Tuesday, January 18, 2011

C O K E L A T ♥

Korang semua suka tak makan coklat? sedapkan..mas pun suka makan coklat. Actually dah lama dah suka makan coklat tetapi semua tu dah lama ditinggalkan..ini semua gara-gara pasal ada ulat dalam coklat. Start dari hari tu mana ada dah makan (jaranglah). Lebih kurang mas ni bukanlah peminat tegar coklat ni pun. hahahaha, sekarang ni kalau boleh setiap hari nak makan coklat, sebab apa pun tak berapa nak tahu. Sekali sekala bolehlah, hari-hari ranap poket mak!! Lagi pun tak berapa bagus sangat kalau nak makan hari-hari, sebab takut nanti gigi rosak. Dahlah gigi saya ni tak beapa nak chummmeeellll sangat. ;p. Tapi, tadi ada gak google then terjumpalah satu belog coklat ni..banyak rupanya fakta tentang coklat yang yang ramai orang tak tahu.
  • Fakta 1: Coklat tidak menyebabkan jerawat.
Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan mereka.
  • Fakta 2: Coklat tidak menggemukkan
Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangna orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat nadan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumalh dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:"…coklat boleh dimakan secara sederhana."
  • Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat
Dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumalh terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.
  • Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigi
Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya. Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini. Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.
  • Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantung
Dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah. Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.
  • Fakta 6: Coklat kuatkan tenaga batin?
Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan." Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak.

Monday, January 17, 2011

Maharani?

Maharani?? Siapa itu Maharani? Penyanyi,Pelakon atau penari? huhuhu, bukan..ianya bukan manusia tetapi satu produk keluaran Hai-O. Pernah dengar tak? Mesti semua pernah dengarkan. Tapi jangan salah sangka plak,saya bukan penjual mahupun pengedar tetapi hanya seorang manusia yang mengamalkan produk ini. Nak kata lama takdelah lama sangat cuma dalam sebulan ni jer. Ini pun sebab setelah dihasut dan dirayu oleh mamaku dan makcikku..Alhamdulillah, sepanjang pengambilan produk ini tiada sebarang kecacatan yang dialami cuma biasalah bila mula2 makan memanglah ada risiko nya...tetapi bukan DASHYAT pun..!! cuma terasa nak pitam jer..lain orang lain risikonya... Sebab apa mas makan produk ni?? Mas tak nak cerita banyak2, u alls semua bacalah sendiri tentang khasiatnya...!!
  • KEHEBATAN HERBAL MAHARANI
  • Herbal Maharani berasal dari Dinasti Tang lebih 3000 tahun. Direkodkan sebagai ilmu dan rahsia kecantikan awet muda dalam Dinasti Ming. Beijing Ren Tang telah mendapatkan hak menjaga rahsia ramuannya hampir 331 tahun lalu..
  • Digunakan oleh keluarga maharaja, dan maharani Ci Xi menggunakannya sebagai herbal penyubur, kecantikan dan awet muda kerana beliau fanatik terhadap kecantikan.
    (wanita kan pentingkan kecantikan... tul tak)
  • Dari 9999 maharani yang ada pada zaman pemerintahan Dinasti Tang, maharani Ci Xi (Te Zhi) yang paling di sayangi dan di sukai oleh maharaja... Nak tau nape?... Kerana Maharani Te Zhi mempunyai kulit seperti lilin dan licin. Maharani Te Zhi mati pada usia 90 tahun dan masih ada haid.
  • Percaya tak?..
  • Kini.. Rahsia kecantikan dari China ini telah masuk ke pasaran malaysia.. telah dirumus mengikut cara Islam.. telah mendapat pengiktirafan HALAL dari IFANCA dan Jabatan Agama Islam Malaysia.
Antara Keberkesanan Herbal Maharani...
  • Menyelesaikan haid tidak teratur, senggugut, keputihan.
  • Memberi kebahagian kepada pasangan
  • Melegakan sakit pinggang, sendi, sakit belakang, sakit lutut dan urat saraf.
  • Melegakan migrain dan angin dalam badan
  • Mengimbangi tekanan darah
  • Meningkatkan kecergasan minda
  • Menyelesaikan Buasir kecil
  • Menegangkan Payu dara
  • Kesuburan dan awet muda
  • Menghilangkan kelesuan atau pucat muka
  • Menambahkan darah lepas bersalin
  • Menambahkan pengeluaran susu badan lepas bersalin
  • Menghilangkan Urat timbul (Lepas Bersalin)
  • Menghilangkan Bau Mulut ( lepas bgn pagi)
  • Menguatkan hati dan buah pinggang
  • Anti bakteria (sekitar faraj)
  • merangsang hormon estrogen, Progesteron dan androgen (hormon seks)
  • Melambatkan Monopouse
  • Baik untuk penyakit diabetis
  • Mencantikkan, menegangkan dan melicinkan kulit (seperti lilin)
  • Menguatkan otot2 rahim dan peranakan
  • Menaikkan seri muka
  • Menguatkan anti bodi
  • Amalan selepas bersalin.
(kalau tak berurut pun boleh. amalkan herbal ini badan akan terasa seperti sudah berurut. ada kes yang tukang urut tu kata badan perempuan yang diurut seperti sudah berurut dan dia tak percaya perempuan itu hanya amalkan herba ini. tetapi apabila dia minta anaknya yg lepas bersalin makan sekotak dia terkejut dgn perubahan anaknya..) Herba ini hanya untuk wanita.... kalau lelaki ada tongkat ali, viagra la.. apa2 lagi tah.. nie la ramuan yang tersimpan selama beribu tahun khas untuk wanita..
Semoga semua wanita kelihantan cantik dan rumah tangga yang dibina aman bahagia...
  • Cara-cara makan
Disyorkan setengah bola setiap pagi, sebelum sarapan (semasa ketiadaan haid). selama 12 hari sahaja selepas hari kedatangan haid yang terakhir. Hendaklah dimakan bersama air suam.
  • Peringatan
Bagi memastikan keberkesanan, adalah disarankan agar meminum air sekurang kurangnya 2 liter sehari. Tidak perlu dimakan ketika dalam tempoh kedatangan haid.
  • Ramuan
Wuji (Gallus Gallus Domesticus), Cornu Cervus Nippon dan pelbagai herba Cina yang bermutu. Diluluskan Oleh Kementerian Kesihatan Malaysia MAL 20014419T
  • Simptom Penyakit (Kadar Keberkesanan (%))
  1. Haid tidak teratur - 80.4
  2. Kesakitan haid - 78.8
  3. Hepititis berterusan / kronik - 77.5
  4. Pendarahan selepas bersalin - 93.3
  5. Pendarahan selepas pembedahan - 75
  6. Keputihan - 100
credit 2 HAI-O

Friday, January 14, 2011

Anak Baru?

MYVI 2011
  • macam kelakar plak nama gerangan diataskan? heheh, takdelah itu bukan nama sebenarnya. Mungkin mak bapak gerangan diatas lupa nak daftarkan nama anak baru dyaorang kot? Tak pun tak tahu nak letak nama apa. Apa-apa pun dyorang ni adik beradik nyer semua menjadi pujaan hati orang-orang yang duk kat MALAYSIA ni (kat luar tak tahu plak). Sekali keluar berebut-berebut nak amik dyorang ni jadi anak angkat. Dashyat kan penangan si empunya diri ni. Kadang-kadang tertanya gak macam manalah mak bapak dyorang ni design anak-anak dyorang ni. Semuanya cantik-cantik, meletup dan yang paling penting tak banyak makan!!! sebenarnya mas baru buka laman FB dy, then terus nampak tentang berita tersebut, yang mengatakan dyorang dah dapat anak sorang lagi. Tapi cuma akan ditayangkan anak baru dyorang ni pada bulan APRIL 2011. So pada saper-saper yang ingin memiliki anak angkat bolehlah datang ke rumahnya diseluruh MALAYSIA untuk booking. Manalah tahu jika rezeki korang untuk mendapatkannya dulu.
Tahun 2011 membuka satu lagi lembaran baru buat peminat kereta di negara kita apabila model yang ditunggu-tunggu, Perodua Myvi 2011 dijangka akan dilancarkan April depan. Perodua Myvi 2011 merupakan generasi kedua yang merupakan gantian terhadap model Myvi yang dikeluarkan pada tahun 2005. Ia menerima beberapa perubahan drastik termasuk enjin 1.5 liter dan dibangun berasaskan model Daihatsu Boon @ Toyota Passo 2010, tetapi perubahan kosmetik luaran yang dilakukan terhadap model itu lebih menarik berbanding model Boon atau Passo di Jepun. Enjin baru 1.5 liter untuk Perodua Myvi 2011 ini bukan saja lebih berkuasa, malah lebih menjimatkan bahan api, salah satu kriteria utama mengapa Myvi sentiasa menjadi pilihan. Grill hadapan berwajah baru Potongan yang lebih Sporty Bakal Menemui anda Tahun ini kapasiti enjin 1.5 liter Bahagian Belakang

Jiwang Karat

Cuba kau tanya terik mentari

Adakah bahangnya sehangat kasihku

Cuba kau tanya si embun pagi

Adakah jernihnya sekudus cintaku

Cuba kau tanya purnama mengambang

Adakah cahayanya seterang hatiku

Cuba kau tanya pada banjaran gunung

Adakah puncaknya setinggi harapanku

Cuba kau tanya dasar lautan

Adakah jurangnya sedalam perasaanku

Cuba kau tanya pujangga agung

Adakah syairnya semerdu dendanganku

Cuba kau tanya unggas dirimba

Adakah kicaunya seriang gurauanmu

Cuba kau tanya sekalian flora dan fauna

Adakah mekarnya seharum ingatanku

Cuba kau tanya bayu berlalu

Adakah hembusannya semesra belaianmu

Cuba kau tanya gigian pantai

Adakah karangnya seteguh hatiku

Cuba kau tanya permukaan alam

Adakah jaraknya seluas impianku

Cuba kau tanya diriku.....

SEGALANYA HANYALAH UNTUKMU

Thursday, January 13, 2011

Kah♥♥Win

Untuk pembukaan tahun ini mas dah dapat 4 kad kawen. semuanya kawan mas, (xkan musuh plakkan!) tapi satu je bukan kawan, tak lain tak bukan abang kandung mas.. (dah nak tawen gak yer abang saya sorang ni, x lama lagi dapat kakak ipar lah plak ;p) macam-macam design kad kawen dyorang ni. ada yang kreatif, ada yang simple dan ada gak yang berwarna-warni. erm...tak berani nak cakap sama ada pergi ke tak ke majlis diaorang ni. Macam baru-baru ni, memang nak sangat pergi ke majlisnya tapi memandangkan hari itu suami mas kerja dan nak drive sendiri pun tak tahu jalan. Nak tumpang orang pun susah, kesian gak nanti kena amik kitalah,kena tunggu kitalah dll . so dok umah diam-diam layan si bujang.
  • jealous dengan kedatangan kawan-kawan lain ke majlis beliau.
  • apa-apa pun SELAMAT PENGANTIN BARU.
  • Megat & Nisya (09 Januari 2011)
  • Salman & Solehah (05 Februari 2011)
  • Safuan & Shamshah (20 Februari 2011)
  • Fauzani & Myra (26 Februari 2011)
  • Harap-harap lepas ni saya dapat hadirkan diri saya ke majlis perkahwinan kawan-kawan saya.
  • Tengah menunggu kedatangan kad kawen dari LyanaMK
  • Sama gak ngah menunggu kad kawen Fardzreen
  • Jom kita layan gambar kawen En.Megat & Pn.Nisya
diatas pelaminan

Discount %

OMG!! Pizza buat diskaunlah sayang semua.. terasa nak g makan! laparlaparlapar..kenapa yer dalam minggu ni je banyak restoran buat diskaun..!! seronok sangat2.
  • jom kita layan menu-menunya (x sure ada diskaun ke x?)
• Choose your pizza, rice or pasta dishes from the Sensasi Delight food choices page. • Each Set for 2 also comes with 2 glass of Pepsi, 2 Soup-of-the-day & 1Garlic Bread.
Sensasi SET 4 » 2 Sensasi Delight Pizza Sensasi Set 1 » 1 Sensasi Delight Pizza Chicken Bolognaise Spaghetti Classic, hearty Bolognaise sauce with chicken meat.
Soup-of-the-day Normal Price : RM 3.50 RM 2.50 *

Start with your choice of crust - Pan / Crunchy or Stuffed Crust - and pile on your favourite toppings!
Large 12" Regular 9"
Pan Crust (with cheese and tomato sauce base) RM21.50 RM15.00
Crunchy Crust Large 13" RM21.50 Regular 10" RM15.00
Cheesy Lava Stuffed Crust (soft melted mozzarella string cheese rolled into the light garlic-finished crust.) RM27.00 RM20.50
Each Topping RM4.50 RM3.00
Extra Cheese RM5.50 RM4.00
Toppings: Masala chicken, spicy tuna/tuna, beef, pepperoni, beef cabanossi, chicken sausage, chicken meat, chicken meatloaf, sate chicken, chicken pastrami, crabmeat stick, onion, button mushroom, olive, capsicum, pineapple and tomato.
* Products shown are for illustration purpose only.

Wednesday, January 12, 2011

MEMBERS DAY (SCARD)

Wah wah wah sangat suka dengan perkataan SALE!! sebab apa?? sebab bila SALE seronok tu berganda-ganda..tapi yang paling seronok adalah bila kita ada duit, kalau takde duit macam mana nak shoppingkan?? actually semalam baru dapat buku dari SOGO, manyak sangat diskaun. tapi sebenarnya mas dah tahu awal2 yang SOGO buat sale (heheheh..kakak iparku keje disana), kalau tak silap jumaat dan sabtu ini bersamaan dengan 14 & 15 January 2011.Tapi ini hanya untuk MEMBERSCARD saje yer....jom kita serbu masuk laman web SOGO . Ni antara yang sempat diambil...layan.!!
  • HUGGIES ULTRA
  • Diapers (M40, L34, XL30)
  • RM29.50
  • DARLIE
  • Double Action Toothpaste
  • 225g x 2 - Free Plate
  • RM12.90
  • LUX
  • Shower Cream 700ml Asst
  • RM8.90
  • CLARKS
  • Storewide 10% Off
  • * On normal-priced merchandise Only
  • BONIA
  • 20% Off on New Arrival
  • Normal Price: RM899 - RM1199
  • CARLO RINO
  • Exclusive Mark Down 50% Off
  • (Usual 20%)
  • Pyjamas Top
  • RM47.92
  • Usual Price: RM59.90 (20% Off)
  • New Arrival
  • G&H
  • Short Sleeve T-Shirt
  • RM18.90
  • Usual Price: RM63.00 (70% Off)
  • DIESEL
  • Jeans with Belt
  • RM41.97
  • Usual Price: RM139.90 (70% Off)
  • DISNEY BABY PRINCESS
  • Gift Set
  • 50% Off (Usual 10%)
  • Usual Price: RM69.00
  • CARTOON PLANET
  • Polo Tee & Long Pants
  • 50% Off (Usual 20%)
  • Usual Price: RM36.90 (Polo Tee)
  • Usual Price: RM69.90 (Long Pants)
  • BEN 10
  • Kid Shoes
  • 40% Off (Usual 30%)
  • Usual Price: RM45.90