Tuesday, September 7, 2010

Salam Lebaran


Salam Aidil Fitri & Maaf Zahir Batin dari Mas sekeluarga utk semua kenalan.

Oh ya tahun ni giliran mas beraya di kampung asben (Tapah,Perak)..sebab tahun lepas dan kampung mas..huhuhu..!! tapi kalau ikutkan hati setiap tahun nak raya kat kampung mas
(Port Dickson,N9).
Actually dari sejak kawen lagi mas dan asben dah mengamalkan sistem ikut giliran..so peratus nak bergaduh amatlah kurang...!!

Oklah mas xnak cerita panjang2 sebab korang semua mesti dah x sabar nak beraya..,
kepada yg memandu, mas nak ajak semua pemandu2, copilot & penumpang untuk amalkan beberapa amalan iaitu 'Dah Check'? Ini adalah beberapa petua keselamatan sebenarnya. Bila diamal selalu, insyaAllah akan jadi automatik.
* copy dari 1 forum*

Antaranya yang terpenting:
  • Check kenderaan semue ok ... especially yang mana2 bawa kereta2 conti, breakdown tengah jalan haru plak
  • Check semua keadaan rumah ok ... sebarang unsur2 yang boleh menarik minat penyangak2 (maling) jangan sesekali diundang
  • Kalau nasib baik sebab ade jiran yg BBM atau BSPlah kampungnya ... pesanlah kita akan balik
  • Lain2 pesanan ialah sama yang macam biasa pak polisi bagi ...
  • Dalam kenderaan - pastikan alat2 keselamatan yang simple & portable dibawa bersama. Contohnya - mini fire xtinguisher, tools, kayu selengan untuk self defense
  • Masuk kenderaan ... mulakanlah dengan doa/bacaan sepertimana yang disunnahkan oleh Rasulullah SAW
  • Kalau ada rasa ngantuk sikit2 masa drive, boleh buat senaman ringan dalam kereta, seperti picit telinga, picit hidung, picit bahu, sedut nafas melayu, buat gulung ekor naga, minum ECPI water dan macam2 lagi gerakan yang tak membahayakan
  • Kalau ngantuk jugak, berhentilah kat hentian rehat & rawat untuk tidur sekejap
  • Opps satu lagi, jangan seronok sangat, besederhanalah dan selalu ingat kepada Allah. Kalau boleh, sambil2 drive tu, bawa2lah dengar VCD kuliah/tazkirah/forum yang menambah ilmu, memberi kefahaman & mendekatkan kita kepada Allah.

Kadang2 bila tak buat checklist walaupun ianya common sense, kita boleh terlupa.



No comments: