Thursday, January 19, 2012

Bila sebut dapat terus!!

korang semua pernah tak berangan-angan untuk dapatkan sesuatu yang tak pernah korang jangkakan...bila semua keinginan yang tetiba kita nak dan baru je terbayang-bayang terus ada depan mata. lebih kurang macam dalam iklan CELCOM tu...borak punya borak tetiba ada kepulan asap semakin membesar dan barang jatuh. huhuhu mustahil kan!!! itu semua terjadi hanya dalam iklan.hahahhahaaha. 

tapi jika kita betul-betul mahukan sesuatu benda itu apa yang kena kita buat?? BERUSAHA! ye betul, kita kena berusaha untuk mendapatkannya walaupun ianya akan mengambil masa yang agak lama, mungkin sebulan, mungkin setahun dan berabad-abad lamanya. insyaAllah pasti akan termakbul..cuma satu je sama ada kita ni  mampu bersabar atau tidak. 

apa yang mas merepek ni sebenarnya sama je dengan permintaan atau dengan kata mat salleh nya WISHLIST. yup...mas akan berusaha untuk mendapatkannya.... dan harap korang yang pernah ada juga impian macam mas berusahalah untuk mencapainya....


 1. Hand Phone baru



#comel je kan bila dapat Hp diatas ni..kalau boleh nak sekali ngan casing nya..sumpah x beli lain dah. ;p


2. Anak Perempuan



 #dapat anak perempuan cantik persis macam ni alangkah bahagianya hidup...


3. Kereta Baru * 4 pintu *



#dapat kereta kelisa ni pun dah puas hati..senang nak pergi balik kerja.


4. Wang

 #wah...hujung bulan cucuk kad ATM dapat jumlah seperti diatas lagilah bahagianya hidup...comfirm hidup tidak dibebani ngan hutang. (rumah,kereta)


      Wednesday, January 18, 2012

      DEMAM CAMPAK

      selamat petang semua...huhuh mas baru lepas berborak ngan mama tersayang tadi...katanya adik mas kena demam campak!! uish..comfirm gatal punyooo! tetiba teringat pada zaman masa kanak-kanak ribena dulu. itulah pertama kali kena demam campak. so far sekarang bila dah besar belum lagi dijangkiti...(tapi dengar citer orang kata demam campak ni hanya datang dan kena pada kita sekali saja dalam seumur hidup).  

      kalau mengikut perubatan masa waktu pertama kali mas kena tu takdelah susah dan teruk sangat, tapi bab gatal tu susah sikit nak citer..!! memang terseksa. masa tu kalau tak silap mas yang mengubat mas tu adalah abahku, dialah yang bersusah payah menjaga ku dan mengubati ku. 

      Dengan keadaan yang separuh bogel (pakai seluar dalam je) #kata kanak-kanak ribena lagi, badanku dilumur dengan scrub buatan daun bambu, tidur beralaskan kain yang dilapik dengan daun bambu juga, minuman jus kelapa muda serta disejukkan dengan kipas elektrik. masa tu sentiasa diri ini diperhatikan dari semasa ke semasa sebabnya takut diriku ini garu sana garu sini. Makan sentiasa kena pantang dan pantangnya pun mengalahkan orang pantang lepas bersalin....  

      oleh sebab itu mas juga nak kongsikan dengan korang segala petua2 dan pantang larang semasa korang semua kena demam campak. semoga korang semua dan adikku bersabar dengan kegatalan demam ini yer....lepas korang habis je demam campak jangan pula korang lupa campakkan demam itu plak ke tempat lain k...heheheh gurau jer..!! selamat mencuba :)

      ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~  ~ ~ ~ ~ ~ 


      Petua 


      Cara #1 


      Minum air kelapa muda dan makan makanan yang berebus ketika anda mengalaminya hinggalah sembuh. 


      Kelapa Muda Ubat Demam Campak




      Cara #2



      i. Ambil beberapa helai daun gemilang.

      ii. Kisarkan daun gemilang dengan sedikit air.

      iii. Tapiskan jus daun gemilang ke dalam gelas.

      iv. Minumlah jus tersebut.
      v. Manakala lebihan jus yang ada di dalam tapis tadi dicampurkan dengan bedak sejuk. 

      vi. Kemudian, sapukannya pada bintik-bintik campak.


      Amalkan selama 3 hari berturut-turut dan demam serta bintik-bintik campak akan hilang dengan diizin-Nya. 

      *** Saya tak dapat sertakan daun gemilang kerana tak menjumpai sebarang imej berkaitan. Harap maklum. 



      Cara #3 



      i. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan tumbuk lumat.

      ii. Campurkan dengan bedak sejuk jenis cecair.
      iii. Jikalau gunakan bedak sejuk yang ketul, tumbuk sekali kedua-duanya sampai lumat. 

      iv. Sapukan pada bintik-bintik campak.

      v. Ulangi langkah di atas setiap hari.
      vi. Apabila bintik bintik merah hampir tidak kelihatan, barulah mandi dengan air yang mengandungi beberapa helai daun jambu yang telah diramas. 


      kepujian : 


      ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~ ~  ~ ~ ~ ~ ~ 

      Pantang larang 
      1. Elakkan makan kicap/ makanan berkicap sebab makan berkicap menyebabkan parut atau kudis berbekas hitam.
      2. Elakkan makan makanan terlalu berminyak yang boleh menyebabkan badan bertambah gatal.
      3. Elakkan terkena air hujan kerana boleh menyebabkan parut itu kekal.
      4. Elakkan menggaru badan. Jika bintik air pecah akan menyebabkan cepatnya tersebar pada bahagian badan yang lain.
      5. Elakkan minum minuman berais (sejuk) dan juga elakkan makan telur.
      6. Elakkan bercampur dengan orang lain kerana penyakit demam campak adalah jenis penyakit yang berjangkit.


      kepujian : 


      #notatangankaki > sekiranya anak yang terkena demam campak, dilarang sama sekali bagi suami isteri bersama atau dalam erti kata lain membuat hubungan kelamin  kerana katanya tidak elok dan akan menyeksakan dan menyakitkan lagi anak. wallahulam betul atau tidak. 




      2012

      walaupun lambat *hampir 2 minggu lebih* saya tetap nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU. moga segala apa yang kita impikan akan terlaksana dan termakbul. 


      tahun ni azam lain sikit dari tahun-tahun yang lepas. apa yang mas impikan dan inginkan adalah kebahagiaan dan kesihatan yang baik, diberikan kesenangan dan rezeki yang lagi baik dari tahun lepas untuk bernafas. 

      Mas juga doakan semoga impian korang semua tercapai pada tahun ini....insyaAllah! 

      # umur semakin meningkat dari satu tangga ke satu tangga.