Friday, January 14, 2011

Anak Baru?

MYVI 2011
  • macam kelakar plak nama gerangan diataskan? heheh, takdelah itu bukan nama sebenarnya. Mungkin mak bapak gerangan diatas lupa nak daftarkan nama anak baru dyaorang kot? Tak pun tak tahu nak letak nama apa. Apa-apa pun dyorang ni adik beradik nyer semua menjadi pujaan hati orang-orang yang duk kat MALAYSIA ni (kat luar tak tahu plak). Sekali keluar berebut-berebut nak amik dyorang ni jadi anak angkat. Dashyat kan penangan si empunya diri ni. Kadang-kadang tertanya gak macam manalah mak bapak dyorang ni design anak-anak dyorang ni. Semuanya cantik-cantik, meletup dan yang paling penting tak banyak makan!!! sebenarnya mas baru buka laman FB dy, then terus nampak tentang berita tersebut, yang mengatakan dyorang dah dapat anak sorang lagi. Tapi cuma akan ditayangkan anak baru dyorang ni pada bulan APRIL 2011. So pada saper-saper yang ingin memiliki anak angkat bolehlah datang ke rumahnya diseluruh MALAYSIA untuk booking. Manalah tahu jika rezeki korang untuk mendapatkannya dulu.
Tahun 2011 membuka satu lagi lembaran baru buat peminat kereta di negara kita apabila model yang ditunggu-tunggu, Perodua Myvi 2011 dijangka akan dilancarkan April depan. Perodua Myvi 2011 merupakan generasi kedua yang merupakan gantian terhadap model Myvi yang dikeluarkan pada tahun 2005. Ia menerima beberapa perubahan drastik termasuk enjin 1.5 liter dan dibangun berasaskan model Daihatsu Boon @ Toyota Passo 2010, tetapi perubahan kosmetik luaran yang dilakukan terhadap model itu lebih menarik berbanding model Boon atau Passo di Jepun. Enjin baru 1.5 liter untuk Perodua Myvi 2011 ini bukan saja lebih berkuasa, malah lebih menjimatkan bahan api, salah satu kriteria utama mengapa Myvi sentiasa menjadi pilihan. Grill hadapan berwajah baru Potongan yang lebih Sporty Bakal Menemui anda Tahun ini kapasiti enjin 1.5 liter Bahagian Belakang

No comments: