Sunday, December 18, 2011

Memstar Chep Malaysia

selamat petang adik,kakak dan makcik sekalian. Terima kasih kerana sudi bersama dengan memstar kali ini. petang-petang yang sejuk ni (area umah memstar) tetiba terasa lapar dan tak semena-mena air liur memstar meleleh apabila teringat akan apam aiskrim soda mak memstar. dan sebab-sebab ketiadaan barang dan bahan-bahan nak buat so memstar cadang nak berkongsilah dengan penonton. u alls semua buat then hantar lah sikit kat  umah memstar ni ye. heheheheheheeh.. ;p

ok, sebelum nak memasak atau nak buat kuih ni yang utama sekali haruslah ada bahan-bahannya,kalau  tak macam mana nak jadi. betul tak?? 


Bahan-bahan :

3 biji telur
1 cawan air aiskrim soda  
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar ovelette
1½  cawan gula
Pewarna (ikut suka hati)
Acuan

Cara-cara membuat :

Satukan telur dan gula. Pukul hingga sebati.




Masukkan tepung gandum (pukul hingga naik) dan kemudian letakkan ovelette




Gebu tak? 


bahagikan kepada 3 bahagia kecil (sikit je) dan campurkan pewarna yang anda suka


masukkan ke dalam acuan dan corakkan mengikut isi hati anda. 
selepas selesai semuanya masukkan ke dalam kukus.



*sekarang ni pun apam aiskrim soda ni dah banyak orang buat bisnes dan sekarang ni pun majoriti menamakannya apam polkadot. tapi sama ke bahan-bahannya dengan diatas??? 

oh ya bagi sesiapa yang rasa-rasa nak order untuk makan sendiri, jamuan, majlis tunang atau kahwin janganlah segan-segan order dari APAM POLKADOT . memstar  dah pernah beli dan rasanya sangat sedap dan lembut. selain tu macam-macam corak...siap ada ladybird main bola sepak lagi. 





Tapi resipi diatas bukan dari APAM POLKADOT ye tetapi resepi dari mak memstar.

SELAMAT MENCUBA!

Saturday, December 17, 2011

RUMAH UNTUK DISEWA

Iklan :

Rumah untuk disewa (kemasukan Januari 2012)
Deposit 2+1 (bil air & api) Bayaran bulanan : RM 4++ (boleh dirunding)

Alamat: Persiaran Desa Puteri 10, Desa Puteri, 48020 Rawang Gombak Selangor

Jenis Rumah : Townhouse 3 bilik 2 bilik air (atas)
Luas kawasan:1,173.00 kps
Kondisi: Baik

Rumah siap sedia ada dengan lampu, kipas, kabinet dapur, grill.
berdekatan dgn Sg.Buloh, berlatarbelakang kan highway baru. memiliki penduduk yang ramai,kemudahan banyak terdapat disana seperti Sekolah Rendah dan Menengah, padang permainan,kedai.

 sila hubungi untuk maklumat yang lebih lanjut :

 Cik Juliza
 017 - 274 3314

 contoh gambar rumah seperti dibawah :-
*amik dari google images