Tuesday, December 14, 2010

PapaRis

Papadom
bermula dengan watak Saadom (Afdlin Shauki) yang membuka gerai makanan nasi kandar untuk menyara kehidupan. Mempunyai seorang isteri bernama Munirah (Noorkhiriah) yang akhir’nya mati dalam kemalangan. Sejak itu, Saadom bersikap protective gila terhadap anaknya, Miasara (Liyana Jasmay). Semenjak kecil hingga ke sekolah menengah, kehidupan Miasara diuruskan sepenuhnya oleh Saadom, dari segi pemakanan, aktiviti kokurikulum & sebagainya.

Namun, apabila Miasara memasuki IPTA, Miasara berasa tertekan dengan sikap Saadom, maka dia pun mengikat perjanjian dengan Saadom, iaitu bapa’nya tidak boleh datang ke kampus’nya sepanjang pengajian. Ketika ini’lah, watak Munirah kembali muncul sebagai roh, yang memberikan nasihat kepada Saadom.

Kasih sayang Saadom terhadap Miasara sangat tinggi, maka dia telah memohon kerja sebagai tukang kebun di IPTA tersebut. Miasara kemudian’nya bercinta dengan Hisham (Farid Kamil), namun Saadom tidak menyukai Hisham sebab player sangat. Maka, dia telah membantu seorang lagi peminat Miasara, iaitu Mat (Que Haidar) supaya dapat mendekati Miasara, dan menjauhkan Hisham dari diri Miasara.

Hmmm, mesti dah basikan cerita ni. tapi nak buat macam mana sebab malam tadi baru berkesempatan untuk menonton cerita ni kat ASTRO. So far memang tak terkejut sangat bila cite ni menang. MEMANG LAYAK PUN!! Tapi bukan cerita ini yang mas nak kongsikan atau dibebelkan, tetapi jalan ceritanya, sangat menyentuh hati dan terus terbayang dan teringat arwah ayahku yang telah menjagaku dan membesarkanku supaya menjadi seorang anak yang berguna (kadang2 ada gak jadi x berguna sikit)

Masih ada lagikah bapa seperti SAADOM tu?

Sentiasa mengikuti anaknya tanpa menghiraukan kehidupannya sendiri? Kalau ada pun dah tentu-tentulah anak tu akan menjadi seorang PENGGANAS!! Begitu jugalah yang terjadi kepada diriku apabila mahu keluar bersama rakan-rakan sekolah, tak sampai 5 minit sebiji motor akan berada dibelakangku. Pergi kerja dan balik kerja arwah ayahku jugalah yang akan menjemputku. Tapi sayang, semua itu hanya menjadi kenangan buat diriku buat selama-lamanya.

Moga arwah ayahku ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

MAS RINDU SANGAT KAT AYAH!

AL-FATIHAH

Allahyarham Idris B Mansor

( May 1951 - Sept 2008)

No comments: