Wednesday, November 10, 2010

~ SUSUK ~














SUSUK??
apa itu susuk?? jangan salah sangka dengan tajuk mas kali ini. bukan mas nak pakai pun tapi sebagai manusia memang ada sesetengah yang tak pernah berpuashati dengan kurniaan ALLAH swt. Pasal apa buat tajuk ni? hehehe, sebenarnya mas terpanggil nak buat tajuk ni sebab malam tadi termimpi pasal ada sorang hamba ALLAH ini yang memakai susuk demi untuk mencantikkan dirinya agar dicintai,dihormati,disenangi dan untuk buat orang lain di perbodohkan!! saper dia?? entah...tak pernah wujud pun dalam hidup mas..!*lain kali nak masuk dalam mimpi mas beri salam dulu yer*

Oklah, tak nak panjang citer dan membebel tak sudah2..macam biasa mas jumpa en.google dan bertanya pasal SUSUK?? nak tahu apa jawapan en.google bagi?? jom ikuti temubual mas bersama en.google... ;p

Susuk
merujuk kepada memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna. Diantara kebaikan yang kononnya boleh didapati dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dsb.
Pemakai susuk biasanya mempunyai beberapa pantang larang seperti tidak boleh memakan beberapa bahan tertentu iaitu pisang tanduk, pisang abu, tidak boleh melintas di bawah tali kain, dan lain-lain, bergantung kepada jenis susuk yang dipakainya.
Susuk yang dipakai dikatakan boleh dikesan melalui perubatan moden, contohnya melalui X-ray.

JENIS
Terdapat pelbagai jenis susuk yang boleh digunakan, antaranya yang dikelaskan menurut bahan:
1. Logam

  • Susuk Emas











  • Susuk Perak






  • Susuk Besi






  • Susuk Raksa








2. Galian
  • Susuk Berlian









3. Organik
  • Susuk Susu











KEBAIKAN
  • Pemakai susuk percaya bahawa susuk itu akan membantu mereka menjadi bertambah cantik, bertambah berani, semakin dikasih, semakin manis, dan lain-lain kebolehan menurut susuk yang dipakai.

KEBURUKAN
  • Pemakai susuk terpaksa mematuhi pantang-larang tertentu. Sekiranya terlanggar pantang-larang, susuk itu akan keluar dengan sendirinya dan menjadi tawar.
  • Susuk ini terpaksa dibuang, sebaiknya oleh dukun yang memakaikan susuk itu, ataupun melalui cara yang diajari. Sekiranya dukun tersebut telah mati atau cara membuang susuk tidak dipelajari, pemakai susuk ini sukar hendak mati.
  • Jika si pemakai susuk melanggar pantang larang, maka susuk yang dipakainya boleh juga menjadi racun kepadanya.
  • Susuk HARAM dipakai terutamanya bagi yang beragama ISLAM, kerana susuk adalah sejenis ilmu hitam yang menyesatkan dan murtad pada sesiapa yang melakukannya.

CONTOH PANTANG LARANG
Antara makanan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk).
  • Labu air










  • Pisang tanduk







  • Daun kelor








  • Sate








Antara perbuatan yang menjadi pantang pemakai susuk (bergantung kepada jenis susuk).
  • Melalui bawah penyidaian
  • Melalui di bawah tangga/rumah

PENILAIAN SECARA SAINTIFIK

Pemakai susuk biasanya akan merasa lebih yakin kerana menganggap susuk tersebut akan memberi kelebihan seperti menjadi bertambah cantik, bertambah berani, semakin dikasih, semakin manis, dan lain-lain. Dengan itu, bolehlah dianggap susuk ini sebagai satu cara meningkatkan keyakinan diri (self-esteem) seseorang, walaupun sebenarnya tidak ada apa-apa perubahan fizikal yang berlaku.


2 comments:

cik mawar said...

wow..

mama nadzmy said...

apa yang wow nyer cik mawar?
xmo buat yer...sbb cik mawar dah cukup lawa..