#copy+paste
Dalam masyarakat melayu terdapat banyak petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar sentiasa dipandang menarik, menawan dan cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua yang boleh diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai anak.
- BANGKIT BERSAMBUTapabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badam ke tilam tanpa menongkatkan badan dengan tangan. apabila mahu bangkit dari tidur, lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan, cecah ibu jari dengan kedua-dua tangan.
- WAJAH SUCIapabila bangun pagi, jika membasuh muka elakkan dari mencucinya menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang pengesat. biarkan air itu kering sendiri pada muka. jika mengambil air wuduk (sembahyang) pun, biarlah ia kering sendiri. ini berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan menjadikan muka bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
- MENYEGARKAN PAYUDARAapabila mandi, terutamanya diawal pagi, cucurkan air pancuran (air paip) ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan segar serta tidak mudah jatuh.
- TAMAN SEMERBAKamalkan memakan makanan yang segar seperti ulam-ulaman yang baunya wangi dan sayurannya wangi sejak dari perawan. nafas dan badan juga menjadi wangi.
- LUBANG JARUMlatih otot penahan kencing seolah-olah menahan diri dari membuang air kecil, kemutkan berulang-ulang. kemudian kemutkan pulan otot dubur seolah-olah mahu menahan dari buang air besar. jika boleh jadikan ia amalan setiap.
- SUARA PERINDUelakkan diri dari banyak memakan makanan yang pedas0-pedas atau yang agak panas. selalu minum air asam jawa. berlatih bercakap dengan mengawal nada suara sewenang-wenangnya. dikatakan bahawa suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
- MENGURUT PANGKAL BUNTING PADIbiasakan mengurut di pangkal betis iaitu dengan cara menekan dan memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. lakukan selalu kerana ianya baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila jima' setelah berkahwin nanti.
- PAYUDARA MONTOKelakkan dari meniarap diatas lantai sama ada di waktu siang atau malam. kerana meniarap dilantai akan mengendurkan payudaraWallahu'alam
No comments:
Post a Comment