Wednesday, January 18, 2012

DEMAM CAMPAK

selamat petang semua...huhuh mas baru lepas berborak ngan mama tersayang tadi...katanya adik mas kena demam campak!! uish..comfirm gatal punyooo! tetiba teringat pada zaman masa kanak-kanak ribena dulu. itulah pertama kali kena demam campak. so far sekarang bila dah besar belum lagi dijangkiti...(tapi dengar citer orang kata demam campak ni hanya datang dan kena pada kita sekali saja dalam seumur hidup).  

kalau mengikut perubatan masa waktu pertama kali mas kena tu takdelah susah dan teruk sangat, tapi bab gatal tu susah sikit nak citer..!! memang terseksa. masa tu kalau tak silap mas yang mengubat mas tu adalah abahku, dialah yang bersusah payah menjaga ku dan mengubati ku. 

Dengan keadaan yang separuh bogel (pakai seluar dalam je) #kata kanak-kanak ribena lagi, badanku dilumur dengan scrub buatan daun bambu, tidur beralaskan kain yang dilapik dengan daun bambu juga, minuman jus kelapa muda serta disejukkan dengan kipas elektrik. masa tu sentiasa diri ini diperhatikan dari semasa ke semasa sebabnya takut diriku ini garu sana garu sini. Makan sentiasa kena pantang dan pantangnya pun mengalahkan orang pantang lepas bersalin....  

oleh sebab itu mas juga nak kongsikan dengan korang segala petua2 dan pantang larang semasa korang semua kena demam campak. semoga korang semua dan adikku bersabar dengan kegatalan demam ini yer....lepas korang habis je demam campak jangan pula korang lupa campakkan demam itu plak ke tempat lain k...heheheh gurau jer..!! selamat mencuba :)

~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~  ~ ~ ~ ~ ~ 


Petua 


Cara #1 


Minum air kelapa muda dan makan makanan yang berebus ketika anda mengalaminya hinggalah sembuh. 


Kelapa Muda Ubat Demam Campak




Cara #2



i. Ambil beberapa helai daun gemilang.

ii. Kisarkan daun gemilang dengan sedikit air.

iii. Tapiskan jus daun gemilang ke dalam gelas.

iv. Minumlah jus tersebut.
v. Manakala lebihan jus yang ada di dalam tapis tadi dicampurkan dengan bedak sejuk. 

vi. Kemudian, sapukannya pada bintik-bintik campak.


Amalkan selama 3 hari berturut-turut dan demam serta bintik-bintik campak akan hilang dengan diizin-Nya. 

*** Saya tak dapat sertakan daun gemilang kerana tak menjumpai sebarang imej berkaitan. Harap maklum. 



Cara #3 



i. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan tumbuk lumat.

ii. Campurkan dengan bedak sejuk jenis cecair.
iii. Jikalau gunakan bedak sejuk yang ketul, tumbuk sekali kedua-duanya sampai lumat. 

iv. Sapukan pada bintik-bintik campak.

v. Ulangi langkah di atas setiap hari.
vi. Apabila bintik bintik merah hampir tidak kelihatan, barulah mandi dengan air yang mengandungi beberapa helai daun jambu yang telah diramas. 


kepujian : 


~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~  ~ ~ ~ ~ ~ 

Pantang larang 
  1. Elakkan makan kicap/ makanan berkicap sebab makan berkicap menyebabkan parut atau kudis berbekas hitam.
  2. Elakkan makan makanan terlalu berminyak yang boleh menyebabkan badan bertambah gatal.
  3. Elakkan terkena air hujan kerana boleh menyebabkan parut itu kekal.
  4. Elakkan menggaru badan. Jika bintik air pecah akan menyebabkan cepatnya tersebar pada bahagian badan yang lain.
  5. Elakkan minum minuman berais (sejuk) dan juga elakkan makan telur.
  6. Elakkan bercampur dengan orang lain kerana penyakit demam campak adalah jenis penyakit yang berjangkit.


kepujian : 


#notatangankaki > sekiranya anak yang terkena demam campak, dilarang sama sekali bagi suami isteri bersama atau dalam erti kata lain membuat hubungan kelamin  kerana katanya tidak elok dan akan menyeksakan dan menyakitkan lagi anak. wallahulam betul atau tidak. 




No comments: