Monday, January 3, 2011

Akhir Tahun & Tahun Baru

  • Selamat Habis Tahun 2010
  • Macam pelik je ucapan diatas..? Sajer jer nak ucapkan selamat tinggal 2010 yang banyak meninggalkan kenangan manis dan pahit. kalau tiada 2010 maka tiadalah 2011. Betul tak? Moga dengan berakhirnya 2010 dan lahirnya 2011,mas doakan moga perjalanan anda untuk tahun ini berjalan dengan lancar dan sehebat yang mungkin ye kawan-kawan! Segala kenangan 2010 "tak nak ingat lagi"! ;p *macam iklan PANTENE tu.*
  • Selamat Mula Tahun 2011
  • Macam biasa bila dah masuk tahun baru ni, bermacam-macam impian dan angan-angan yang mas nak tunaikan. Untuk tahun ini, impian pertama mas adalah ingin bahagia dan aman damai bersama keluarga yang mas sayang..tentulah keluarga yang mas bina dari 2 hati 1 jiwa dan akhirnya bertambah manjadi 3 hati 1 jiwa. Bukan senang kita nak jaga hubungan ini dari segala dugaan dan cabaran. Tapi tanpa adanya dugaan dan cabaran dari ALLAH s.w.t bukan manusialah namanya. Kerana semua dugaan ini jugalah mas bertambah matang untuk mempertahankan mahligai yang dibina hampir 5 tahun. Jika diizinkan ALLAH s.w.t biarlah hubungan ini kekal buat selama-lamanya melainkan ajal.
  • Impian 2011
  • Impian?? Semua orang nak hidup senang dan bahagia,begitu jugalah mas. Kalau boleh tahun ni juga mas nak menambahkan selesaikan segala masalah kewangan. Nak hidup bebas tanpa hutang piutang. Kenapa berhutang?? Kalau tak berhutang maka tiadalah harta. Nak beli cash?? Belum tentu lagi nak dibandingkan dengan gaji mas. Beli cash tu memanglah boleh tapi hujung bulan nak makan apa ye sayang?? At least nampaklah juga duit kita bila kita beli barang walaupun berhutang. Tipulah kalau korang semua kata korang tak pernah berhutang..!!! beli kereta pun kena bayar bulan2 tau...! Apa-apa pun terserah kepada hidup korang masing-masing sama ada nak berhutang atau tak.
  • (Ingat mas nak sangat berhutang?)

No comments: