Friday, September 20, 2013

Al-kisah mengidam...



As Salam,

haish....dah lama dah sebenarnya tak  mengidam atau teringin makanan sesuatu (maklumlah last hamil 2006).... setahu dan seingat mas lah yang banyak teringin nak makan itu dan inilah adalah encik suami. kiranya mas hanya mengalami muntah-muntah, loya je.... *tsk tsk*

tapi itulah sebenarnya keseronokan cabaran bagi ibu hamil....bagi orang yang setahun-setahun mengandung mungkin tak terasa sangat...tapi bagi isteri-isteri yang hamilnya nun jarak macam dari hulu ke hilir... terasa sangat-sangat.

tapi yang ajaibnya bagi dua-dua kehamilan mas...sama je. tiada perbezaan.  Pertama, encik suamilah yang start dulu mengidam nak makan ikan siakap..cuma bezanya yang petama dulu dia sendiri yang teringin nak memancing *hakikat sebenar bukan kaki pancing* dan targetnya mesti nak ikan siakap... makan tak ingat orang belakang... yang kedua ni plak lain sikit.... xde perasaan nak memancing tetapi teringin giler nak makan ikan siakap.... #apa pasal semuanya ikan siakap pun den tak tahu.

IKAN SIAKAP

disini mas juz nak kongsikan je beberapa menu mengidam yang ntah apa-apa semasa hamil ni :



ANAK PERTAMA : 

Nama Penuh : 
Muhammad Nadzmy bin Nadzly

Jantina: 
Lelaki

Tarikh Lahir : 
08 Oktober 2007
       
keadaan: 
  1. pertama sekali sakit dekat ari-ari (rasa macam nak keluar period tapi tidak)
  2. Tidur menjadi sebahagian dari aktiviti wajib..balik je kerja terus tidur...
  3. langsung tiada tanda-tanda mual, loya dan seangkatannya.
  4. muka langsung tiada seri... (mood touch up muka kelaut)
  5. minum susu anmum sampai 5 bulan sahaja
  6. lasak yang teramat...panjat sana sini.
Makanan:
1. Char Kuew Teow
> masa ni memang gila sebab teringinnya waktu tengahari...mana nak cari kedai yang jual char kuew teow waktu tengahari...biasanya dalam pukul 6 petang baru ada kan.? masa ni memang kena bebel manja sikit dengan encik suami...sebab stress kena cari time tu sedangkan memang tiada. hahahaha

2. Nasi Lemak Ayam Goreng Rangup Port Dickson
> ini bila diingatkan balik memang kelakar. Dalam banyak-banyak nasi lemak yang ada kat KL ni tetap juga nak kan nasi lemak dekat kampung halaman. bila difikirkan memang tak logik tapi itulah sebenarnya terjadi. puas keliling mencari tapi tak jumpa...tanya-tanya ngan orang katanya kedai tu dah TUTUP. memang sedih hampa sangat-sangat... *nasi lemak ayam goreng tu ianya macam nasi lemak dekat OldTown tu...tapi dekat PD itu lagi sedappppppp* 



3. Sengkuang Kacang

> sengkuang kacang itu memang sangat sedap ok... memang terasa nikmat dan confirm akan lupakan orang... dari mengidam nak makan sekeping terus jadi makanan harian....setiap petang balik je kerja mesti dah terhidang atas meja.... memang ohsemm sangat dapat mak mertua yang super duper hebat.


KEDUA:
Nama     :  -masih mencari-
Jantina    :  -belum diketahui-
Berat      :  -tidak dapat ditimbang-
Tarikh    :  -ikut due date 18 Januari 2014-


keadaan :
  1. muntah, loya sampai kandungan mencecah 15 minggu
  2. langsung tak boleh minum Susu, Milo 
  3. suka makan buah-buahan dan asam
  4. cepat rasa letih
  5. masih lagi tiada mood nak ber makeup

Makanan : 

1.  Tebu

> memang rare lah orang kata time hamil minum tebu...sebab dikhuatiri janin tidak kuat dan boleh mengakibatkan keguguran. tapi situasi mas lain sikit..sebab teringin sangat nak gigit-gigit dan hisap batang tebu...hahahahahaa *ntah apa-apa ntah*. call encik suami minta dia carikan...memang tension sangat dia masa ni...lepas dapat batang tebu tu terus encik suami perli... "esok nak kayu balak pulak ke?" puncanya sebab dia malu sangat nak kena beli batang tebu...katanya tak pernah dibuat orang beli batang tebu dekat penjual tebu.... 

2.  Putu Bambu

> makanan nilah paling senang nak jumpa....tak susah mana sebab nya ada jual dekat area Chow Kit. sedap pun sedap...gebu jer.... ni memang encik suami kata hari-hari nak makan pun tak apa..



3.  Lemang Panas

> nasib baik masa ni mengidamnya semasa hari raya baru-baru ni... masa balik kampung PD hari tu memang tak lalu lah sebabnya kecoh kan pasal kes lemang ular dan lemang katak...(masa ni tak teringin langsung).... tapi masa beraya ke rumah kakak ipar dekat Rawang...perasaan membuak nak makan lemang ni memang tak boleh nak kawal. terus paksa pujuk nak kan lemang panas....encik suami tak citer banyak terus start enjin keta dan ajak sekali...katanya takut puan isteri tak percaya. pergi dan jumpa tapi tiada yang panas...bila minta yang panas katanya datang balik jam 10 malam tu... dan akhirnya hajat tercapai....


4.  Sengkuang Kacang

> buat kedua kalinya mengidam makanan yang sama...tetapi boleh dikawal..dari malamnya teringin tunda terus ke esoknya...dapat juga akhirnya...tapi terfikir-fikir nak beli satu biji, dan bahan-bahanya sekali, makan sampai lebam kat rumah.


so...sebenarnya bagi mas yang banyak kena mainkan peranan adalah encik suami...kena banyak bersabar dan melayan kerenah...kadang-kadang bagi kami puan isteri yang hamil ni tak minta lah sangat nak mengidam-ngidam bagai...kadang-kadang ada yang tak terbawa pun perasaan mengidam ni... yelah, bayangkan kalau tetiba nak mengidam benda yang BUKAN HALAL...xkanlah nak juga kan?? 
tetapi....kalau adalah puan isteri mengidam nak kan harta benda...contohnya : gadjet canggih, keta mewah, rumah banglo, itu semua NGADA-NGADA dan dalam erti kata lain nak minta ciuman PENAMPOR!

No comments: