Monday, July 26, 2010

MELANCONG!!!

sape nak g melancong dan pernah melancong???
Tak kiralah dalam atau luar Malaysia..macam mas, belum pernah lagi melancong..
seingat mas yang pernah pergi pun cuma Genting Highlands..tempat lain belum pernah lagi.
so untuk langkah persediaan mas juz nak share ngan korang tentang hal ini...
huhuhu artikel ini pun mas dapat dari surat khabar METRO.
Jom sama2 kita baca dan semoga ini dapat dijadikan persediaan untuk yang mana tak pernah pergi melancong.

LANGKAH PERSEDIAAN SEBELUM MELANCONG

Percutian antara aktiviti yang memerlukan kita melakukan pelbagai perancangan termasuk bajet agar tidak berlaku pembaziran serta memastikan percutian lancar tanpa masalah. Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan memaksimumkan bajet.
  • Buat tempahan lebih awal
Industri pelancongan banyak bergantung kepada keaadaan ekonomi sesebuah negara serta permintaan pelancong sama tempatan atau asing dan sehubungan itu, lebih baik menempah tiket penerbangan awal, beberapa bulan sebelum tarikh kita melancong.
Tempoh itu membolehkan kita merancang percutian dengan teliti supaya tidak mengalami masalah sama ada sebelum atau selepas percutian.
Jika lewat membuat tempahan atau pada saat-saat akhir , mungkin berlaku kesesakan dan kita sukar mendapat tiket serta penginapan. Jika ada pun penginapan mungkin tidak sempurna.
  • Pengangkutan
Dapatkan maklumat mencukupi mengenai tempat atau negara yang ingin dilawati supaya lebih selesa dan mudah bergerak serta merancang aktiviti dan tempat yang bakal dilawati.
Pilih pengangkutan paling murah serta pemandu pelancong yang mengetahui selok belok kawasan percutian untuk mengelakkan ditipu serta sesat.
  • Perbelanjaan
Anda juga perlu mengetahui kadar tukaran wang negara yang ingin dilawati supaya sesuai dengan bajet yang anda sediakan serta tidak tertipu ketika menukar wang. Mengetahui kadar tukaran wang membolehkan anda merancang perbelanjaan terutama ketika membeli-belah.
Selain itu juga anda boleh memilih menyediakan sendiri makanan bagi menjimatkan belanja tetapi ia jarang dilakukan kecuali mereka yang ingin melakukan aktiviti lasak ketika bercuti.
  • Melawat negara yang menawarkan pakej percutian murah
Pilih negara yang menawarkan pakej percutian murah bagi mengelak pembaziran. Tiada salahnya jika pakej yang dipilih murah tapi diisi dengan pelbagai aktiviti menarik sepanjang percutian. Oleh itu, sebelum memutuskan untuk ke suatu destinasi selidik terlebih dahulu tempat-tempat menarik yang ada disana agar kepuasan ketika bercuti boleh dirasai sepenuhnya.
  • Lebih jimat jika bercuti berkumpulan
Bercuti secara berkumpulan banyak keistemewaan terutama keselamatan. Sekurang-kurangnya kita rasa selamat berada di tempat orang bersama rakan yang boleh saling membantu jika menghadapi masalah.
  • Melakukan akiviti perkhemahan
Bagi mendapatkan kepuasan lebih ketika bercuti, anda juga boleh menambah aktiviti lasak seperti berkhemah kerana selain menjimatkan, mampu memberi pengalaman baru berada ditempat orang.

No comments: