Sunday, December 18, 2011

Memstar Chep Malaysia

selamat petang adik,kakak dan makcik sekalian. Terima kasih kerana sudi bersama dengan memstar kali ini. petang-petang yang sejuk ni (area umah memstar) tetiba terasa lapar dan tak semena-mena air liur memstar meleleh apabila teringat akan apam aiskrim soda mak memstar. dan sebab-sebab ketiadaan barang dan bahan-bahan nak buat so memstar cadang nak berkongsilah dengan penonton. u alls semua buat then hantar lah sikit kat  umah memstar ni ye. heheheheheheeh.. ;p

ok, sebelum nak memasak atau nak buat kuih ni yang utama sekali haruslah ada bahan-bahannya,kalau  tak macam mana nak jadi. betul tak?? 


Bahan-bahan :

3 biji telur
1 cawan air aiskrim soda  
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar ovelette
1½  cawan gula
Pewarna (ikut suka hati)
Acuan

Cara-cara membuat :

Satukan telur dan gula. Pukul hingga sebati.




Masukkan tepung gandum (pukul hingga naik) dan kemudian letakkan ovelette




Gebu tak? 


bahagikan kepada 3 bahagia kecil (sikit je) dan campurkan pewarna yang anda suka


masukkan ke dalam acuan dan corakkan mengikut isi hati anda. 
selepas selesai semuanya masukkan ke dalam kukus.



*sekarang ni pun apam aiskrim soda ni dah banyak orang buat bisnes dan sekarang ni pun majoriti menamakannya apam polkadot. tapi sama ke bahan-bahannya dengan diatas??? 

oh ya bagi sesiapa yang rasa-rasa nak order untuk makan sendiri, jamuan, majlis tunang atau kahwin janganlah segan-segan order dari APAM POLKADOT . memstar  dah pernah beli dan rasanya sangat sedap dan lembut. selain tu macam-macam corak...siap ada ladybird main bola sepak lagi. 





Tapi resipi diatas bukan dari APAM POLKADOT ye tetapi resepi dari mak memstar.

SELAMAT MENCUBA!

No comments: