan seruan azan/iqamat seperti bacaan talqin. Kelahiran bayi bermaksud bayi berpindah dari alam rahim ke alam dunia, seruan azan mengingatkan bayi tentang tanggungjawabnya di dunia. Sebab itu bayi menangis ketika baru lahir ke dunia.

3. Memohon doa keselamatan untuk anak supaya dijauhkan daripada gangguan syaitan. Apa-apa sahaja doa yang diketahui oleh ibu bapa boleh dibacakan. Nabi Muhammad s.a.w juga melakukan amalan ini apabila cucundanya lahir. Amalan ini disebut dalam hadis sahih dari Bukhari. Ustaz Abu Hasan mengingatkan ibu bapa agar jangan sekali-kali melakukan amalan meletakkan gunting, paku dan sebagainya lagi di bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan yang khurafat.

4. Sunat memberi ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak. Ia ada disebut dalam kitab Imam An-Nawawi. Tujuannya untuk menghulurkan rasa kegembiraan kepada seluruh ahli keluarga yang memperoleh cahaya mata baharu selain mengeratkan kemesraan dan ikatan silaturrahim di antara mereka. Disarankan mereka yang berkunjung melawat bayi turut menghulurkan buah tangan seperti hadiah, wang dan sebagainya kepada ibu bapa tersebut.

5. Tanam uri dengan segera kerana ia adalah benda kotor dan najis. Menurut Ustaz Abu Hasan, uri tersebut tidak perlu dibersihkan seperti dilakukan sesetengah masyarat yang membersihkan uri dengan garam dan asam gelugor. Sebaiknya bungkus terus dan segera ditanam. Elok ditanam di tanah yang keras dengan mencangkul dalam tanah untuk mengelakkan daripada dikorek dan dimakan binatang. Selain itu dia juga mengingatkan ibu bapa agar jangan percaya kepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain kerana percaya memberi nasib yang baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.

6. Sunat menamakan anak yang baharu lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yang akan dipanggil di hari akhirat kelak. Nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.

7. Sunat melakukkan tahnik atau belah mulut bayi baharu lahir. Tahnik ialah mengunyah buah kurma dan diletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi. Tahnik bertujuan memohon kepada Allah SWT supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yang fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat walaupun perkara ini boleh dilakukan oleh orang yang soleh namun bapa kepada anak tersebut lebih utama melakukan tahnik untuk anaknya kerana hadis riwayat oleh Tirmizi menyebutkan salah satu doa yang paling mustajab ialah doa ibu bapa untuk anaknya”.

8. Sunat membuat aqiqah yang bermaksud penyembelihan binatang ternakan seperti kambing,lembu,kerbau atau unta dan lebih afdal dilakukan pada hari ketujuh kelahiran bayi. Hadis Abu Daud ada menyebut aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT supaya mendekatkan anak kepada Allah. Daging sembelihan hendaklah disedekahkan kepada orang sekeliling supaya mereka tahu tentang kelahiran anak anda. Tetapi jika ibu bapa tidak mampu melakukan aqiqah tersebut dalam masa terdekat, ia boleh dilakukan sebelum aqil baligh si anak. Sunah Rasulullah menyuruh aqiqah dua ekor kambing bagi anak lelaki dan seekor kambing bagi anak perempuan.

9. Mencukur jambul atau rambut anak yang baharu lahir. Menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Ini sebagai tanda permulaan kehidupan anak kecil sebagai manusia dan hamba di sisi Allah selain menggalakkan pertumbuhan rambut baharu yang lebih sihat. Selalunya majlis kenduri diadakan untuk menyambut kelahiran bayi. Sesiapa sahaja boleh menggunting rambut baik tetapi lebih baik jika dilakukan orang yang soleh dan keluarga terdekat. Menggunakan buah kelapa dan segala macam campuran seperti garam, beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dibenarkan kerana amalan ini diambil daripada budaya Hindu.

10. Mengkhatankan anak. Hadis daripada Al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh. Berkhatan bagi lelaki bertujuan untuk kebersihan, mencegah penyakit dan seksual. Perkara ini menjadi sunat kepada kaum perempuan dan satu kewajiban bagi lelaki. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bagi perempuan.

Wednesday, November 6, 2013

Tidurku Tak Lena

Pabila dah genap usia kandunganku 7 bulan....bermacam-macam dugaan ku tempuhi. Antaranya TIDUR! arghhh...sangatlah stress bila tidur tidak selena dulu...sekarang ni jangan katakan nak bermimpi, nak keluarkan air liur basi pun belum tentu. Tapi memandangkan anak didalam rahimku sedang membesar...segala dugaan dan cabaran ku tempuhi dengan tabah.

So bila tak dapat nak tidur lena, jari-jemari  ni pun dengan gatalnya dok godek-godek internet. Sebenarnya memang dah tahu sejak dari azali lagi, pabila ibu mengandung memang banyak ragam. Dari banyak-banyak website yang mas baca, satu artikel ni sesuai. Jadi dengan erti kata lain, mas pun nak kongsikanlah dengan ibu-ibu diluar (terutama sekali yang pertama kali hamil).

#copypaste Posisi Tidur Pa&Ma


****************************************************


Di awal usia kehamilan, anda berupaya untuk tidur nyenyak. Walau bagaimanapun, apabila kandungan semakin membesar, tidur lena mula terganggu. Ikuti hasil selidikan Pa&Ma tentang posisi tidur terbaik.
Ketika perut belum lagi membesar di trimester awal kehamilan, anda dapat tidur tanpa gangguan. Malah posisi tidur pun dapat dipelbagaikan tanpa banyak halangan. Namun, apabila bayi yang dikandung semakin membesar dari sehari ke sehari, maka saat itulah tidur terganggu dek kerana saiz perut, pergerakan bayi mahupun masalah kekejangan kaki.
Setakat ini belum ada penyelidikan lebih lanjut yang dilakukan berkaitan posisi tidur untuk wanita hamil. Walau bagaimanapun, pakar perubatan sangat menggalakkan anda untuk tidur secara mengiring terutamanya selepas minggu ke-16 kehamilan.
Dalam pada itu, sebaik-baiknya mengiring ke sisi kiri kerana posisi sebegini memastikan bayi mendapat aliran darah yang lebih lancar. Ia disebabkan inferior vena cava di bahagian belakang sebelah kanan tulang belakang mengembalikan darah dari tubuh bahagian bawah ke jantung. Dengan mengiring ke kiri, ia turut membantu buah pinggang menjalankan aktiviti perkumuhan dengan baik lalu mengurangkan masalah pembengkakan di bahagian kaki, pergelangan kaki dan tangan.
Tidur dengan posisi mengiring ke kanan juga baik. Jadi, anda boleh mengubah posisi ke kanan dan ke kiri agar tidur lebih selesa. Bagi yang kekok untuk tidur dalam posisi sebegini, ada baiknya mula membiasakan diri sejak di awal kehamilan lagi. Bagi mendapatkan tidur dengan posisi mengiring yang lebih selesa, anda boleh meletakkan bantal di antara paha dan di punggung. Anda juga boleh menggunakan bantal tidur yang disediakan khusus untuk ibu hamil.
Selepas hamil 16 minggu, anda tidak lagi digalakkan untuk tidur secara menelentang. Hal ini disebabkan anda akan meletakkan seluruh berat rahim ke bahagian belakang, usus dan iinferior vena cava. Tidur dalam keadaan posisi terlentang juga akan meningkatkan risiko sakit pinggang, buasir, menjejas sistem pencernaan, menyukarkan pernafasan dan mengganggu peredaran darah.
Selain itu, ia turut mempengaruhi tekanan darah. Ada segelintirnya mengalami penurunan tekanan darah hingga menyebabkan masalah pening kepala. Tidak kurang, ada juga yang mengalami peningkatan tekanan darah. Oleh kerana itu, jika anda mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil, posisi ini sama sekali tidak boleh dipraktikkan.
Bagi yang tiada komplikasi pula, anda masih boleh sekali-sekala tidur terlentang, tetapi jangan terlalu lama. Jika ingin bangun dari tidur secara terlentang pula, dinasihatkan agar tidak melakukannya secara mendadak.

12 Panduan Atasi Masalah Tidur

1. Posisi tidur mengiring ke kiri
Memandangkan posisi tidur terbaik yang disyorkan sepanjang hamil ialah tidur mengiring ke kiri maka, usahakan untuk tidur dalam posisi ini setiap malam.
2. Mandi air suam
Sebelum tidur, mandi dengan air suam. Rasa segar yang bangkit akan memudahkan anda lena.
3. Elak makan terlalu banyak sebelum tidur
Anda mungkin kerap berasa lapar walaupun ketika sudah tiba masa untuk tidur. Untuk itu, hindari daripada makan terlalu banyak. Alternatifnya, anda boleh mengambil makanan ringan yang lebih berkhasiat.
4. Minum Susu Suam
Kandungan asid amino tryptophan di dalam susu yang meningkatkan kadar serotonin ke dalam otak akan membantu anda untuk tidur nyenyak.
5. Amalan Tarik Nafas
Latihan menarik nafas yang teratur dapat membantu mengurangkan ketegangan otot sekali gus membantu anda untuk tidur lebih baik. Dalam keadaan duduk, berdiri atau berbaring, tarik nafas melalui hidung secara perlahan dan tahan nafas selama satu hingga dua saat. Kemudian hembus dan keluarkan nafas melalui mulut secara perlahan-lahan. Lakukannya dalam ulangan 10 kali.
6. Bersenam
Senaman yang dilakukan secara teratur dapat mengurangkan masalah kekejangan kaki. Namun, adalah tidak digalakkan untuk anda bersenam beberapa jam sebelum tidur kerana endorfin dan adrenalin yang dirembeskan akan membuat mata anda kekal berjaga.
7. Bantal Yang Menyangga
Sangga perut mahupun pinggang dengan bantal bersesuaian. Ia akan membantu menyelaras pinggul dan tulang belakang untuk mendapatkan keselesaan berpanjangan ketika tidur.
8. Suhu Bilik
Sensasi panas yang kerap dialami di penghujung kehamilan sedikit sebanyak mengganggu tidur. Jadi, pastikan suhu bilik anda sentiasa nyaman. Jika tidak menggunakan penghawa dingin, pasti aliran udara di dalam bilik sentiasa lancar agar tidak menimbulkan kepanasan melampau.
9. Katil Yang Selesa
Keadaan katil yang selesa tentu sahaja dapat menimbulkan keselesaan kepada anda yang mula mengalami masalah tidur terutamanya di penghujung usia kehamilan. Pastikan tilam yang digunakan berkualiti baik dan memberi sokongan yang baik kepada tulang belakang. Sekurang-kurangnya ia membantu anda tidur dengan lena tanpa perlu risau dengan komplikasi lain yang timbul akibat penggunaan katil yang kurang baik.
10. Rutin Tidur
Biasakan diri untuk melakukan rutin menenangkan setiap kali sebelum tidur. Sebagai contoh, mandi menggunakan air suam diikuti mendandan diri dengan menyapu pelembap di bahagian tubuh yang bermasalah kering ketika hamil ini dan selanjutnya membaca bahan bacaan ringan sebelum melelapkan mata. Dengan yang demikian, minda akan diselaraskan untuk mengetahui rutin ini merupakan petunjuk bahawa sudah tiba masanya untuk tidur.
11. Pakaian Tidur
Baju tidur yang disarungkan turut memainkan peranan penting. Oleh yang demikian, pakai baju tidur yang mampu menyerap peluh dengan baik. Hal ini kerana pakaian yang tidak bersesuaian mungkin akan menyebabkan sensasi panas yang biasa dialami di akhir trimester kehamilan mengganggu tidur anda.
12. Suasana Bilik Tidur
Keadaan bilik yang tenang dan nyaman pasti mengundang mood anda yang keletihan seharian untuk tidur dengan nyenyak. Anda boleh mewujudkan suasana sebegini dengan memastikan bilik sentiasa berkeadaan kemas, menggunakan lampu malap selain menyembur wangian atau minyak aromaterapi yang mampu meninggalkan aroma segar sepanjang anda tidur.

Saturday, November 2, 2013

TRIMISTER KETIGA (minggu ke 29- 40)


Minggu ke-29. Postur kita akan kelihatan lebih besar pada bahagian hadapan. Pada masa ini kulit bayi dalam kandungan semakin merah. Namun ia kelihatan agak berkedut sedikit dan lelemak sudah mula terkumpul pada bahagian bawah kulit. Kelopak matanya juga telah terbuka dan sistem pendengaran telah terbentuk dengan sempurna.

Seterusnya minggu ke-30. Perlu banyak berehat. Jika  tidak bekerja, pastikan mendapat rehat yang cukup pada hari siang. Pada waktu malamnya pula, pastikan tidur awal dan dapat tidur dengan selesa. Tips tidur - angkat sedikit kaki dan letakkan beberapa biji bantal di bawahnya. Jadi minggu-minggu terakhir ini kita secara rumusannya perlukan rehat yang cukup dan selesa.

Memasuki minggu ke-31. Bagi sesetengah wanita hamil akan mendapati tanda kesan regangan merah pada perutnya. Manakala pada payu daranya pula akan kelihatan salur darah yang agak jelas timbul. Ketika ini kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Panjang badannya kini boleh mencecah 37 cm dengan berat 900 g.


Minggu ke-32 pula, bayi kita telah mengalami pertambahan berat badan. Ia mencapai 1.6 kg. Secara normal kedudukan kepala bayi masih berada di bawah. Menyentuh soal hubungan suami isteri pula, sesetengah wanita hamil akan berasa bimbang apabila melakukan persetubuhan kerana takut ia mencederakan bayi yang dikandung. Sebenarnya,  tidak perlu risau untuk melakukan hubungan seks ketika ini kerana ia tidak akan mencederakan bayi.

Minggu ke-33, bayi kita telah memiliki rupa parasnya yang tersendiri. Rupa inilah nanti yang bakal puan lihat apabila dia lahir kelak. Malah, bayi kita juga sudah boleh membezakan antara terang dengan gelap. Sebagai ibu, inilah masanya perlu mendapatkan seberapa bayak rehat yang boleh. Cubalah berbaring sebentar pada waktu tengahari kerana  mungkin penat ekoran membawa perut yang membesar.

Minggu ke-34, kedudukan bayi pada ketika ini telah betul-betul berada pada pintu rahim. Panjang bayi kira-kira 40.5 cm. Sekarang bayi  telah terbentuk dengan sempurna dan badannya juga sudah seimbang. Masa ini lemak semakin terkumpul dengan pesatnya di bawah kulit bayi. Jadi bayi kelihatan agak tembam.

Minggu ke-35 pula, akan berlaku perubahan pada diri. Kita akan merasai kesukaran untuk bernafas, membuang air kecil dengan lebih kerap dan seringkali tidak dapat mengawal air kencing apabila terbatuk, bersin, atau tertawa dengan kuat. Manakala garisan gelap yang mengarah ke bawah perut sudah menjadi lebih ketara dan menonjol. Kita perlu melakukan beberapa senaman termasuklah senaman pelvik untuk menguatkan rahim.

Bagi mereka yang bekerja, minggu ke-36 pula sewajarnya sudah mengambil cuti dan berehat di rumah. Perlu mengelakkan keletihan dan kelesuan. Senantiasa angkat kaki dan letakkan di atas bantal ataupun objek tinggi untuk mengelakkan urat timbul atau "varicose vein" dan bengkak kaki. Bayi pada masa ini sudah membesar dan saiznya memenuhi ruang uterus puan pada ketika ini dan akan berasa perut begitu penuh, sarat dan sukar untuk membuat sebarang pergerakan.


Bila sudah tiba minggu ke-37, kepala bayi mungkin sudah turun ke ruang pelvik. Bonjolan ketara pada perut akan semakin membesar. Bentuk bayi dalam kandungan juga semakin membulat dan kulitnya bertukar menjadi merah jambu. Rambutnya tumbuh dengan lebat dan bertambah sebanyak 5 cm. Kuku lembut telah terbentuk pada hujung jari tangan dan kaki.

Pada minggu ke-38,  tentu akan dapat merasa keadaan pundi kencing yang sedikit tertekan dan ini akan menyebabkan kita kerap mahu membuang air kencing.

Seterusnya bayi akan memasuki minggu ke-39, saat hampir bersalin minggu kedua terakhir sebelum bersalin. Perut kita sudah begitu besar dan berat. Buat masa ini kita perlu fokuskan fikiran kepada perkara-perkara positif dan bayangkan pemandangan indah. Kita perlu pastikan segala persediaan untuk melahirkan telah siap dikemas dan diletakkan di tempat yang muda diambil.

Minggu ke-40 adalah minggu terakhir dan memasuki minggu ini adalah saat yang ditunggu-tunggu. Kita akan merasa tidak selesa dan tegang pada bahagian abdomen dan akan merasa sedikit gatal. Kita juga akan mual, rasa kebas pada bahagian kaki. Bayi kita dalam kandungan kini telah bersedia untuk dilahirkan. Panjangnya sudah 51 cm dan beratnya telah menjangkau 3.4 kg. Jadi impian kita dan suami kini akan menjadi kenyataan dalam sedikit masa sahaja lagi.


#Semoga anak di dalam rahimku sihat, sempurna dan dilahirkan tepat pada masanya tanpa sebarang komplikasi...doakan semoga mas dapat melahirkan si kecil no2 ni dengan Normal... Amin. 

* Mama , Ayah dan Abang Nadzmy tidak sabar untuk berjumpa dengan kamu...

Tuesday, October 29, 2013

Set Bersalin Idaman Hati

Pening kepala nak beli yang mana satu set bersalin sekarang... kalau dulu senang je sebab tak banyak sangat set bersalin. kalau ada pun tak silap mas semua nya jenis tradisional (buatan sendiri). tapi sekarang...dah pelbagai set yang keluar, harga dari murah ke mahal, ada bengkung, ada tungku dan pelbagai lagi.

Macam dulu, mas hanya pakai Set Bersalin Mustika Ratu Jamu Selapan, kiranya 44 hari berpantang, LENGKAP!. cuma bezanya dulu takdelah bengkung dan tungku bagai...kiranya orang sekarang sangatlah beruntung, bezanya dulu dengan sekarang harganya memang berbeza. masa zaman mas dulu (2006) dalam bawah RM 200.00 pun dah dapat. Sekarang ni, dapat memang dapat tapi banyak yang tak lengkap.

So bila tak de kerja dan waktu cuti ada juga g jalan-jalan survey segala kelengkapan set bersalin ni dari yang murah hinggalah ke mahal. Kiranya orang kata bukan setakat jenama je tapi dari segi kebaikan. Tapi bagi mas satu je, beli lah mengikut tahap kemampuan kita, al-maklumlah zaman sekarang ni banyak menggunakan wang. Untuk apa beli mahal-mahal tetapi pakainya hanya 2 3 barang je yang ada dalam set tu.

Dari banyak-banyak set bersalin yang mas survey, kiranya mas memang amatlah berpuas hati dengan set bersalin ni, kiranya menjadi Idaman Hatilah. Harganya pun xde lah mahal sangat kan (masih dalam budget kewangan), dan yang paling utama sekali xdelah nak kena makan berbotol-botol ubat kapsul. heheeheh (sebabnya diri sendiri tak suka makan ubat pil).


SET BERSALIN MAK BIDAN
RM 199.00 
 Kandungan :-

Pati Herba Mak Bidan
Pilis & Param Mak Bidan
Krim Panas Mak Bidan
Kapsul Jamu Mak Bidan
Tungku Herba Mak Bidan
Perawan  Herbal Wash
Minyak Telon




Keterangan :-

PATI HERBA MAK BIDAN
Menambah tenaga & memberi kesegaran selepas melalui proses bersalin. Memulihkan dan menyihatkan rahim serta dapat menyembuhkan luka jahitan.

# Diambil mulai hari pertama sehongga hari ke 20 selepas bersalin.
* 1 sudu pagi & 1 sudu petang selepas makan.


PILIS & PARAM MAK BIDAN
Dibuat daripada herba-herba terbaik bagi membuang angin dalam badan serta mencantikkan kulit dan memanaskan badan. Digunakan sebagai lulur untuk membersihkan kulit badan. Boleh digunakan dibahagian dahi bagi menyejukkan mata & kepala serta mengelakkan kepala pening. Di datangkan dalam bentuk cecair yang memudakan penggunaan & tidak perlu dibancuh.

# Di gunakan selepas menggunakan Krim Panas Mak Bidan. 
* Sapu di seluruh badan dan di dahi 
(kecuali payudara & perut)


KRIM PANAS MAK BIDAN
Dapat mengeluarkan angin dalam badan & memanaskan badan. Membakar lemak serta melangsingkan badan juga mengurangkan selulit, senggugut serta mencantikan kulit.

# Di gunakan sebagai krim urutan selepas bersalin.
* Sapukan diseluruh badan terutama di bahagian perut sebelum memakai bengkung. Seterusnya di bahagian peha, punggung & lengan bagi tujuan mengurangkan selulit & membakar lemak. 
(jangan sapu di bahagian payudara bagi wanita yang menyusukan bayi)


KAPSUL JAMU MAK BIDAN
Merapatkan otot vagina, serta mengecutkan rahim. Dalam masa yang sama ianya juga dapat melangsingkan badan & menambahkan tenaga serta menyihatkan badan.

#Mulai hari 21 ke 40 selepas bersalin.
* ambil 1 biji 3 kali sehari
**Banyakkan minum air suam


TUNGKU HERBA MAK BIDAN
Di gunakan untuk mengecutkan peranakan, malancarkan perjalanan darah dan membuang angin serta dapat membuang darah kotor dalam badan.

* kukus tungku selama 15-20 minit sebelum digunakan


PERAWAN HERBAL WASH
Pencuci alat sulit wanita yang berfungsi untuk membersih alat sulit agar sentiasa bersih & segar sepanjang hari.

* titiskan Perawan Herbal Wash pada tapak tangan dan cuci pada alat sulit wanita hingga berbuih. Bilas sehingga bersih.


MINYAK TELON
Digunakan untuk mengatasi masalah perut kembung & menghangatkan tubuh bayi

* sapu dibahagian perut, dada, belakang badan, tapak kaki bayi.


Tambahan barang:

BENGKUNG MAK BIDAN
RM 37.00



Diperbuat daripada kain belacu asli yang bermutu tinggi dan selesa digunakan. Mempunyai diameter yang besar, panjang dan mampu menutupi seluruh perut bermula dari bawah payudara hingga ke pinggul. Ianya mudah digunakan walaupun bersendirian kerana mempunyai 2 ikatan tali. Selain dari pantang, ianya juga boleh digunakan walau selepas habis pantang bagi mengekalkan kecantikan bentuk badan. Pengunaan berterusan bengkung Mak Bidan ini dapat merapatkan Otot Vagina serta membentuk kembali pinggul wanita yang kembang selepas bersalin persis anak dara.


# Langkah 1
* Lipat kain bengkung bermula dari kiri ke kanan
* Lipat kain bengkung sebelah kanan pula ke kiri

#Langkah 2
* Masukkan tali disebelah kiri lubang jahitan disebalah kanan dari bawah
* Selepas itu masukkan pula tali disebelah kanan ke kiri berselang sehingga sampai ke lubang yang terakhir yang berada di paras bawah dada.

#Langkah 3
* Setelah sampai ke paras lubang yang terakhir, lilitkan ke dua-dua tali yang berlebih tadi ke belakang dengan cara bersilang (seperti anda mengikat tali kasut yang panjang)
* Lilit sehingga simpula yang terakhir berada di bahagian hadapan dan anda telah pun siap berbengkung.

~ * ~ * ~ * ~ * ~ * ~

Jadi nak tahu kesasihan produk ni kenalah tunggu lepas mas bersalin nanti ye.
lepas tu baru mas akan review. 
manalah tahukan tetiba lepas pantang badan ku kembali langsing seperti zaman anak dara dulu... 

* seperti Datin Shahida (bekas ahli kumpulan Solehah)




Friday, October 18, 2013

Hello Ms. Jezzlyn

Sabtu, 12 Oktober 2013

Temujanji   :  2.20 petang - 2.40 petang
Lokasi       :  Klinik Fauziah dan Rakan-rakan, Ampang

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

sebenarnya tak pernah terfikir pun nak buat scan 3d4d, yelah sebabnya dulu-dulu mana ada lagi buat 3d4d scan ni kan..... dulu hanya 2d je... so bila hamil kali ini, xcited jugalah nak buat... pujuk-pujuk encik suami then dia pun setuju... nak juga tengok belakang tabir apa yang si anak dalam perut ni buat... huhuh..

ok, actually appointment sepatutnya berlaku dalam jam 2.20 petang... tapi disebabkan cakap besar kepoyoan encik suami (katanya sabtu time tu jalan tak sesak sebabnya ramai orang dah balik kampung sebab Raya Haji), so geraklah lambat sikit. Sekali.....hambik kau...punyalah sesak...dan sampai kat Klinik Fauziah tu dalam pukul 3.30 petang. mula-mula takut gak sebab dah terlepas masa kan, bila tanya ngan nurse kat situ dia kata tak apa...syukur Alhamdulillah...cuma kena menunggu jelah...

bila sampai je masa kita orang, punyalah berdebar-debar dan seronok sangat. mula-mula masa kena panggil masuk bilik scan tu, ingatkan yang panggil tu adalah nurse, rupa-rupanya adalah ms. Jezzlyn sendiri... memang mula-mula macam tak percaya je, sebabnya orangnya kecik je, amoi-amoi betul... macam budak tingkatan 5 pun ada.. hehehe.. so macam biasalah, kena baring...kena pusing kiri, pusing kanan, scan punya scan dan borak-borak...akhirnya semua telah selesai...memang amat MEMUASKAN layanan dari ms. Jezzlyn ni... so kiranya memang tak rugilah buat apppointment. Memang betul kata orang, ms. Jezzlyn ni memang pandai pujuk si kecik ni tunjuk muka...macam-macam dia cakap ngan si kecik. dan akhirnya dengan paksa rela si kecik ni tayang muka comel kat kita...bahagia hidup mak...

tapi selepas diambil kira kata-kata encik suami, mas hanya nak kongsikan sahaja "sedikit" dari hasil scan 3d4d...


*maaf Mama, saya belum bersedia lagi*


So, kepada bakal-bakal ibu atau seangkatannya...mas dengan yakin mengajak korang-korang semua buat scan dengan Ms. Jezzlyn. Harga bagi scan nya boleh tahan dan berbaloi dengan layanannya... 

berikut adalah link bagi kaum ibu yang nak tahu pakej-pakejnya, dan juga kalau nak buat appointment..

  1. Facebook 3d4d Scan 
  2. Blog 3d4d Scan
  3. Pakej 3d4d scan
  4. Appointment

InsyaAllah, jika tiada apa-apa aral melintang, selepas kelahiran si kecik ini mas akan kongsikan kesemua hasil dari gambar scan 3d4d scan tersebut.