Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah
8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200
sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan
sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada
hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau
disauh dengan kukuh pada endometrium.
Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses
persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08
inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada
organ badan yang akan bergabung.
Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).
Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati
terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah
lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut
yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala
lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ
penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini,
sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir
sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk
organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji
tembikai sahaja.
Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara
ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan
badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin
jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~
air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi
semasa dalam kandungan.
Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8,
rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir,
mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit
yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk
walaupun tidak berapa jelas lagi.
Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah
sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah
kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah
pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah
boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).
Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah
kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan
sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai
persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang
hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu
ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat
besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang
dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat
mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan
lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah
dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta
menghilangkan letih dan lesu.
Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia
kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal
tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam
kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin
jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan
kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan
panjangnya dalam 8 cm.
Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi
semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat,
memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat
merasakan sebarang pergerakan.
No comments:
Post a Comment