Tuesday, March 23, 2010

Senaman Ringan (Regangan)


Melakukan senaman ringkas seketika semasa bekerja adalah suatu aktiviti yang baik, jika dilakukan dengan dengan teknik yang betul. Senama boleh menghilangkan ketegangan,merehatkan otot-otot, memperbaiki kelenturan sendi dan otot-otot serta meningkatkan pengedaran darah.


Cuma luangkan 5 minit senaman selepas 60 minit bekerja.


Senaman Mata

Sasaran : Otot disekeliling mata.
Tanpa mengelipkan mata,fokuskan renungan pada hujung hidung,tahan seketika dan pejamkan mata. Fokuskan mata antara bulu kening,tahan seketika dan pejamkan mata. Tanpa memusingkan kepala,fokuskan kedua-dua mata pada hujung bahu sebelah kanan,tahan seketika dan pejamkan mata. Lakukan untuk sebelah kiri pula. Akhir sekali pejamkan mata,letakkan tapak tangan pada mata dan rehat.

Gerakan Dagu
Sasaran : Regangan otot pada leher dan kepala
Dalam keadaan duduk,perlahan-lahan gerakkan dagu kebelakang seakan-akan membentuk 2 lapisan dagu dan tahan regangan selama 3 saat. Ulang 5 hingga 10 kali.

Regangan Tengkuk
Sasaran : Regangan pada otot-otot leher
Perlahan-lahan pusing kepala kekanan sehingga terasa regangan pada leher disebelah kiri. Tahan selama 3 saat,ulang sebanyak 10 kali untuk kedua belah arah.

Angkat Bahu
Sasaran : Otot-otot dibahagian tepi leher
Angkat bahu sehingga hampir mencecah telinga dan tahan selama 3 saat. Turunkan bahu dan tahan posisi tersebut selama 3 saat lagi. Lakukan senaman ini sebanyak 10 kali.

Regangan Tulang Selangka
Sasaran : Mengendurkan otot-otot bahu dan melonggarkan sendi
Dalam keadaan berdiri,tekan (squeeze) tulang bahu ke bawah dan ke dalam. Tahan 3 saat dan ulang 10 kali.

Tangan Melepasi Kepala
Sasaran : Regangan pada bahu dan otot-otot badan
Angkat tangan sehingga melepasi kepala. Tahan regangan selama 3 saat dan ulang sebanyak 10 kali bagi kedua-dua belah tangan.

Jangkauan Ke Atas
Sasaran : Otot-otot dada,belakang,bahu dan tisu-tisu pada bahu
Tangan berada pada posisi W dengan kedudukan pergelangan tangan di bawah ketinggian bahu. Perlahan-lahan angkat tangan sehingga melepasi kepala,tahan selama 3 saat dan ulang 10 kali.

Regangan Lengan dan Siku
Sasaran : Otot dan sambungan tisu luar dan dalam lengan dan siku
Tanga berada disisi,perlahan-lahan bengkokkan pergelangan tangan supaya tapak tangan megadap ke atas. Tangan berada disisi semula,bengkokkan pergelangan tangan supaya tapak tangan

Tapak Tangan Keatas Dan Kebawah
Sasaran : Otot didalam dan luar lengan
Perlahan-lahan pusing tapak tangan supaya ianya mengadap keatas dan tahan 3 saat. Kemudian pusing kearah bertentangan supaya tapak tangan mengadap kebawah dan tahan 3 saat. Ulang 10 kali untuk keudua belah tangan.

Regangan Tangan
Sasaran : Untuk meningkatkan dan melancarkan pergerakan tendon tangan dan lengan
Mulakan dengan jari lurus kehadapan. Kemudian tangan digengam. Selepas itu, hujung jari menyentuh tapak tangan dan akhir sekali bentukkan jari seperti pencangkut. Setiao sanaman tahan selama 3 saat. Ulang senaman sebanyak 5 kali bagi kedua-dua belah tangan.

Bengkok Badan Kebelakang
Sasaran : Regangan pada bahagian atas badan,pinggul dan sambungannya.
Letakkan tangan dibahagian atas punggung,perlahan-lahan bengkok ke belakang badan. Tahan selama 3 saat dan ulang 10 kali.

Kilas Badan
Sasaran : Tisu-tisu dan otot-otot pada tulang belakang
Dalam posisi duduk dan tangan bersilang,perlahan-lahan pusing bahagian atas badan sehingga terasa regangan pada otot-otot tulang belakang dan tahan selama 3 saat. Ulang 5 kali untuk kedua-dua arah.

Regangan Hamstring Dan Betis
Sasaran : Otot bawah peha,betis dan kaki
Dalam posisi duduk,luruskan kaki seperti dalam gambar sehingga terasa regangan pada bahagian bawah peha (hemstirngs). Kemudian,bengkokkan sendi kaki kedalam dan tahan selama 3 saat. Ulang 10 kali untuk kedua-dua belah kaki.

Tarik Dan Hembus Nafas
Mulakan dengan tangan berada disisi. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung dan hembuskannya melalui mulut. Ketika menarik nafas,tahan selama 4 saat dan 4 saat lagi ketika menghembus.

Senyuman
Berdiri dalam keadaan rehat,tarik nafas dalam-dalam beberapa kali dan mulakan senyuman. Tahan sekurang-kurangnya 30 saat.

Kaedah ini dapat mengurangkan ketegangan dan merehatkan otot-otot. Jika anda terasa muram,dukacita,tertekan,penat,marah atau lesu,cubalah senaman ringkas ini. Minda dan badan akan sama-sama bekerja. Jika anda merehatkan minda,ia juga akan merehatkan badan.


# hasil maklumat dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kementerian Sumber Manusia Malaysia)

Safety Campaign

wah wah hari nie ada perasmian Safety Campaign...macam2 aktiviti yang dianjurkan dalam minggu nie..antaranya safety logo contest,sport hazard dll..so malas nak citer panjang...tengok gambar sudah!!!

ucapan alu-aluan dari COO

potong reben..

Sunday, March 21, 2010

Majlis Kemuncak

awal2 pagi dah kena bangun...sape lagi yang kejutkan kalau bukan kaklongku....
"bangun bangun...dah kul 9 pagi dah..cepat siap nanti x sempat (nak berdandan/make up)..lagi satu nanti mama bising". argh mana cukuo tido nie,dahlah semalam tdo kul 4 pagi..tunggu semua dah mandi baru ku bangun then mandikan bucuk,siap2kan dy then turn aku plak mandi...!!!

bersiap2 then make up (myra yang make upkan sbb aku x pandai make up),ok puas hati terus bergerak ke destinasi...gerak kul 11.30 pagi sampai kul 12.00 tengahari. sampai2 pengantin tengah bersiap..erm...malas nak citer panjang2 sbb penat semalam pun x habis lagi...korang layan jelah gambar nie...!! bye....

sesampainya di umah pengantin

berarak (tepat jam 2.15 )

diatas pelamin

tepung tawar
~ masa ni mama menangis ~

makan beradap

opss...terlebih sudah

kami menang hadiah kereta


Tersesat dalam perjalanan..........

hurm...nilah akibatnya kalau 24jam asyik mengharapkan orang je yang bawa kereta....bila dah kena bawa orang plak ke suatu tempat sibuk nak print map dekat google...aduyai!!!

actually nak pergi ke majlis pernikahan kakak tiriku..sape lagi kalau bukan SABARIAH BINTI IDRIS...sebenarnya x rancang pun nak pergi ke majlis pernikahannya (19/3/2010),yelah sbb dalam kepala otak nak pergi keesokannya...tapi memandangkan mama nak x nak aku ringankan juga kakiku ini...dahlah dengan x pakai baju kurung tambah plak dengan x mandinya (almaklumlah mama ku amik dari ofis)... dengar je dyorang nak gerak dari Port Dickson,lintang pukang aku basuh muka,make up sikit,pakai perfume dll....

tunggu punya tunggu akhirnya mama dan keluargaku (semuanya perempuan sbb laki masing2 sibuk dengan kerja) sampai di opisku tepat jam 7.40 malam. aku pun turun then terus bergerak melalui DUTA...sebelum memulakan perjalanan macam2 doa kuhulurkan agar perjalananku sekeluarga selamat sampai hendakNya. nak dijadikan citer selang beberapa jam x juga sampai2 ke destinasinya...pelik gak!!! rupa2nya dah tersesat,ntah mana2 tempat...then call hubby tanya caner nak patah balik (dah hampir sampai ke Shah Alam)..yg mampu hubby cakap dy dah x boleh nak agak mana satu jalan nak kuar...OMG!!!! ikhtiar lain tanya orang,alhamdulillah akhirnya kami dapat gak keluar...then terus cari Subang Bestari...kami semua dah gembira sebab akhirnya sempat untuk menyaksikan majlis pernikahan...

kami sangka dugaan kami setakat tu jer...rupa2nya ada lagi!!! majlis pernikahannya bukanlah dibuat diSubang Bestari,rupa2nya last minute dibuat disurau berdekatan rumah lelaki,kalau x silap Saujana Utama. dalam hati kitaorang nie semua dah xleh nak berkata.yelah mana tak nya dengan sesat,penat then last2 tempat diubah...pengantin perempuan lupa nak bgtau. xpelah nak wat caner dah xde rezeki....tapi tetiba aku teringat pesan "mak mertuaku",dy kata kalau niat dihati nak pergi suatu tempat nak x nak kita kena berusaha untuk sampai ke destinasi tersebut..kan apa takut ada benda yang x elok jadi..so dalam keadaan penat dan amarah nie aku gagahkan jugak untuk mencari rumah pengantin lelaki,itu semua berpandukan pada perbualan telefon...setelah hampir 1 jam akhirnya kami sampai juga (10.30 malam) disurau tu tp sayang sebab majlisnya dah selesai...cuma sempat jumpa dalam kete jer....apa2 pun aku berpuas hati sbb dapat bawa juga mama ke majlis tersebut. (pengantin perempuan ni merupakan anak tiri mama..anak kepada arwah ayah bersama isteri lama).

then dah sampai ingat nak terus balik jer sbb dah lewat malam (bucuk tinggal kat umah),tp mama ajak singgah sekejap untuk tolong apa yang patut. so nak x nak ikutlah juga memandangkan aku jadi driver...borak punya borak akhirnya ada sesuatu yang mengganggu fikiranku...dan dalam erti kata lain perutku berbunyi..hahaahaha,then kitaorang semua makanlah...hantar mama ngan adik2 kat umah paksu terus aku,kaklong dan myra balik ke umahku untuk merehatkan badan..sampai umah tepat jam 2.30 pagi. mandi2,kemas apa yang patut terus tdo...ZZzzzzzzzzzzzz!!!!

ni gambar yang sempat diambil selepas majlis pernikahan...:-


walaupun penat still leh senyummm :)


bersanding selepas upacara pernikahan


bersama keluarga pihak perempuan
(aku jadi camerawoman)


nak balik posing sekali lagi!!

Wednesday, March 17, 2010

start keje tempat baru

sebenarnya yang start keje baru bukan diriku tp satu2 nya abang kandungku yang tersayang... so harap2 dia akan kekal bekerja ditempat baru tu (Legend Water Chalet,PD)...apa lagi inilah masanya kumpul duit dan cepat2 jadikan myra tu kakak ipar....bukan apa nak gak merasa dapat anak buah dari satu2nya abang kandung....masa yang diberikan adalah 6 bulan dari sekarang..!!!!

semoga berjaya hendaknya....


inilah dy abang kandungku....

Make Over...

ni xde keja buat keje namanya......
beginilah citenya...dah xde benda nak buat masa tue so apalagi..suhlah mak andam yang x bertauliah nie make upkan...kan apa saje2 jer sbb muka ni dah lama x di conteng..biasa conteng ala kadar jer,lagipun bukan kena bayar pun...nak jadi kakak ipar kenalah berkorban sikit. tp bila sekali tengok not bad...cuma kalau boleh dikurangkan sikit ketebalannya... so inilah dy result setelah dimake overkan oleh myra (FSIL)...cantik x???


so...inilah dy mak andamnya....CIK MYRA MEMEY (FSIL)



Serbu Umah


actually program ni selepas balik dari umah orang kawen (yana & wan),sbb dah janji nak x nak kena gak pergi...xde apa2 aktiviti cuma lepak2 then bawa si bujang pergi mandi kat swimming pool..niat dihati nak swim gak tp sebab x pandai berenang niat tu dilupakan...












Majlis Perkahwinan


~ YANA & WAN ~
06 / 03 /2010

SELAMAT PENGANTIN BARU....SEMOGA KEKAL ABADI.... (hehehe menyanyi plak)..

actually nilah hari yang ditunggu oleh aku...sbb apa sebab dapat jumpa balik kawan2 lama walaupun x ramai yang datang...tp berpuas hati....semuanya dah berubah oleh keadaan masa dan situasi...walaupun makanan x berapa nak cukup pada masa itu sbb orang yang datang terlalu2 ramai...hehehehe..apa2 pun semoga berkekalan hendakNya hingga ke akhir hayat...



ex-APGS


wif my hubby & my son


my frenz...LINDA aka ANGAH


Baru nak update citer....


erm....baru terasa nak buka blog nie...biasalah tahap kemalasan yang melampau-lampau..
macam 2 citer dan benda berlaku sepanjang minggu ni....oklah x nak citer panjang2 nanti meluat plak....

1. MY ANNIVERSARY
~ 25 February 2010 ~

pejam celik pejam celik dah genap 4 tahun perkahwinan aku bersama suamiku (NADZLY)..macam x percaya plak..yelah dah bermacam-macam dugaan dan cabaran yang kita orang hadapi....harap2 hubungan ni akan terus kekal selamanya hingga ke akhir hayat...!! AMIN

bunga yg dibeli dr GADIS & BUNGA
cantik sangat2


2. BALIK KAMPUNG
~25 February 2010 ~


macam biasalah bila cuti panjang aktiviti yang selalu kitaorang buat...balik kampung!!! tapi kali nie balik ke kampung halaman saya di PORT DICKSON..sbb jarang balik sana so betul2 luangkan masa dengan mama dan keluarga...happy sangat tengok dyorang seronok melayan kerenah anakku...si bujang tu apa lagi mestilah seronok sebab ada orang nak melayannya...


3. INTERVIEW
~ 27 February 2010 ~

erm....setelah beberapa tahun duduk di KL akhirnya angah nekad beralih angin untuk menetap dan bekerja di PORT DICKSON...interview di Legend Chalet,Port Dickson untuk jawatan Assistant Manager F&B...harap2 berjaya....actually aku gembira sebab ada orang yang akan tengok2kan mama selain dr kaklong sekeluarga....kata anak lelaki...kenalah berkorban..hehehehe.. dan kesian gak ngan my son sbb teman punya teman akhirnya tertidur dipangkuan ayahnya....(penatlah tu)...ini je yang sempat di tangkap oleh ayahnya...



bukan main lena si bucuk ni tidur