Friday, October 12, 2012

ganas pun leleh ok!!



siapa kata orang ganas, muka ganas,perwatakan ganas tak boleh nangis?? mas berani kerat kuku mengatakan orang ganas yang super duper ganas boleh nangis tau bila tengok filem "Aku Terima Nikahnya". Sebab apa mas berani kerat kuku...hehehe, sebabnya salah sorang yang kuat leleh ganas tu adalah mas sendiri...sape yang belum tengok filem ni lagi mas rasa better cepat2 g beli tiket dan serbu panggung wayang sekarang. 


Pertama sekali memang mas rasa macam tak boleh nak teruskan tengok filem ni *ulang suara MULA-MULA*, tetapi selepas si suaminya Johan X-cident dan koma dan hilang ingatan....(tapi Johan hanya ingat kenangan sebelum dia berkenalan dengan Arlisa) boleh plak kan barulah HAPPENING!!  tapi tak mustahil semua benda ni terjadi. Dan selepas Johan ni hilang ingatan, bermulalah saat sedih teramat sedih dan juga cabaran, dugaan yang dialami Arlisa. Sifat sabar, ketabahan seorang insan bernama ISTERI yang mana SUAMInya sendiri tidak mengenali isterinya yang sah dan halal akibat dari penyakit hilang ingatan separuhnya. Dan semasa babak-babak semua ni, apa yang mas boleh cakapkan dalam panggung wayang tu (HALL 6, kecik je ok) senyap, yang kedengaran adalah bunyi meraung hentak kaki sedu sedan penonton dan majoriti adalah kaum HAWA ok. yang kaum ADAM mas tak pasti pulak sebabnya tak sempat nak telek wajah sorang2. 

Dalam setiap filem boringlah kalau semua pelakonnya baik2 belaka kan?? sama juga dengan cerita ni, pabila kawan baik Arlisa sendiri sanggup bermain api dengan Johan...mula2 memang geram gile dan dalam hati tertanya2, kenapa kawan dia ni sibuk, ish kawan makan kawan, jahatnya dia....TETAPI........................
KORANG PERGI JLAH TENGOK FILEM NI OK!! Jahat ke idok kawan nya yang si SURIA ni!! hehehehe....citer banyak2 alamatnya tak penuhlah panggung wayang tu!! 

Bukti filem ni bikin leleh :


Layan gambar ni plak :

 masa akad nikah Arlisa & Johan
*memang real ok akad nikahnya tapi lagi best kalau Arlisa & Johan pakai inai*

 masa ni memang sweet sangat....
*bila sekali tengok dah macam wedding betul2*

diawal perkahwinan 
*sangat romantik....terasa nak terjun bangunan lihat babak ini*

adegan yang sangat tidak best pabila SUAMI bertanya 
"Siapa kau?"
nangis tutup mata

part ini memang satu panggung gelak  tapi adegan nilah yang sangat terasa betapa rindunya seorang isteri kepada suami....tutututututututut
*malu tutup muka*

Arlisa : Abang, sayang rindu sangat dekat abang
(peluk dari belakang)

Johan : Maaf, saya belum bersedia..... 

mahu tak tutup muka bila suami menolak isterinya....
oh tidak...!!! 

nilah kawan baik Arlisa....SURIA yang dikatakan JAHAT!! 
tapi sebenarmya BAIK ok!! 

2 comments:

Lullu Anna said...

cerita ini sgt ohsem.
w/pun mule2 jln cerita sgt sellooww.
tp tangkap leleh jgk akhirnyee siap kesat2 air mata kat lengan incik suami ;'P

mama nadzmy said...

kan kan?
alololo...so sweet...!! cik asben nangis x lulu?
heheheh